omniture

Zoomlion Labuhkan Tirai Acara Hari Keluarga dan Hari Pengalaman Budaya Ketiga yang Berjaya

Zoomlion
2020-11-10 17:02 102

CHANGSHA,  China, 10 November 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) dengan jayanya menganjurkan acara Hari Keluarga dan Hari Pengalaman Budaya ketiganya yang berlangsung di Taman Industri Lugu, Changsha, China. Siri acara ini berlangsung secara berperingkat-peringkat yang mana sehingga 500 pekerja dan ahli keluarga mereka diundang dalam setiap pusingan. Dua pusingan telah pun dianjurkan masing-masing pada bulan September dan Oktober.

Zoomlion Wraps up Third Successful Family Day and Cultural Experience Day Event
Zoomlion Wraps up Third Successful Family Day and Cultural Experience Day Event

Acara berkenaan dirancang dengan teliti menerusi aktiviti-aktiviti interaktif yang sesuai untuk semua peringkat usia. Dalam bahagian "Little Excavator Expert", kanak-kanak digalakkan untuk mengendalikan mesin pengorek di bawah bimbingan yang betul dan berpeluang memenangi model mesin setelah menyiapkan satu set tugasan bersama ibu bapa mereka. Pameran Pengalaman Budaya mempamerkan pelbagai seni dan kraf dari serata dunia yang dikumpul oleh subsidiari-subsidiari luar negara Zoomlion, termasuk Anak Patung Matryoshka dan lukisan porselin buatan tangan dari Rusia, alat muzik tradisional Dombra dari Kazakhstan, lukisan genre dari Mongolia, arca tanah liat batang pokok dari India dan banyak lagi.

Bahagian-bahagian lain termasuk kuiz interaktif di Annulus Cinema, latar belakang kreatif untuk foto keluarga dan pameran bertema "WE" yang menunjukkan sejauh mana syarikat telah bekerja sebagai sebuah pasukan untuk memerangi COVID-19 awal tahun ini.

"Kami mendapat maklum balas yang sangat positif dan berpendapat bahawa ini dapat diterjemahkan kepada hubungan yang lebih baik di tempat kerja dan keluarga mereka," kata En. Li Jiangtao, Pengerusi Zoomlion Labor Union. "Kami gembira dapat melihat kanak-kanak bermain dengan riang dan dapat belajar lebih lanjut mengenai syarikat yang menjadi tempat ibu bapa mereka bekerja. Lebih penting, setiap orang boleh menikmati masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di luar waktu  bekerja."

"Anak perempuan saya telah menikmati hari yang menyeronokkan dan dia amat berbangga kerana ayahnya bekerja dengan syarikat ini yang membawa perubahan di dunia," kata En. Yin Tongtong, seorang bapa dan kakitangan di Zoomlion. "Bagi saya, saya berpendapat bahawa kami merupakan lebih daripada sekadar pekerja Zoomlion, kami sememangnya ahli keluarga Zoomlion."

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Zoomlion Wraps up Third Successful Family Day and Cultural Experience Day Event
Zoomlion Wraps up Third Successful Family Day and Cultural Experience Day Event

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Construction/Building Transportation Trade show news