SINGAPURA, 11 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Setelah ekosistem rakan kongsi berjaya dibangunkan di Amerika, Vantiq teruja untuk mengumumkan bahawa mereka kini berkembang di rantau APAC.
Beribu pejabat di Walnut Creek, California, Amerika Syarikat, Vantiq ialah platform pembangunan aplikasi baharu yang membolehkan pelanggan membangunkan penyelesaian inovatif dengan cepat untuk memacu perniagaan dalam masa nyata. Aplikasi ini menggabungkan aliran data dari sensor, peranti mudah alih, sistem perusahaan yang sedia ada dan orang dengan peraturan dan kecerdasan buatan (AI) untuk kesedaran masa nyata. Dibina berdasarkan seni bina Reaktif moden, Vantiq dapat diskalakan secara besar-besaran dan boleh diedarkan secara dinamik dalam mana-mana persekitaran. Peralatan dan pengabstrakan Kod Rendah menyembunyikan infrastruktur asas, jadi aplikasi rumit boleh dicipta dalam masa beberapa hari dengan pengekodan minimum dan mudah disesuaikan dengan cepat.
Mereka ingin merekrut rakan kongsi yang sesuai di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Korea Selatan, Australia dan India untuk menyertai proses inovasi tersebut.
Kurikulum dan Program Latihan yang Komprehensif
Di peringkat global, Vantiq kini mempunyai lebih daripada 100 rakan kongsi dalam ekosistem.Partnership Programme (Program Perkongsian) dibahagikan kepada empat kategori utama - Penyepadu Sistem, Vendor Perisian Bebas, Rakan Kongsi Strategik Global dan Penjual Semula Nilai Tambah / Penyedia Penyelesaian. Rakan Kongsi Terkemuka termasuk Softbank, Infosys, T Systems, DXC Technology, EISOT dan banyak lagi.
Vantiq menawarkan program Latihan Jualan & Teknikal yang komprehensif untuk meningkatkan kecekapan dengan cepat & memastikan kejayaan projek. Ini akan membantu rakan kongsi mendapatkan pemahaman tentang jenis penyelesaian yang dapat dibangunkan dengan platform Vantiq, dan juga pemahaman asas tentang paradigma pembangunan, platform dan sumber pembangunan Vantiq untuk mula membangunkan aplikasi masa nyata berpandukan peristiwa. Vantiq turut menawarkan latihan teknikal lanjutan untuk pembangun yang lebih berpengalaman mempelajari secara praktikal dengan terperinci cara menggunakan platform kami untuk membangunkan penyelesaian masa nyata dan penyambung perusahaan.
Menjadi rakan kongsi Vantiq
Vantiq ialah satu-satunya platform kod rendah, tanpa kod untuk inovasi pantas aplikasi perusahaan berpandukan acara dalam masa nyata. Dengan Vantiq, rakan kongsi dapat berinovasi dengan lebih cepat dan beroperasi dengan lebih pintar dalam menangani keperluan dunia sebenar bagi perniagaan masa nyata.
Perniagaan digital perlu menjadi yang pertama memasarkan produk dan perkhidmatan baharu. Vantiq boleh membantu melaksanakan projek daripada konsep kepada pengeluaran dalam masa beberapa minggu sahaja. Mendapatkan kesedaran situasi kini merupakan perkara yang paling utama untuk pendigitalan dan transformasi perniagaan. Dengan ciri kod rendah dan tangkas Vantiq, pembangunan produk dan aplikasi kini dapat diskalakan dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut tentang Program Rakan Kongsi, sila klik di sini.
Mengenai Vantiq
Vantiq membolehkan pelanggan membangunkan aplikasi generasi seterusnya yang menggabungkan data dunia sebenar dan kejadian masa nyata. Persekitaran pembangunan mereka yang tangkas membolehkan aplikasi rumit dicipta dalam masa beberapa minggu dengan pengekodan minimum, memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan pengkomputeran pinggir. Vantiq memperkasakan pelbagai jenis aplikasi untuk bandar pintar, bangunan pintar, minyak dan gas, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan industri lain. Vantiq ditubuhkan pada tahun 2015 oleh veteran teknologi Marty Sprinzen dan Paul Butterworth, pengasas bersama Forte Software.
Ketahui lebih lanjut di Vantiq.com
Maklumat Hubungan Media
Charlene Chen
Pengurus Pemasaran & Komunikasi, APAC
E-mel: cchen@vantiq.com