omniture

iROO, jenama fesyen terkemuka Asia, melangkah jauh mendahului pesaing dalam perebutan jualan digital dengan mencipta aplikasi runcit yang menakjubkan dengan menggunakan teknologi Kaddra

Kaddra Pte Ltd
2020-11-06 18:38 176

SINGAPURA, 6 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Kaddra Pte Ltd ("Kaddra") hari ini mengumumkan bahawa jenama fesyen Taiwan, iROO telah melancarkan aplikasi runcit yang canggih menggunakan teknologi Kaddra, di Singapura dan Malaysia secara serentak.

iROO sedang berkembang pesat dengan lebih daripada 80 kedai di Asia, yang mengkhusus dalam menyediakan item fesyen mewah yang berpatutan, dan mereka tidak berhasrat untuk berhenti setakat itu. Dengan Aplikasi iROO mereka yang baru dilancarkan, Jenama Fesyen Taiwan tersebut telah menetapkan standard untuk e-Dagang mudah alih digital yang berkualiti tinggi dan ingin mengambil langkah penting yang mendahului pesaingnya dengan memasukkan "live chat" di pusat ekosistem mereka. Dengan menggunakan teknologi mudah alih dan integrasi natif Kaddra, iROO boleh menguruskan perkhidmatan pelanggan dengan cara yang belum pernah dilakukan dalam industri sebelum ini.

"Dari permulaan hinggalah pelancaran dalam masa 6 minggu, teknologi Kaddra dan pasukannya betul-betul seperti yang kami inginkan dan lebih daripada itu. Penyediaan dan proses "onboarding" berjalan dengan sangat lancar dan kami kini menjalankan perdagangan aplikasi berjenama kami sendiri dari "backend" mereka tanpa kemahiran tambahan. Kami ingin mengembangkan jenama fesyen kami sendiri di Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain, dengan menggunakan satu penyelesaian dan Kaddra sesuai sekali dengan apa yang kami ingin lakukan," ujar Emily Huang, Ketua Pegawai Operasi iROO International.

Memberikan kejutan kepada dunia fesyen mampu milik di Asia, jenama Taiwan tersebut memulakan projek rintis digitalnya di Singapura dan Malaysia, dengan rancangan untuk berkembang di negara lain di Asia Tenggara di mana teknologi mudah alih, dalam tahun kebelakangan ini, telah diterima pakai pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan iROO untuk projek unik ini, membangunkan jenama mereka ke dalam dunia digital. Ia merupakan peluang yang baik untuk Kaddra mengukuhkan strategi kami di Asia di mana syarikat dan pelanggan telah menerima pakai sepenuhnya teknologi mudah alih. Pulangan pelaburan untuk projek sedemikian adalah sangat besar untuk iROO semasa mereka berkembang ke dalam pasaran baharu tanpa perlu mengembangkan operasi mereka secara fizikal. Dan pelanggan akan mengalami pengalaman yang menakjubkan dengan jenama tersebut. Ini merupakan satu situasi menang-menang dan kami berbangga telah membantu merealisasikannya dalam tempoh yang paling cepat dalam rekod!" ujar Quentin Chiarugi, Pengerusi Eksekutif dan CEO Kaddra.

Aplikasi iROO tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Google Play Store sekarang.

Mengenai Kaddra

Kaddra ialah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang menyediakan penyelesaian pemasaran dan e-Dagang mudah alih yang pertama dengan menghubungkan perniagaan dengan pelanggan mereka melalui platform hujung ke hujung label putih. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi telefon pintar, Kaddra boleh menambah baik proses jualan, jangkauan pemasaran dan khidmat pelanggan pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Model unik berasaskan langganan untuk teknologi mudah alih natif ini telah pun membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam lebih daripada puluhan industri yang sedang membangunkan perniagaan generasi seterusnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kaddra Pte. Ltd., lawati laman web kami: www.Kaddra.com

Source: Kaddra Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications Contracts