omniture

National Business Daily: Chengdu di Barat Daya China akan melancarkan produk baharu dalam pembuatan pintar

National Business Daily
2020-11-04 12:21 233

CHENGDU, China, 4 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Chengdu di Barat Daya  China akan mengadakan sebuah acara istimewa untuk pembuatan pintar pada 2 November, semasa bandar tersebut mempercepatkan transformasi digital industri pembuatan.

Acara tersebut, sebagai sebahagian daripada Projek Ribu Berganda Ekonomi Baharu Chengdu 2020, akan menumpukan pada bagaimana teknologi canggih, seperti AI, 5G, data raya dan Internet Benda (IoT) boleh memainkan peranan dalam menaik taraf pembuatan.

100 produk baharu dan 100 senario baharu yang menumpukan pada bidang-bidang ini akan dilancarkan, yang menunjukkan peluang-peluang di Chengdu dan juga menawarkan sebuah pentas untuk syarikat ekonomi baharu tempatan.

IoT dan pengesanan pintar akan mula mengubah cara pengeluaran dan kehidupan kita. Pada acara tersebut, Chengdu Hikvision Digital Technology akan memperlihatkan bagaimana IoT dan data raya, yang dikuasakan oleh teknologi videonya, boleh digunakan dalam pelbagai senario termasuk pemanduan autonomi, pengecaman wajah, peluncuran dron dan pengairan titisan automatik. Chengdu Ada Space Cloud akan menunjukkan platform pengurusan mereka yang komprehensif untuk aplikasi data satelit.

Teknologi seperti 5G dan IoT adalah penting bagi transformasi digital pembuatan. Di acara tersebut, Siemens akan menunjukkan bagaimana ia membangunkan kilang digital, dan konglomerat tempatan Tongwei akan melancarkan kilang bersambung pintar mereka untuk bateri solar.

Kilang pintar Tongwei, Foto fail/Xie Zhenyu (NBD)
Kilang pintar Tongwei, Foto fail/Xie Zhenyu (NBD)

Pemberi ucapan dasar Li Yizhong, bekas menteri Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat dan pengerusi Persekutuan Ekonomi Perindustrian China, akan berkongsi kepakaran beliau mengenai strategi mempromosikan pembuatan pintar dan digital.

Berkenaan isu itu, Chengdu mempunyai pendekatan inovatif, iaitu untuk membangunkan sebuah ekosistem bagi inovasi dalam Internet perindustrian. Platform Perkhidmatan Awam Chengdu untuk Internet Perindustrian, yang menghimpunkan bersama sumber Internet perindustrian premium daripada kerajaan, perusahaan dan institut penyelidikan, merupakan hasil terbaru daripada pendekatan tersebut dan akan dilancarkan secara rasmi di acara tersebut.

Di samping itu, untuk merapatkan jurang maklumat di antara perusahaan di sepanjang rantaian industri, Sichuan Industrial Design Cloud Platform akan melancarkan platform perkhidmatan untuk pengenalpastian dan penyelesaian dalam industri Internet pada acara tersebut, untuk menggalakkan pembangunan yang terselaras.

Acara tersebut dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Chengdu dan Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi Baharu  Chengdu, dihoskan oleh Zon Pembangunan Perindustrian Hi-tech Chengdu, dan dijalankan oleh National Business Daily.

Source: National Business Daily
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news