omniture

Infineon dan Tribe ganding bahu perkukuh Ekosistem Rantaian Blok Singapura

Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
2020-11-06 20:26 211

SINGAPURA, 6 November 2020 /PRNewswire/ -- Infineon bekerjasama dengan Tribe, pembina ekosistem rantaian blok pertama disokong oleh Kerajaan Singapura, yang menghimpunkan agensi kerajaan, badan korporat dan syarikat rantaian blok untuk menggalakkan inovasi serta kolaborasi. Infineon akan menyediakan kepakaran industrinya yang telah lama bertapak kukuh dalam penyelesaian sekuriti perkakasan dan dapat membantu syarikat-syarikat yang ingin mengaplikasikan rantaian blok untuk meneroka kelebihan daya saing penyelesaian sekuriti SECORA™ Blockchain Infineon. Syarikat-syarikat baharu terpilih yang membangunkan aplikasi menggunakan SECORA™ Blockchain akan berpeluang untuk berkolaborasi dengan Infineon bagi pembangunan masa-ke-pasaran dan pelanggan sebagai rakan kongsi di Infineon Co-Innovation Space.

 

Sebagai penyelesaian berasaskan perkakasan SECORA Blockchain mempunyai kelebihan yang pasti mengatasi pilihan akses rantaian blok lain: Ia dapat bertahan dengan kedua-dua serangan berasaskan perkakasan dan perisian serta hanya boleh diserang dan dimanipulasi dengan usaha yang tiada keuntungan kewangan yang amat tinggi.
Sebagai penyelesaian berasaskan perkakasan SECORA Blockchain mempunyai kelebihan yang pasti mengatasi pilihan akses rantaian blok lain: Ia dapat bertahan dengan kedua-dua serangan berasaskan perkakasan dan perisian serta hanya boleh diserang dan dimanipulasi dengan usaha yang tiada keuntungan kewangan yang amat tinggi.

 

"Rantaian blok berkembang maju melangkaui Teknologi Kewangan (Fintech) ke dalam bidang-bidang yang pelbagai seperti logistik, perlindungan jenama, platform pembelian dan permainan dalam talian. OpenNodes Tribe memberi akses kepada kami ke dalam ekosistem rantaian blok yang meriah dan membolehkan Infineon menampilkan SECORA™ Blockchain Security Solutions kami." Kata Goh Say Yeow, Naib Presiden, Sistem Terhubung Selamat, Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd. "Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Tribe dan teruja untuk bekerjasama dengan mereka dalam beberapa aspek, seperti menyokong inisiatif diterajui OpenNodes sebagai ahli pengasas dan bekerjasama dengan Tribe Academy bagi mengenal pasti bakat teknologi yang berpotensi besar. Saya berharap dapat meninjau peluang perniagaan bersama-sama dalam vertikal rantaian blok baru muncul dengan penggiat ekosistem yang terkemuka."

"Mendorong kolaborasi ekosistem merupakan keutamaan penting buat Tribe ketika kami berusaha untuk memajukan keupayaan rantaian blok dan penggunaannya merentas industri-industri. Tatkala kami menyaksikan kenaikan pesat dalam penyelesaian sedia industri berdasarkan rantaian blok, sekuriti terus menjadi pertimbangan dan pembeza utama untuk syarikat-syarikat rantaian blok. Dengan Infineon, kami mempunyai rakan kongsi yang berkedudukan mantap untuk menjamin keselamatan aplikasi rantaian blok dan mengukuhkan kepercayaan terhadap teknologi ini," kata Joseph Lim, Ketua Pembangunan Perniagaan Global, Tribe. "Kami berharap agar dapat mendorong agenda Singapura bagi menjadi tempat tumpuan untuk inovasi rantaian blok dan aplikasi dunia sebenar, ketika kami terus mengenal pasti dan merapatkan jurang dalam industri ini."

Program Rantaian Blok Infineon

Sebagai penggiat yang utama dalam bidang rantaian blok, Infineon telahpun membangunkan SECORA™ Blockchain, yang merupakan penyelesaian Java Card™ yang pantas dan mudah digunakan, menyokong sekuriti terbaik dalam kelas untuk pelaksanaan sistem rantaian blok. Ia menjadikan aplikasi lebih selamat dan lebih mudah untuk mereka bentuk sistem rantaian blok pelanggan. Dengan menyediakan "bilik kebal" yang selamat untuk kelayakan pengguna, SECORA™ Blockchain dapat mengurangkan risiko komersial pengguna akhir dan membantu meningkatkan kepercayaan dalam sistem rantaian blok. Kepakaran sekuriti Infineon yang luas menyediakan lapisan sekuriti yang diperlukan bagi melindungi kunci rantaian blok peribadi. Penyepaduan sekuriti berasaskan perkakasan ke dalam aplikasi rantaian blok, seperti token, peranti boleh pakai dan bentuk modul yang berbeza, menjadikan kunci peribadi lebih mantap menangkis serangan.

Ketersediaan

SECORA™ Blockchain dengan Pakej SPA kini boleh didapati dalam kuantiti volum. Ia menyokong skim kripto seperti Etherium, Bitcoin.

Tentang Tribe

Tribe ialah platform sokongan kerajaan pertama Singapura bagi mendorong keneutralan, kolaborasi dan pertumbuhan ekosistem rantaian blok, yang terdiri daripada OpenNodes, Tribe Accelerator dan Tribe Academy. Inisiatif-inisiatif berbeza ini dihimpunkan bagi membentuk satu pendekatan berbilang aspek yang kohesif bagi menyediakan tahap sokongan yang lebih komprehensif untuk industri rantaian blok. Tribe bekerjasama erat dengan syarikat global, agensi kerajaan, syarikat rantaian blok terbaik dan syarikat baharu tahap akhir bagi membina komuniti yang menggalakkan kolaborasi serta inovasi rantaian blok. Rakan-rakan rasmi Tribe melibatkan Enterprise Singapore, IMDA, BMW Group Asia, ConsenSys, IBM, Intel, Nielsen, PwC, R3 dan Temasek, antara lain. Untuk maklumat lanjut, sila ke https://tribex.co/

Tentang Infineon

Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon merupakan kunci untuk masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2019 (berakhir 30 September), Syarikat melapor jualan sebanyak €8.0 bilion dengan menggaji kira-kira 41,400 pekerja di seluruh dunia. Dengan pemerolehan Cypress Semiconductor Corporation yang berpangkalan di AS pada April 2020, Infineon menjadi syarikat semikonduktor 10 terbaik peringkat global.

Infineon disenaraikan dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan di AS dalam pasaran atas kaunter OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY). Maklumat lanjut boleh didapati di www.infineon.com

Source: Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
Related Stocks:
Frankfurt:IFX OTC:IFNNY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security OTC/SmallCap IRW Licensing/marketing agreements Blockchain