HONG KONG, 10 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Acclime, penyedia perkhidmatan korporat yang utama di Asia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pengambilalihan Hazeldex di Malaysia. Ini merupakan pengambilalihan kedua di negara ini, yang mengukuhkan lagi kehadiran dan keupayaan syarikat kepada lebih 40 kakitangan profesional.
Ditubuhkan pada tahun 2018, Hazeldex menyediakan perkhidmatan khususnya perakaunan, pembayaran gaji dan khidmat nasihat perniagaan kepada PKS dan syarikat permulaan di Malaysia. Hazeldex akan dijenamakan semula dan beroperasi sebagai Acclime Malaysia. Pemilik dan pengarah syarikat tersebut, Alicia Tiong, bersama dengan pasukan beliau yang seramai 10 orang, akan menyertai keluarga Acclime dan berpindah ke pejabat Acclime Malaysia yang baru di KL Eco City pada akhir bulan ini.
"Ini merupakan satu bab baharu untuk pasukan kami, dan kami teruja untuk menyertai sebuah organisasi bereputasi baik yang beroperasi di seluruh rantau ini," Alicia Tiong, pemilik Hazeldex mengulas. "Kami kini dapat menawarkan perkhidmatan korporat yang lebih luas kepada pelanggan kami sambil menyediakan akses dan penyelesaian ke pasaran baru muncul Asia yang lain."
"Dengan pelan pengembangan kami yang berterusan di rantau ASEAN, mempunyai tapak yang kukuh di Malaysia merupakan kepentingan strategik," Martin Crawford, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Acclime mengulas. "Keupayaan yang dibawa oleh pasukan Hazeldex ke Acclime Malaysia akan meningkatkan dan melengkapkan tawaran perkhidmatan kita secara keseluruhan. Ia padanan yang sesuai."
"Pengambilalihan ini mengukuhkan kehadiran pasaran kami dan mempelbagaikan asas pelanggan kami," ujar Henry Ng, Pengarah Urusan Acclime Malaysia. "Kami mengalu-alukan kedatangan ahli Acclime yang terbaru dan terus berkembang dalam pasaran Malaysia."
Sila layari www.malaysia.acclime.com untuk maklumat lanjut.
Mengenai Acclime
Acclime, penyedia perkhidmatan korporat yang utama di Asia, membantu pelanggan korporat dan persendirian memajukan perniagaan dan kepentingan mereka dalam pasaran baru muncul Asia yang sukar dikemudi. Visi syarikat adalah untuk mencipta semula sektor perkhidmatan korporat dengan penyelesaian inovatif yang dilaksanakan dengan lancar mengikut piawaian global yang tertinggi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.acclime.com.