omniture

"In Shanghai, China meets the U.S." -- hubungkan masa kini dengan masa depan, episod kedua dalam siri pendek empat episod

T House
2020-11-09 12:55 193

SHANGHAI, 9 November 2020 /PRNewswire/ -- Laporan berita  oleh T house:

 

Semasa berlangsungnya Ekspo Import Antarabangsa China tahun ini, Zou Yue, hos Cina dan pemimpin pendapat, melawat Kilang Giga Shanghai Tesla dan Yangshan Phase IV, pelabuhan terbesar di dunia yang dikendalikan oleh robot, bagi menyaksikan perniagaan Amerika berkembang maju, perdagangan trans-Pasifik melonjak dan untuk menjalankan penggambaran siri pendek dengan empat episod yang berjudul "In Shanghai: China Meets the U.S." Episod kedua meneroka kerancakan dan hubungan antara kedua-duanya.

Idea penyahgandingan yang dilontarkan oleh beberapa ahli politik A.S. telah mencetuskan kebimbangan berhubung sama ada dua ekonomi terbesar dunia ini akan memutuskan hubungan mereka. Lawatan Zou Yue ke Kilang Giga Shanghai Tesla menunjukkan bahawa teknologi inovatif berkembang pesat dan turut mengeluarkan kereta dengan lebih pantas. Kilang bernilai berbilion-bilion dolar ini penting untuk mencapai cita-cita global Tesla memandangkan China sudahpun menjadi pasaran yang terbesar untuk kereta elektrik. Kejayaan di tempat tersebut akan mengukuhkan syarikat di tempat asalnya dan membawa kepada lebih banyak pekerjaan eksport.

Dalam episod tersebut, Wang Shouwen, naib menteri perdagangan dan timbalan wakil perdagangan antabangsa China meramalkan bahawa perusahaan yang mendapat pelaburan asing (FIE) yang memfokuskan pasaran domestik Cina akan mengembangkan lagi rantaian bekalan mereka di China.

Laporan McKinsey 2019 mengetengahkan sejauh mana hubungan dunia dengan China semakin meningkat saban hari, kerana ia merupakan pasaran, pembekal dan penyedia modal, semua dalam satu. Di pelabuhan Yangshan, perdagangan perkapalan di seluruh Pasifik meningkat sebanyak 20 peratus pada bulan Ogos, meskipun terdapatnya kesan daripada COVID-19 dan perang tarif.

China mempunyai spektrum luas pembekal luar aliran dan pelanggan hiliran yang mantap, menjadikan rantaian bekalan di China andal dan kurang terdedah kepada gangguan. Usaha Amerika untuk memutuskan hubungan dengan China hanya bererti bahawa Amerika memutuskan hubungannya dengan dunia.

Untuk butiran lain mengenai siri ini, sila rujuk
http://www.facebook.com/thouseopinions 

Sumber siaran media ini:
http://www.facebook.com/watch/?v=379190836567843 

Source: T House
Keywords: Auto Banking/Financial Service Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Transportation