omniture

XCMG Sahkan Pesanan Pembelian Berjumlah USD 80.8 Juta di CIIE 2020

XCMG
2020-11-11 20:06 171

SHANGHAI, 11 November 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ), pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka, telah membuat pesanan pembelian berjumlah USD 80.8 juta di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali ke-3 yang dibuka pada 4 November di Shanghai, China.

XCMG Sahkan Pesanan Pembelian Berjumlah USD 80.8 Juta di CIIE 2020
XCMG Sahkan Pesanan Pembelian Berjumlah USD 80.8 Juta di CIIE 2020

Setelah berbincang dengan pembekal-pembekal luar negara, XCMG telah menandatangani pesanan pembelian untuk casis, alat hidraulik dan tayar dengan pembekal-pembekal antarabangsa yang terkemuka termasuk Daimler, Linde, Volvo Trucks dan Michelin, meskipun berhadapan dengan keadaan perdagangan global yang pantas berubah dan tidak menentu di tengah-tengah penularan COVID-19 yang berterusan di luar negara.

CIIE tahunan merupakan platform untuk XCMG memeterai dan mengukuhkan perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat pengilangan peralatan serta institusi-institusi penyelidikan terkemuka. XCMG mengimport komponen teras berkualiti tinggi dari 20 negara dan wilayah termasuk  Jepun, A.S.,  Korea Selatan  dan negara-negara Eropah.

Di dua pameran CIIE terdahulu, pesanan pembelian XCMG mencecah sejumlah USD 118 juta, termasuk dua kontrak pembelian dengan General Motors America masing-masing bernilai USD 13 juta dan 22 juta pada tahun 2018 dan 2019. Setakat ini, kedua-dua pesanan tersebut telah dipenuhi lebih daripada yang diperlukan dan sistem pemacu elektrik yang dibeli oleh XCMG daripada syarikat berkenaan telah meningkatkan nisbah ketersediaan produk peralatan XCMG sebanyak 10 peratus sekali gus melanjutkan jangka hayat produk sebanyak 30 peratus.

XCMG turut menyaksikan peningkatan permintaan untuk set peralatan pembinaan perlombongan berskala besar memandangkan sektor perniagaan perlombongannya mendapat pengiktirafan yang luas dalam pasaran global untuk penyelesaian pembinaan perlombongan yang komprehensif dan peralatan berkualiti tinggi - strategi pembelian global XCMG adalah menyokong syarikat-syarikat bagi mencapai kejayaan yang lebih besar.

"CIIE bersifat konduktif untuk mempromosikan dan mengukuhkan pertukaran perdagangan serta ekonomi di serata dunia. Ia telah mewujudkan platform untuk komunikasi terbuka yang membantu perusahaan domestik dan juga asing meluaskan skop perniagaan dan sempadan mereka. XCMG akan terus menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi sektor-sektor perindustrian kami dengan memperkenalkan komponen dan peralatan sistem yang canggih serta inovasi yang berterusan bagi memenangi kepercayaan lebih ramai pelanggan antarabangsa," kata Lu Chuan, presiden XCMG.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah sepanjang 77 tahun. Ia kini menduduki  tempat keempat dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG  di Facebook,Twitter, YouTube,  LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Construction/Building Machinery Mining Mining/Metals Transportation Contracts Sales reports Trade show news