omniture

Pusat Beli-Belah IPC dan IKEA Ubah Pengalaman Beli-Belah 11.11 Berlandaskan Norma Baharu

Pusat beli-belah komuniti ini dan IKEA Southeast Asia memperkenalkan pengalaman beli-belah berbilang saluran dengan Super Seram Sale selama sebulan
IPC Shopping Centre
2020-11-10 12:33 63

PETALING JAYA, Malaysia, 10 November 2020 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre dengan bangganya mengumumkan penganjuran kempen 11.11 dengan pelancaran Super Seram Sale. Jualan bertema Halloween ini memudahkan pembeli untuk mengatur rancangan membeli-belah lebih awal menerusi laman mikro Super Seram Sale. Laman mikro yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif daripada berbagai jenama di pusat beli-belah ini boleh dikunjungi di dalam talian mulai hari ini hingga 30hb November 2020. Pelancaran ini juga bertujuan menyokong rakan niaga bagi menjana jualan maksimum sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Nikmati promosi dan diskaun Super 'Seram' di IPC Shopping Centre sepanjang bulan November ini
Nikmati promosi dan diskaun Super 'Seram' di IPC Shopping Centre sepanjang bulan November ini

"Dengan peningkatan kes COVID-19 di Lembah Klang, kami berhasrat untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang menyenangkan, selamat, dan unik kepada orang ramai. Super Seram Sale ini diilhamkan untuk merapatkan jurang antara saluran fizikal dan digital serta memberi pilihan kepada orang ramai yang ingin membeli-belah. Semua tawaran terbaik akan dipaparkan di laman mikro Super Seram Sale kami (superseramsale.my) dan laman e-dagang IKEA serta aplikasi beli-belah IKEA yang baru dilancarkan. Khidmat pembeli peribadi dan penghantaran akan disediakan menerusi kerjasama eksklusif kami dengan GoGet dan Beep. Di samping itu, pelanggan boleh memilih untuk mengambil barangan menerusi lorong kutipan pandu lalu. Dengan semua pilihan yang sedia ada, orang ramai tidak perlu rasa 'seram' untuk memenuhi keinginan beli-belah masing-masing," kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre.

Bagi mereka yang mahu mengunjungi pusat beli-belah ini, semua kedai di IPC dibuka sepenuhnya dan sedia mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Peraturan ketat bagi menjaga kebersihan dan melaksanakan pengesanan kontak telah ditetapkan menurut garisan panduan terbaharu kerajaan. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, pekerja dan orang ramai dalam suasana semasa yang mencabar," tambahnya.

Untuk menghangatkan lagi kempen beli-belah 11.11, IPC Shopping Centre akan bekerjasama dengan para penyewanya termasuk Harvey Norman, All IT Hypermarket, Dr Hauschka, Popular, Skechers, Spotlight, dan banyak lagi sepanjang kempen jualan selama sebulan ini. Diskaun dan tawaran eksklusif disediakan khas untuk orang ramai yang berkunjung ke IPC untuk membeli-belah sempena Super Seram Sale.

Sepanjang tempoh jualan ini, ahli-ahli IPC Små Club berumur 12 tahun dan ke bawah juga boleh mendapatkan pelindung muka percuma di i-Counter yang terletak di Aras G. Inisiatif ini diharapkan membantu ibu bapa yang membawa anak kecil berasa lebih selamat dan terlindung.

Di samping itu, dua ahli program kesetiaan IPC – Tack Club – yang mencatatkan perbelanjaan paling tinggi berpeluang untuk membawa pulang Pengering Rambut Dyson Supersonic atau Sony PlayStation 4 Pro. Untuk melayakkan diri memenangi hadiah, ahli Tack Club perlu menunjukkan resit pembelian di i-Counter tersebut. Ahli Tack Club yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam dua resit juga boleh dapati e-baucer Seram bernilai RM10.

Kempen Super Seram Sale juga akan diadakan di seluruh negara di pusat beli-belah lain yang menempatkan IKEA. Selain itu, Jualan Akhir Tahun IKEA yang dinanti-nantikan akan juga dianjurkan lebih awal dari 5 hingga 30 November, serentak dengan kempen jualan eksklusif ini. Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan tawaran menarik yang disediakan, layari laman web https://superseramsale.my.

Hubungi:

Eugenie Lim
lime@ruderfinnasia.com
+60-1-6387-0846

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Retail Travel New products/services