omniture

G20: manfaatkan pembiayaan perdagangan lindungi PKS dan perkasa pemulihan global

International Chamber of Commerce
2020-11-11 18:47 215

PARIS, 11 November 2020 /PRNewswire/ -- Kumpulan Penasihat International Chamber of Commerce (ICC) bagi Pembiayaan Perdagangan telah menyeru pemimpin-pemimpin G20 untuk memanfaatkan pembiayaan perdagangan bagi melindungi PKS serta memperkasa pemulihan global.

Kursi bersama kumpulan penasihat peringkat tinggi untuk International Chamber of Commerce (ICC) telah membuat gesaan mendesak kepada pemimpin-pemimpin G20 untuk bertindak bagi mengelakkan risiko ketaksolvenan yang semakin menular dalam perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) secara global, ekoran pandemik COVID-19.

Dalam satu surat terbuka, Victor K. Fung (Pengerusi, Fung Group) dan Marcus Wallenberg (Kursi, SEB) telah menggesa pemimpin-pemimpin G20 untuk melakukan intervensi yang diselaraskan bagi meningkatkan ketersediaan pembiayaan berkaitan perdagangan – melihatkan bahawa ini merupakan kaedah rendah risiko terbukti untuk memberi rangsangan baharu kepada PKS yang semakin diperluas.

Pembiayaan perdagangan mendasari kira-kira antara 80 – 90% perdagangan global dan bertindak sebagai sumber modal kerja yang penting untuk banyak PKS. Petunjuk terkini mencadangkan bahawa pembekalan kredit perdagangan kepada PKS dan pasaran baru muncul mengalami risiko signifikan ekoran risiko korporat, kedaulatan dan mata wang yang semakin meningkat.

Dalam kapasiti mereka sebagai kursi bersama Kumpulan Penasihat ICC bagi Pembiayaan Perdagangan, En. Fung dan En. Wallenberg merayu pemimpin-pemimpin dunia untuk bertindak sebelum terlambat.

En. Fung berkata:  "Jelas sekali perniagaan perlu mengekalkan bekalan pembiayaan perdagangan agar terus mengalir merentas rantaian bekalan di seluruh dunia dan khususnya untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta berjuta-juta pekerjaan yang disokong oleh perusahaan ini. Ekonomi sebenar — sama ada apabila kita membincangkan mengenai pembuatan dan pengeluaran, atau peruncitan dan perkhidmatan – bergantung pada bentuk modal kerja ini dan sekarang ia memerlukan sokongan anda."

Marcus Wallenberg menambah:  "Berdasarkan pengalaman kami dalam memimpin firma-firma multinasional melalui kejutan ekonomi sebelum ini, kami amat yakin bahawa tindakan yang diselaraskan untuk meningkatkan ketersediaan dan kebolehcapaian pembiayaan berkaitan perdagangan dapat membantu mengelakkan krisis kesolvenan PKS yang berleluasa dalam bulan-bulan akan datang – dan dalam masa yang sama meletakkan asas untuk pemulihan yang lebih pantas daripada pandemik COVID-19."

Gesaan daripada dua pemimpin perniagaan yang tersohor menjelang Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin G20 lewat bulan ini menekankan bahawa pembiayaan berkaitan perdagangan merupakan wadah ideal yang dapat digunakan untuk memberi rangsangan baharu kepada ekonomi sebenar – menawarkan peluang kepada kerajaan-kerajaan untuk menyasarkan sokongan yang disediakan demi keperluan kecairan segera PKS. Profil pembiayaan perdagangan rendah risiko juga harus meredakan kebimbangan kerajaan yang semakin meningkat tentang kemungkinan menambah lebih banyak hutang awam.

ICC selanjutnya menggariskan langkah-langkah tambahan yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan G20 untuk menyediakan bekalan pembiayaan perdagangan di seluruh dunia – termasuk penskalaan skim jaminan kredit sokongan awam, intervensi pengawalseliaan dan insurans kredit eksport bagi memberi insentif kepada peruntukan kredit perdagangan oleh bank-bank komersial.

Setiausaha Agung ICC John W.H. Denton AO berkata:

"Ketidaktentuan yang berterusan dalam ekonomi global boleh mencetuskan krisis yang hebat terhadap masalah pembuangan kerja yang semakin merebak luas dalam pasaran kredit perdagangan pada bulan-bulan akan datang. Dengan banyaknya perniagaan kecil-kecilan beroperasi dengan simpanan yang semakin berkurangan berikutan pandemik, keadaan ini memperlihatkan risiko akut peningkatan kadar kegagalan perniagaan yang sudahpun membimbangkan."

"Intervensi utama untuk menyediakan bekalan pembiayaan perdagangan harus dilihat oleh kerajaan-kerajaan G20 bukan sahaja sebagai cara untuk mengurangkan risiko penurunan terhadap ekonomi, tetapi sebagai cara berkos rendah atau tanpa kos untuk mendorong pemulihan yang pantas dan berdaya tahan daripada krisis.  Penting agar pemimpin-pemimpin daripada ekonomi yang terkemuka di dunia merebut jendela peluang yang sempit bagi menyelamatkan PKS kita."

Penasihat ICC bagi Pembiayaan Perdagangan memberi pandangan strategik untuk membentuk perbincangan global mengenai ekosistem pembiayaan perdagangan dalam konteks COVID-19.

Selain daripada dua kursi bersama, anggota-anggota kumpulan berkenaan termasuk: Anabel Gonzalez, Bekas Menteri Perdagangan Costa Rica dan Felo Kanan di Peterson Institute for International Economics; Amy Jadesimi, Ketua Pegawai Eksekutif Lagos Deep Offshore Logistics Base (LADOL); Flora Mutahi, Ketua Pegawai Eksekutif Melvin Marsh; Takeshi Niinami, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Suntory Holdings; Samuel Palmisano, Pengerusi Center for Global Enterprise; dan Mark Tucker, Pengerusi Kumpulan HSBC Holdings; Jeremy Weir, Ketua Pegawai Eksekutif, Trafigura; dan Zhu Min, Pengerusi National Institute of Financial Research di Tsinghua University.

Baca surat terbuka 

Source: International Chamber of Commerce
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis