omniture

Holmusk jalin kerjasama dengan Merck bantu tambah baik hasil untuk pesakit Diabetes & Pradiabetes di Asia Pasifik

Holmusk
2020-11-12 01:43 290

SINGAPURA, 12 November 2020 /PRNewswire/ -- Holmusk yang berpangkalan di Singapura mengumumkan satu kolaborasi dengan sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka bagi menyokong pesakit dan pakar perubatan di Asia Pasifik dengan pendekatan rawatan yang holistik untuk pradiabetes dan diabetes. Perkongsian ini melibatkan GlycoLeap Holmusk, platform terapi digital mudah alih utama yang menggunakan pendekatan yang sangat dipacu data untuk memberikan maklum balas pemakanan diperibadikan, pengajaran berasaskan pendidikan yang interaktif dan bimbingan 1-1 bersama jurulatih kesihatan bertauliah. Matlamatnya adalah untuk membantu pesakit mencapai penurunan berat badan dan memperbaiki kawalan glukosa darah.

Perubahan gaya hidup dan tingkah laku merupakan asas untuk pengurusan pesakit yang baik dengan pradiabetes & diabetes, namun seringkali sukar dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan ekoran sumber yang terhad dan kekurangan masa. Penyelesaian kesihatan digital seperti GlycoLeap berpotensi untuk mengesan, memperibadikan dan mempengaruhi tingkah laku pesakit dengan cara yang berkesan, menarik dan boleh diskala.

Dengan menghubungkan pesakit bersama jurulatih kesihatan peribadi, GlycoLeap akan melengkapkan ubat-ubatan untuk diabetes dan prediabetes serta menyumbang kepada pencegahan diabetes dan menambah baik hasil rawatan penyakit kronik. Ujian percubaan klinikal rawak Program Pencegahan Diabetes menunjukkan bahawa intervensi gaya hidup dan terapi metformin dapat mengurangkan kemajuan ke arah diabetes masing-masing sebanyak 58 dan 31% dalam kalangan individu berisiko menghidap diabetes Jenis 21

Dr. Ulrike Hostalek, Pengarah Perubatan Eksekutif dan Ketua Perubatan Am dan Endokrinologi GMA di sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck berkata:

"Memperluaskan tawaran terapi lebih daripada ubat-ubatan merupakan tonggak utama dari segi bagaimana kami berhasrat untuk menyokong pesakit dan menyumbang kepada hasil rawatan yang lebih baik. Intervensi gaya hidup memainkan peranan kritikal dalam mengawal Glukosa Puasa Terganggu. Dengan Holmusk, kami gembira kerana telah menemui rakan kongsi yang dapat membawakan program berasaskan bukti dan boleh diskala kepada pesakit yang berkaitan di seluruh Asia Tenggara, sebuah rantau yang amat terkesan dengan Pradiabetes. Kami juga sangat berbesar hati dapat membangunkan lagi perkongsian kami bersama Holmusk selepas penyertaan mereka yang berjaya di "Merck 350 research challenge – Changing the world of Prediabetes" (Cabaran penyelidikan Merck 350 – Mengubah dunia Pradiabetes) pada tahun 2018."

Dr. Yau Teng Yan, Ketua Terapeutik Digital di Holmusk, berkata:

"Ini merupakan langkah penting dalam hala tuju yang betul untuk menyediakan pesakit di Asia Pasifik dengan alatan digital yang disesuaikan mengikut budaya demi penjagaan holistik. Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Merck, yang selari sepenuhnya dengan visi kami untuk meningkatkan hasil rawatan pesakit dan mempelopori penyelesaian selain pil untuk pesakitnya."

Bermula dengan China, Malaysia dan Hong Kong, pesakit yang menghidap diabetes dan/atau pradiabetes, bergantung pada Kebenaran Pemasaran di setiap negara, akan berpeluang mendapat akses kepada GlycoLeap melalui doktor mereka lewat tahun ini.

Rujukan

  1. Vanita R. Aroda, Robert E. Ratner. Metformin and Type 2 Diabetes Prevention. Diabetes Spectrum 2018 Nov; 31(4): 336-342

Latar Belakang Merck

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 57,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik untuk merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah mendayakan kecerdasan peranti, syarikat ini berada di merata tempat. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab telah menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Latar Belakang Holmusk:

Holmusk ialah sebuah syarikat sains data dan terapi digital dengan misi untuk mengubah kehidupan orang ramai dengan kesihatan tingkah laku dan penyakit kronik melalui ubat-ubatan dipacu bukti. Beribu pejabat di Singapura dengan jejak global, ia membina platform Bukti Dunia Sebenar yang terbesar di dunia untuk kesihatan mental dan penyakit kronik serta menjayakan program perubahan tingkah laku yang menarik untuk individu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.holmusk.com.

Source: Holmusk
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services