omniture

Panggilan Untuk Semua Pengubah Permainan dan Pemimpin Masa Depan: Pendaftaran Dibuka untuk Sidang Kemuncak Tenaga Kepimpinan Asia 2020

Asia School of Business
2020-11-09 18:30 41

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 November 2020 /PRNewswire/ -- Waktu yang tidak menentu menggesa kaedah pemikiran yang revolusioner, keberanian untuk mencipta semula dunia seperti mana yang kita ketahui – dan juga gaya kepimpinan baharu untuk mengemudi kepimpinan menuju masa depan. Iclif Executive Education Center Asia School of Business (ASB) menyatukan pengubah permainan dan pemikir ke hadapan generasi seterusnya menerusi Sidang Kemuncak Tenaga Kepimpinan Asia (Leadership Energy Summit Asia, LESA) 2020 akan datang, yang menghimpunkan barisan hebat pemimpin dan pakar paling prolifik di dunia, termasuk penerima Hadiah Nobel 2019 Esther Duflo, bagi berkongsi strategi kepimpinan terbaik untuk persekitaran perniagaan yang tidak dapat diramalkan pada masa kini.

Leadership Energy Summit Asia 2020
Leadership Energy Summit Asia 2020

Diadakan secara dalam talian mulai 16 hingga 19 November, sidang kemuncak kepimpinan yang terkemuka di Asia ini meneroka tema "Mengemudi Ketidaktentuan dengan Tenaga Kepimpinan Dalam Tindakan". LESA 2020 akan melengkapi pemimpin-pemimpin dengan pandangan dan hubungan bagi membangunkan pasukan yang diperkasa dan memaksimumkan inovasi, produktiviti serta penglibatan dalam organisasi mereka. Program persidangan yang beraneka ini menampilkan para penceramah yang luar biasa dari seluruh dunia yang merupakan individu berwawasan dan pakar sebenar dalam bidang mereka, termasuk Profesor Pengurusan John D. Sterman daripada MIT Sloan, Menteri Kewangan Afrika Selatan Tito Mboweni, Aireen Omar, Presiden Kumpulan RedBeat Ventures dan AirAsia, dan Gita Wirjawan, Pengasas dan Pengerusi Ancora Group. Trek persidangan dirancang mengikut tema setiap hari untuk merangkumkan topik-topik bermula daripada Keusahawanan sehinggalah Kelestarian. 

"Di tengah-tengah persekitaran perniagaan yang bergolak dan berubah-ubah yang dicetuskan oleh pandemik global ini, kelangsungan dan kejayaan mana-mana perniagaan atau perusahaan bergantung pada kekuatan dalaman serta nilai-nilai dipacu tujuan oleh pemimpin-pemimpinnya. Kami berbangga kerana LESA 2020 dapat bertindak sebagai platform untuk membincangkan dan mengatasi cabaran ini," kata Prof. Charles Fine, Presiden pengasas dan Dekan, ASB.

Berserta barisan penceramahnya yang hebat, akan terdapat satu siri kelas Master (Masterclass) yang ditaja oleh Sarawak Energy, menampilkan para ilmuwan terkemuka daripada ASB dan MIT Sloan, pemimpin global dalam bidang pendidikan perniagaan. Semasa berlangsungnya sesi ini, para hadirin akan dapat mengasah ilmu pengetahuan mereka dalam bidang-bidang kritikal melibatkan strategi kepimpinan, prestasi korporat, tanggungjawab sosial korporat (CSR), psikologi, keusahawanan, pembangunan serta transformasi perniagaan. Sementara itu, The Iclif Leadership Energy Awards, ditaja oleh Maybank, akan memberi penghormatan kepada individu-individu yang memanfaatkan "Tenaga Kepimpinan Dalam Tindakan" mereka untuk memberi kesan positif dan berterusan dalam organisasi mahupun komuniti mereka.

"Sokongan daripada rakan korporat kami dalam membantu kami membawa acara ini ke peringkat global adalah sangat luar biasa. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang istimewa buat Maybank, Sarawak Energy, CX Technology dan Lawrence S. Ting Foundation.Ini merupakan satu penghormatan kepada hakikat bahawa impak paling besar terhasil melalui perkongsian," kata Zalina Jamaluddin, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, ASB.

Buat julung kali dalam sejarahnya, LESA membuka pintunya secara maya untuk dihadiri oleh seluruh dunia — menghimpunkan pemimpin global berpandangan jauh untuk bertukar-tukar kebijaksanaan dan berkongsi ilmu pengetahuan. Pengurus tengah, eksekutif dan pelajar berpotensi boleh menghadiri acara tersebut dengan Discovery Pass persidangan dalam talian percuma yang memberi akses terhad untuk sesi-sesi diprapilih atau dengan mendapatkan tempat duduk maya barisan hadapan di sidang kemuncak tindakan berkenaan dengan All-Access Pass berharga RM 1,200 (~US $290).

Untuk senarai penuh penceramah dan untuk mendaftar, sila kunjungi https://asb.edu.my/lesa2020.

Tentang Asia School of Business

Asia School of Business (ASB) ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama MIT Sloan School of Management bagi menjadi sebuah sekolah perniagaan global ulung, iaitu hab pengetahuan dan pembelajaran yang disemai dengan kepakaran serantau, pandangan dan perspektif Asia serta ekonomi-ekonomi baru muncul. Melalui kurikulum berdasarkan Pembelajaran Tindakan (Action Learning) yang memenangi anugerah, dengan kerjasama komuniti korporat serta pelajar dari seluruh dunia, ASB komited untuk membangunkan pemimpin yang bersifat transformatif dan berprinsip yang akan menyumbang ke arah memajukan dunia baru muncul.

Source: Asia School of Business
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources New products/services Future Events