omniture

Thousand Cities Strategic Algorithms (TCSA) Memimpin 20 Negara Berbeza dalam Deklarasi Tindakan Global

TCSA
2020-11-11 18:57 326

SHANGHAI, 11 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Pada 6 November, Mr. Adkins Zheng, Pengerusi Thousand Cities Strategic Algorithms Cloud Technology (TCSA), bersama dengan wakil diplomatik dari 20 negara, menerima pakai "Deklarasi Tindakan untuk Kestabilan, Kemakmuran dan Kebebasan Global" di Shanghai, bandar tuan rumah Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang ketiga. Deklarasi tersebut menekankan kepentingan membangunkan sistem tadbir urus dan sistem sosioekonomi kebangsaan yang lebih disasarkan, saintifik dan efektif.

TCSA Leads 20 Different Countries in a Global Declaration of Action
TCSA Leads 20 Different Countries in a Global Declaration of Action

Selama beberapa abad yang lalu, rangka kerja ekonomi, masyarakat dan tataurus negara tidak mengalami penambahbaikan struktur yang sebenar-benarnya. Semakin meningkat dan terdesak, dunia mendapati bahawa rangka kerja tradisional yang sedia ada mempunyai masalah untuk menampung populasi dunia moden yang begitu padat, bekalan dan permintaan, industri dan kesaratan maklumat. Untuk mengatasi masalah ini, setiap negara mesti mula membangunkan sistem tadbir urus dan sistem sosioekonomi kebangsaan yang jauh lebih tepat dan cekap berbanding yang ada pada hari ini.

Rakyat semua negara kini tinggal dalam masyarakat yang berubah dengan pesat didorong oleh maklumat dan teknologi, dan dunia perlu betul-betul meneliti data yang berlambak-lambak untuk mengekstrak kesimpulan yang objektif, logik dan tepat. Contohnya, semenjak kod undang-undang yang pertama dilakarkan pada batu bersurat, populasi telah mengetahui bahawa susunan sosial, dari permulaan hingga kepada pembaharuan dan penambahbaikan, bermula dan berakhir dengan maklumat dan penstrukturan semula maklumat. Hari ini, idea yang canggih dan saintifik mesti bergerak melampaui halaman kertas akademik dan diintegrasikan menjadi penyelesaian digital yang tepat, yang kemudiannya digunakan secara sistematik ke arah kebaikan peradaban manusia.

Dalam era digital hari ini, pembawa maklumat yang paling banyak terdapat dan berorientasikan sebab-musabab ialah data transaksi kewangan. Dengan menggunakan data ini sebagai sumber maklumat, adalah mungkin untuk membangunkan rangka kerja dan instrumen yang sangat efektif dan disasarkan untuk susunan sosial. Laluan yang paling praktikal ke arah betul-betul meningkatkan atau memperbaharui sistem tadbir urus negara adalah dengan mentransformasikan sistem kewangan bank pusatnya menjadi "Otak Data Ekonomi Negara".

Dari perspektif ini, TCSA dengan berani telah membayangkan satu cara baharu ke hadapan – memanfaatkan pendekatan ekonomi berfikiran terbuka dan teknologi data sumber terbuka untuk berkhidmat kepada kerajaan dan bank pusat di seluruh dunia dalam matlamat yang disesuaikan berikut:

  1. Untuk membangunkan sistem pasaran bebas bagi aset masyarakat asas seperti infrastruktur, makanan, pengangkutan, perumahan, kesihatan, pendidikan, kebajikan sosial, keselamatan awam dan pelbagai barangan awam yang lain. Kerajaan kemudiannya boleh mewujudkan peluang pekerjaan umum dan produktif yang berkaitan dengan sistem pasaran ini, memfokuskan pada kepentingan dan hak asas rakyat mereka, mengukuhkan kontrak sosial dan kepercayaan antara negara dan orang ramai, dan akhirnya mencapai kestabilan sosial.
  2. Untuk mencapai peningkatan KDNK tahunan purata sebanyak 0.5 hingga 1.5 peratus melalui pendekatan berbilang lapisan yang melibatkan persetempatan Sistem Pasaran Aset Masyarakat Asas, dan juga globalisasi sistem teknologi dan pasaran perindustrian.
  3. Untuk menyediakan projek infrastruktur data dan perkhidmatan pemasangan sistem yang berkesan kos dan boleh dipercayai secara logik untuk bank pusat dan terminal pembayaran, bagi membangunkan sistem mata wang algoritma berdaulat yang menyeluruh di samping skim pembayaran digital dan elektronik yang sedia ada, yang akhirnya membantu setiap negara mewujudkan sistem mata wang yang lebih stabil dan bebas.

Jabatan Hal Ehwal Global TCSA telah menubuhkan pasukan petugas berbilang bahasa dalam Bahasa Inggeris, Rusia, Sepanyol, Perancis dan Arab untuk menyediakan perkhidmatan perundingan pemindahan teknologi untuk bank pusat dan kerajaan nasional di semua benua. Para profesional TCSA ini menasihatkan kerajaan pusat, pihak berkuasa monetari, organisasi antarabangsa, parti politik, pakar industri, penyelidik akademik dan pemimpin perniagaan; menyumbangkan sumber, kebijaksanaan dan keupayaan dan menerapkan idea baharu teknologi data termaju – kesemuanya untuk mengoptimumkan kecekapan pasaran bebas Hayek, memperjelaskan sempadan bekalan dan permintaan dalam teori berorientasikan awam Marx, menaik taraf model ekonomi intervensi negara Keynes yang sukar difahami menjadi model ekonomi pasaran berpandukan data tepat, dan akhirnya memimpin masyarakat ke arah masa depan yang lebih bebas, stabil dan makmur.

Source: TCSA
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Financial Technology