omniture

Menggabungkan Pakar dan Teknologi Canggih, Dermlaze Menjadi Hab Kecantikan yang Terkenal di Malaysia

Sebuah pusat sehenti untuk memperoleh semula kecantikan: daripada memerangi jerawat yang degil, mencegah penuaan hinggalah penambahbaikan kosmetik.
Dermlaze Skin Laser Aesthetics Centre
2020-11-05 16:11 60

PETALING JAYA, Malaysia, 5 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Ketika dunia dilanda wabak, pelbagai masalah kulit muncul semula semasa tempoh pengasingan. Jerawat dan penuaan pramatang adalah antara kes utama yang berpunca daripada tekanan dan perubahan gaya hidup. Pusat rawatan laser kulit and estetik Malaysia yang terulung, Dermlaze, menyedari masalah ini dan bersedia untuk mengembalikan kulit kepada keadaannya yang terbaik dengan menggunakan teknologi canggih dan kecemerlangan profesional mereka untuk melaksanakan prosedur kosmetik yang profesional dan boleh dipercayai bagi pelanggan mereka.

Dr. Jeswender Singh, doktor, perunding dan pakar perubatan estetik utama Dermlaze.
Dr. Jeswender Singh, doktor, perunding dan pakar perubatan estetik utama Dermlaze.

 

Dengan perintah kawalan pergerakan COVID-19 yang dikuatkuasakan semasa kemuncak penularan wabak tersebut, tekanan yang bertambah, tidur yang tidak mencukupi dan perubahan gaya hidup secara keseluruhan yang berpunca daripada perintah duduk di rumah telah mengakibatkan peningkatan jerawat. Istilah "maskne" (mask + acne) bermula di media sosial dan menjadi satu trend dalam kes akne/jerawat. Ini merujuk kepada kawasan di mana jerawat didapati di sekitar hidung, bibir dan dagu akibat pemakaian pelitup muka.

Beberapa kajian telah mengesahkan bahawa jerawat boleh menjejaskan kualiti hidup, harga diri dan mood seseorang yang memberikan kesan yang buruk. Pada peringkat yang sangat lemah ini, orang terdesak untuk mencari pakar yang boleh dipercayai bagi mendapatkan ubat dan rawatan. Ia boleh menjadi satu cabaran besar untuk mencari klinik yang boleh dipercayai dengan hasil sebenar.

Namun begitu, dengan pertumbuhan pesat permintaan, kebanjiran penyedia perkhidmatan yang kurang profesional telah mengelirukan pasaran dengan iklan yang menarik. Ini menjadikannya sukar untuk mencari klinik yang boleh dipercayai.

"Perjalanan untuk mendapatkan keyakinan yang tinggi dan kulit yang hebat bermula dengan menghubungi klinik yang terbaik untuk melakukan prosedur tersebut Pengguna mesti sedar dan mempelajari tentang teknologi dan juga perbezaan antara rawatan yang berkualiti dan yang berpotensi membahayakan. Pastikan untuk sentiasa mencari klinik yang boleh dipercayai dengan pengamal yang berpengalaman sebelum memutuskan untuk melakukan sebarang prosedur kosmetik. Ini ialah langkah yang perlu untuk meminimumkan risiko dan memaksimumkan hasil," ujar Dr. Jeswender Singh, doktor, perunding dan pakar perubatan estetik utama Dermlaze.

Menggabungkan teknologi canggih dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam perubatan estetik, Dermlaze membuka jalan untuk mereka menjadi pusat rawatan laser kulit dan estetik yang boleh dipercayai di Malaysia. Diterajui oleh Dr. Jeswender Singh, Dermlaze menyediakan perkhidmatan prosedur kosmetik yang profesional dan boleh dipercayai untuk menangani kebanyakan masalah kulit, yang memberikan hasil yang terbukti.

Klinik tersebut menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti rawatan laser untuk kulit, pengkonturan badan, peremajaan kulit dan penanaman rambut. Untuk prosedur kosmetik, Dermlaze menawarkan rawatan penegangan wajah, rinoplasti dan "thread-lifting" yang mematuhi piawaian yang diluluskan oleh FDA di antara pelbagai prosedur lain.

"Dermlaze ialah sebuah pusat sehenti untuk kulit dan keperluan kecantikan pesakit. Matlamat kami adalah untuk menjadi klinik yang dipercayai di mana kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan hasil yang autentik dengan menggunakan pengamal dan teknologi yang terbaik. Saya percaya keyakinan dapat membina seseorang. Apabila orang berasa selesa dengan diri mereka, mereka menjadi lebih berjaya dalam hidup," Dr. Jeswender Singh menambah.

Mengenai Dermlaze

Dermlaze Skin Laser & Aesthetics Centre terletak di Selangor, Malaysia. Pusat tersebut menawarkan semua jenis perkhidmatan dan rawatan untuk merawat kulit dan meningkatkan kecantikan. Pakar-pakar ini mengkhusus dalam pelbagai prosedur estetik yang tak invasif atau sedikit invasif dan dilengkapi dengan teknologi laser yang terkini dan paling canggih. Dermlaze berbangga menyediakan perkhidmatan yang profesional dan pengalaman yang hebat untuk mencapai hasil yang ketara dan konsisten.

Source: Dermlaze Skin Laser Aesthetics Centre
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics New products/services