omniture

Akses perubatan tradisional Cina (TCM) Lianhua Qingwen ke Pasaran Rusia Menandakan Pengembangan Globalnya

Yiling Pharmaceutical
2020-11-06 20:57 217

SHIJIAZHUANG, China, 6 November 2020 /PRNewswire/ -- Yiling Pharmaceutical (002603.SZ) mendedahkan bahawa ia telah menerima Sijil Pendaftaran Suplemen Pemakanan yang diluluskan dan dikeluarkan oleh agensi berdaftar Eurasian Economic Union, yang menunjukkan bahawa ubat paten syarikat, Kapsul Lianhua Qingwen, memenuhi piawaian Rusia bagi suplemen pemakanan dan produk tersebut akan disediakan di rangkaian farmasi serta kaunter kedai khas di Rusia.

Sebagai produk utama daripada Yiling Pharmaceutical, Lianhua Qingwen mengkhusus untuk rawatan penyakit-penyakit yang berkaitan termasuk demam selesema, demam flu dan COVID-19. Pada April 2020, Kapsul/Granul Lianhua Qingwen diluluskan untuk menambah "penyakit coronavirus 2019 (COVID-19) ringan dan sederhana" kepada indikasi yang asalnya diluluskan oleh Pentadbiran Produk Perubatan Negara China.

Laporan suku ketiga tahun 2020 Yiling Pharmaceutical yang diterbitkan pada 26 Oktober menunjukkan bahawa jumlah hasilnya daripada tiga suku pertama mencecah 6.447 bilion yuan, meningkat sebanyak 48.31% berbanding tahun sebelumnya, dengan peningkatan jualan Lianhua Qingwen bertindak sebagai salah satu pendorongnya. Semasa berlakunya pandemik, Lianhua Qingwen telah disyorkan dalam skim diagnosis dan rawatan negara dan lebih daripada 20 produk tempatan, menjadi salah satu daripada "tiga ubat & tiga preskripsi" terpilih yang berkesan untuk merawat COVID-19 dengan kaedah perubatan tradisional Cina.

Satu kajian klinikal dengan sampel besar telahpun dijalankan oleh tiga ahli akademik tersohor iaitu Zhong Nanshan, Li Lanjuan dan Zhang Boli daripada Chinese Academy of Engineering bekerjasama dengan 23 hospital yang menerima pesakit COVID-19 dan keputusannya diterbitkan dalam majalah Eropah yang terkenal Phytomedicine pada Mei tahun ini, menunjukkan bahawa Lianhua Qingwen benar-benar dapat melegakan gejala-gejala klinikal COVID-19 seperti demam, keletihan, batuk dan sebagainya, lantas jelas memperbaiki lesi pengimejan pulmonari, memendekkan tempoh berlakunya gejala dan menggalakkan kadar penyembuhan klinikal.

Tambahan pula, Lianhua Qingwen terus memperluaskan bidangnya dalam pasaran global dan telah menembusi pasaran dalam hampir 20 negara dan wilayah seperti Kanada, Mozambique, Romania, Thailand, Ecuador, Singapura, Filipina dan lain-lain.

Source: Yiling Pharmaceutical
Related Stocks:
Shenzhen:002603
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion