omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo Perdagangan dan Pelaburan China-Korea ke-2 bermula di Yancheng China Timur

Xinhua Silk Road
2020-11-05 12:38 238

BEIJING, 5 November 2020 /PRNewswire/ -- Ekspo Perdagangan dan Pelaburan China-Korea kali kedua dibuka pada 30 Oktober di bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu China timur.

Ekspo Perdagangan dan Pelaburan China-Korea kali kedua bermula pada 30 Oktober di bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu China timur.
Ekspo Perdagangan dan Pelaburan China-Korea kali kedua bermula pada 30 Oktober di bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu China timur.

Acara selama lima hari tersebut bertujuan untuk mengukuhkan pertukaran perniagaan antara China dan Republik Korea (ROK), memperkukuh kerjasama industri dan terus melangkah maju dengan pembangunan dwiperedaran antarabangsa serta domestik.

Lebih 300 perusahaan dan hampir 500 ejen pembelian dari dalam dan luar negara berkunjung ke Yancheng untuk mengambil bahagian dalam ekspo ini.

Difahamkan bahawa ekspo ini merupakan acara pertukaran ekonomi dan perdagangan asing terbesar dan pada tahap tertinggi yang diadakan di Jiangsu sejak penularan COVID-19 pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti seperti dialog usahawan, mesyuarat meja bulat, forum selari dan beberapa pameran akan diadakan semasa acara ini berlangsung.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jiangsu mengekalkan komunikasi dan kerjasama erat bersama ROK dan telah menyaksikan ROK menjadi rakan dagangan ketiga terbesarnya.

Dalam tiga suku pertama tahun 2020, Jiangsu menyaksikan sejumlah 140 projek dilaburkan oleh ROK, dengan penggunaan sebenar dana ROK mencecah 970 juta dolar A.S., yang menyumbang sebanyak 4.4 peratus daripada jumlah penggunaan modal asing sebenar oleh wilayah ini.

Berperanan sebagai platform penting untuk Jiangsu bagi mempergiatkan kerjasama dengan ROK dan sebagai tempat berhimpunnya perusahaan yang dibiayai oleh ROK, Yancheng akan berusaha untuk mempercepatkan langkahnya bagi memajukan kerjasamanya bersama ROK pada masa akan datang.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/317287.html

 

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news