omniture

SenseTime Dianugerahkan Sijil CE untuk Penyelesaian Perubatan AI SenseCare-Lung Pro

Perisian membolehkan diagnosis penyakit paru-paru, termasuk COVID-19, yang lebih berkesan dan automatik.
SenseTime
2020-11-04 14:00 75

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- SenseTime, syarikat kecerdasan buatan (AI) terkemuka di dunia, mengumumkan penyelesaian perisiannya yang diperkasakan AI, SenseCare-Lung Pro, telah dianugerahkan sijil CE berikutan pemenuhan syarat keselamatan dan prestasi yang ditetapkan di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Perisian ini membolehkan diagnosis penyakit paru-paru yang lebih efisien dan automatik termasuk pengesanan jangkitan COVID-19 berdasarkan analisis imej CT.

Pensijilan CE SenseCare-Lung Pro memastikan bahawa perisian ini boleh digunakan secara komersial di pasaran EU di bawah Peraturan Peranti Perubatan Kesatuan Eropah (MDR), peraturan baharu yang ditetapkan sebagai respons kepada pembangunan industri peranti perubatan dengan standard penilaian klinikal yang lebih tinggi dan pengujian produk sebelum peranti diluluskan untuk kegunaan. Pencapaian ini menandakan keupayaan perisian ini untuk analisis penyakit paru-paru yang selamat dan berkesan.

Berdasarkan teknologi pembelajaran mendalam SenseTime, perisian SenseCare-Lung Pro meningkatkan kecekapan dan ketepatan prosedur diagnostik untuk doktor bagi mengenal pasti barah paru-paru dan radang paru-paru. AI ini dapat mengesan keluarbiasaan nodul paru-paru dan radang paru-paru, seperti COVID-19, secara automatik. Ia menyediakan analisis menyeluruh seperti pengelasan, penilaian risiko, kuantifikasi, dan laporan umum.

"Ini merupakan pencapaian yang penting bagi SenseTime dalam strategi kami untuk membantu profesional dalam bidang perubatan  dalam diagnosis penyakit paru-paru kritikal di samping memperkenalkan SenseCare-Lung Pro di pasaran antarabangsa. Perisian ini dipertingkatkan lagi untuk mengesan COVID-19 semasa wabak tersebut berleluasa di Beijing, Shanghai, Tianjin dan belasan bandar yang lain. SenseTime akan meneruskan kajian secara mendalam untuk meningkatkan kualiti dan standard produk AI untuk mengukuhkan sektor penjagaan kesihatan demi masyarakat global," kata Dr. Zhang Shaoting, Naib Presiden dan Timbalan Ketua Penyelidikan SenseTime.

"Dengan peningkatan eksponen kes COVID-19 baru-baru ini di Malaysia, keperluan mendesak yang ternyata wujud bagi perisian pengesanan awal dan meredakan kekangan sumber perubatan. Malaysia juga mempercepatkan transformasi digital bagi mencapai taraf pemimpin Revolusi Industri Keempat dalam sektor seperti penjagaan kesihatan digital. Di SenseTime, kami berpegang teguh kepada visi kami untuk terus melangkaui taraf kecekapan dan kemajuan dalam bidang penyelesaian kesihatan AI di Malaysia dan juga seluruh rantau Asia Tenggara," kata En. Martin Huang, Pengarah Urusan SenseTime International Pte. Ltd.  

Penyelesaian SenseCare-Lung Pro adalah salah satu daripada beberapa aplikasi dalam Platform Kesihatan Pintar SenseCare SenseTime – platform dikuasakan AI yang menawarkan pelbagai aplikasi penjagaan kesihatan yang meliputi lebih daripada 13 organ dan bahagian badan, termasuk dada, jantung, hati, patologi, ortopedik dan radioterapi. Ia dapat membantu doktor sepanjang proses klinikal, bermula dari diagnosis, perancangan pembedahan 3D sehingga penjejakan pemulihan untuk memenuhi permintaan pelbagai jabatan termasuk radiologi, patologi, kardiologi, ortopedik, pembedahan, radioterapi, dll.

Mengenai SenseTime

SenseTime ialah sebuah syarikat global yang menumpukan pembangunan teknologi AI yang memajukan ekonomi, masyarakat dan kemanusiaan. Teknologi pembelajaran mendalam dan penglihatan komputer yang dibangunkan kini menggerakkan industri yang merangkumi bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, bandar pintar, automotif, komunikasi dan hiburan. Dengan kehadiran global, termasuk di Hong Kong, Tanah Besar China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, dan Macau, teknologi kami dipercayai oleh lebih daripada 1,100 pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk membantu menangani cabaran dunia nyata. Kami berusaha untuk memperkasakan lebih banyak industri dengan platform AI kami dan bersama membina ekosistem AI yang lebih kukuh dengan industri dan akademik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web SenseTime serta laman LinkedInTwitter dan Facebook.

Hubungan Media

Kang Ho
SenseTime Group Limited

E-mel: kangho@sensetime.com

 

Source: SenseTime
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals