SHENZHEN, China, 11 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Huion melancarkan dua lagi paparan pen siri Kamvasnya untuk membolehkan penggiat lukisan digital meluahkan dan berkongsi idea kreatif mereka. Kamvas 12 dan Kamvas 16 (2021) yang baru dilancarkan adalah pelengkap bagi Kamvas Pro 12 dan Kamvas Pro 16, untuk pemula dan juga pelajar lukisan digital.
Walaupun paparan pen siri Kamvas yang dibangunkan oleh Huion didatangkan dengan pilihan warna yang lebih luas dan reka bentuk produk yang lebih mesra pengguna, tetapi sebab terbesar ia begitu popular adalah kerana prestasinya pada harga yang berpatutan. Bersama-sama dengan Kamvas 12 baharu dan Kamvas 16(2021), Kamvas 13, Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus merupakan semua produk siri Kamvas yang telah dilancarkan dan menjadi bualan artis digital di seluruh dunia.
Kamvas 12 dan juga Kamvas 16(2021) didatangkan dengan lebih daripada satu warna. Selain warna hitam kosmo, Kamvas 12 juga boleh didapati dalam warna oren tapak sulaiman, sementara Kamvas 16(2021) pula hadir dalam warna aram temaram, yang didayakan oleh plastik ABS yang digunakan pada bahagian cangkerang belakang produk ini. Selain itu ABS turut dikenali secara meluas sebagai mesra alam dan tahan calar. Oleh kerana skrinnya dilaminasi sepenuhnya dan bercirikan anti silau serta filem matte yang dipasang pada permukaannya, pantulan dan paralaks pada skrin dapat diminimumkan, sementara pengalaman melukis dipertingkatkan lagi seperti pen di atas kertas. Pen digital PW517 yang didatangkan dengan siri Kamvas, membolehkan 8,192 tahap tekanan pen, kadar laporan yang memuaskan, dan pengecaman kemiringan pada ±60 darjah.
Dengan Kamvas 12 dan Kamvas 16(2021), Siri Kamvas Huion kini tersedia dengan paparan pen 11.6 inci dan 15.6 inci bersama dengan paparan 13.3 inci dan 21.5 inci yang dikeluarkan lebih awal. Lebih banyak lagi saiz dan model akan diumumkan selaras dengan tekad Huion untuk memperkasakan impian artis digital di seluruh dunia. Untuk maklumat lebih lanjut dan pertanyaan mengenai produk siri Kamvas Huion, sila lawati www.huion.com atau hantarkan e-mel ke marketing@huiontablet.com.
Untuk pertanyaan media: Carlos Lin, +86 18820178551