omniture

Xinhua Silk Road: Pameran karya kraftangan yang pertama bermula di Dongyang, Timur China

Xinhua Silk Road
2020-11-05 18:20 240

BEIJING, 5 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Pameran "masters of China" pertama yang mempamerkan kraftangan yang dicipta oleh artis dan tukang mahir telah bermula di Dongyang, wilayah Zhejiang di timur China pada hari Ahad lalu dan akan berlangsung sehingga Khamis, yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan sektor seni, kraf dan perabot kayu ros di China.

Photo shows the World Woodcarving City in Dongyang, east China's Zhejiang province.
Photo shows the World Woodcarving City in Dongyang, east China's Zhejiang province.

Pameran tersebut, antara lain dihoskan bersama oleh kerajaan Dongyang, Persatuan Seni dan Kraf China dan Persatuan Perabot Nasional China, dijangka akan menerima 108,000 lawatan dengan jemputan diberikan kepada 1,000 pempamer, 500 wakil penjual dan pembeli, menurut pegawai yang bertanggungjawab bagi acara tersebut.

Pameran termasuk hasil ukiran kayu, ukiran akar, tenunan bambu, seramik, jed, sulaman, kaligrafi dan lukisan, perabot kayu ros dan perabot gaya China, yang memeriahkan kawasan pameran seluas 201,200 meter persegi.

Di upacara pembukaan, indeks perabot kayu ros Dongyang-China dikeluarkan buat pertama kali, yang memberikan rujukan untuk perusahaan kayu ros menjalankan perniagaan mereka dan pengguna yang ingin membeli perabot kayu ros.

Satu laporan mengenai perkembangan industri ukiran kayu dan kayu ros di Dongyang dan China turut dilancarkan pada upacara pembukaan tersebut. Laporan tersebut menunjukkan bahawa Dongyang merupakan kediaman kepada kira-kira 1,300 perusahaan ukiran kayu dan perabot kayu ros dan jumlah nilai hasil pengeluaran industri mencecah 20 bilion yuan pada tahun 2019. Mempunyai sistem pembangunan rantaian perindustrian yang lengkap yang mengintegrasikan perdagangan kayu, pengeluaran, jualan, perkhidmatan selepas jualan dan perkaitan lain, Dongyang adalah salah satu hab industri ukiran kayu dan perabot kayu ros di China.

Semasa pameran "masters of China", Pameran Kraf dan Seni Ukiran Kayu & Tenunan Buluh China ke-15, Pameran Perabot Kayu Ros China ke-2, forum dan seminar bertema turut diadakan, yang memupuk semangat ketukangan dan mengukuhkan pertukaran pandangan dan kerjasama perindustrian.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Dongyang telah mencapai hasil yang luar biasa dalam memperkenalkan elemen ukiran kayu dan kayu ros ke dalam sektor lain seperti hiasan rumah dan perabot serta aksesori pelayaran. Pameran yang berkaitan diperagakan sepanjang acara tersebut.

Dalam peringkat seterusnya, Dongyang akan menumpukan pada membangunkan pangkalan demonstrasi nasional untuk pembangunan bersepadu seni dan kraf, mengukuhkan penjenamaan antarabangsa kayu ros Dongyang dan memajukan pembangunan industri ukiran kayu, tenunan buluh dan kayu ros yang berkualiti tinggi.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/317290.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service