omniture

Magic Cooling, Magic Now Challenge Haier Smart Home Himpunkan Generasi Muda di TikTok

Haier Smart Home
2020-11-11 19:42 148

QINGDAO, China, 11 November 2020 /PRNewswire/ -- Haier Smart Home (SHE: 600690), jenama peralatan rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia melancarkan Magic Cooling, Magic Now Challenge di Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Cabaran ini menggalakkan pengguna TikTok untuk mengambil bahagian dengan menghasilkan video "ajaib" menggunakan penapis dan pelekat yang ditetapkan.

Magic Cooling, Magic Now Challenge Haier Smart Home Himpunkan Generasi Muda di TikTok.
Magic Cooling, Magic Now Challenge Haier Smart Home Himpunkan Generasi Muda di TikTok.

Setakat 6 November, cabaran ini telah menarik beribu-ribu pengguna TikTok untuk mengambil bahagian. Pemenang-pemenang peringkat akhir akan diumumkan mulai 12 hingga 15 November dan akan menerima hadiah utama iaitu peti sejuk, penyejuk beku, televisyen, airpod dan sebagainya.

Pasaran Asia Tenggara membezakan dirinya daripada pasaran-pasaran, yang mana orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan untuk gaya hidup mereka dengan nilai yang pelbagai. Cabaran ini mewujudkan hubungan baharu dengan penyelesaian kediaman pintar Haier dan pelanggannya di TikTok untuk menunjukkan pemahaman Haier terhadap kepelbagaian berkenaan. Haier menerima kepelbagaian berkenaan dengan komitmen jangka panjang untuk mereka bentuk produk mengikut pemahaman yang mendalam terhadap keperluan pelanggannya.

Penapis ajaib interaktif mencerminkan fungsi pengukuran dan kawalan suhu pintar peti sejuk Haier. Melalui isyarat seruan-bertindak tertentu, pengguna boleh mencetuskan penapis dengan penyampaian suhu berbeza. Berserta pelekat ajaib di TikTok, termasuk makanan laut sejuk beku, daging, buah-buahan dan minuman, cabaran ini dapat menunjukkan pelbagai senario pengguna peti sejuk dengan suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan mengikut kategori.

Penapis dan pelekat yang baru diperkenalkan ini diinspirasikan oleh fungsi baharu yang dibawakan oleh peti sejuk G3 TM W595 Haier, pendingin ajaib. Fungsi pendingin ajaib menjadikan suhu penuh boleh ditukar. Suhu ruang atas dan tengah peti sejuk boleh dilselaraskan daripada -18 hingga 5 darjah Celsius, memberikan kefleksibelan penyimpanan makanan berdasarkan permintaan segar daripada minuman salji, ais krim dan buah-buahan. Ia juga membolehkan pengguna menyimpan makanan dan dalam masa yang sama mengelakkan campuran bau dengan makanan yang dimasak. Makanan dimasak boleh disimpan dalam ruang ajaib untuk diasingkan daripada makanan mentah.

Cabaran ini merupakan sebahagian daripada kempen Magic Cool Haier, yang mengundang pengguna dan peminat untuk menyertai Facebook, YouTube dan Instagram Haier bagi menghasilkan penampilan solekan peribadi mengikut suhu berbeza, termasuk acara Spar AR di Facebook. Strim langsung pendinginan ajaib akan turut disiarkan semasa Magic Cooling, Magic Now Challenge, bagi membolehkan pengguna mendapat akses kepada produk ini dengan harga yang menarik.

Kempen ini turut menghubungkan generasi muda secara dalam talian mahupun luar tahun. Pelanggan boleh mengunjungi Magic Cooling Box yang terletak di kedai-kedai Haier untuk mendapatkan mainan makanan kapsul mengikut suhu pilihan mereka dan menyertai cabaran tersebut dengan mengimbas kod QR pada kotak. Reruai foto di pusat membeli belah turut disediakan kepada pengunjung bagi merasai pengalaman pelekat pendingin ajaib. Di samping itu, pelanggan yang mengambil bahagian dalam cabaran ini boleh mengunjungi kedai Haier untuk mendapatkan hadiah.

Latar Belakang Haier

Ditubuhkan pada April 1989, Haier Smart Home Co., Ltd. (dahulunya Qingdao Haier Co., Ltd., Shanghai: 600690) ialah pembuat perkakas rumah yang terkemuka di dunia. Syarikat ini mempunyai tujuh jenama bertaraf dunia termasuk Haier, Casarte, Leader, GE Appliances-US, Fisher & Paykel-New Zealand, AQUA-Japan dan Candy-Italy.

Menurut Senarai Kedudukan Jenama Perkakas Utama Global 2020 Euromonitor International, jumlah jualan runcit Haier bagi perkakas besar rumah menduduki tempat pertama di dunia selama 11 tahun berturut-turut. Haier Smart Home juga merupakan sebuah syarikat Fortune Global 500.

Haier Smart Home memfokuskan peningkatan berterusan pengalaman pengguna yang terbaik bagi menyediakan pengguna dengan penyelesaian kediaman pintar, mencipta pengalaman kehidupan pintar yang lengkap dan menawarkan pilihan reka bentuk serta fungsi yang disesuaikan untuk dan oleh pengguna

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haier.net/en/

Source: Haier Smart Home
Related Links:
Keywords: Advertising Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail