omniture

HKTDC naik taraf platform penyumberan dalam talian

Hubungan pembeli-pembekal ditingkatkan melalui pameran dalam talian
Hong Kong Trade Development Council
2020-11-12 18:51 261

HONG KONG, 12 November 2020 /PRNewswire/ -- Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) menaik taraf platform hktdc.com  Sourcing dalam saat-saat menjelangnya Autumn Sourcing Week | ONLINE, satu pameran perdagangan dalam talian berskala besar yang akan berlangsung mulai 16 hingga 27 November 2020. Penaiktarafan platform ini akan membantu pedagang antarabangsa beralih kepada model penyumberan digital dan merebut peluang perniagaan di China serta rantau Asia yang lebih luas dalam kebiasaan baharu pasca-pandemik ini.


Benjamin Chau, Timbalan Pengarah Eksekutif HKTDC, berkata: "Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pembatalan atau penjadualan semula kira-kira 4,000 pameran fizikal di serata dunia[1], lalu menjejaskan urus niaga yang bernilai anggaran US$296 bilion[2]. Dalam masa yang sama, perusahaan merebut peluang untuk mencabar kaedah konvensional dalam mengusahakan dan membangunkan saluran penyumberan serta pemasaran baharu. Pandemik ini telah mengubah corak penyumberan untuk banyak syarikat dan mempercepatkan transformasi rantaian bekalan global."

Penyumberan pintar termaju buka peluang perniagaan global

Sebagai pelopor dalam penyumberan digital, HKTDC memperkenalkan platform pemasaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B) berskala besar yang pertama di Hong Kong, hktdc.com Sourcing, sejak tahun 2000. Sehingga kini, platform berkenaan telah menghimpunkan lebih daripada 130,000 pembekal dan 2 juta pembeli, melancarkan 24 juta hubungan perniagaan setahun dengan sokongan daripada 50 pejabat global HKTDC.

Bagi membantu pembeli dan pembekal di seluruh dunia mencari rakan kongsi baharu dan memperoleh tawaran perniagaan di tengah-tengah waktu yang mencabar ini, HKTDC telah menyelesaikan penaiktarafan signifikan kepada platform hktdc.com Sourcing miliknya. "Pengguna akan dapat melihat reka bentuk yang diperbaharui dan ciri-ciri yang mudah digunakan yang memberi pengalaman penyumberan pintar lebih baik pada bila-bila masa dan di mana-mana. Kami telah menggunakan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin bagi memudahkan fungsi-fungsi yang lebih fleksibel dan diperibadikan, seperti halaman profil syarikat yang disesuaikan, pengesyoran produk dan cadangan kata kunci yang dicetuskan oleh pengecaman imej produk, bagi menyediakan perkhidmatan hubungan perniagaan yang lebih cekap," kata En. Chau.

Bagi mengukuhkan lagi keyakinan pembeli, Perkhidmatan Pengesahan Pihak Ketiga membolehkan pembekal untuk menyerlahkan kredibiliti mereka. "Sistem pengesahan pembekal baharu mengklasifikasikan reputasi dan keaktifan syarikat-syarikat dalam kategori-kategori Emas, Perak dan Gangsa. Rekod penyertaan syarikat-syarikat di acara HKTDC dan masa kemas kini terakhir mereka turut disediakan, lantas berperanan sebagai rujukan untuk pembeli ketika mereka mencari pembekal yang paling sesuai," tambah En. Chau.

Satu lagi ciri baharu ialah halaman kandungan NewsBites, yang memperkenalkan trend perolehan terkini dan produk popular serta menghantar pemberitahuan melalui pelbagai saluran media dalam talian bagi menyediakan pembeli dengan akses ke halaman pembekal yang berkaitan di platform tersebut.

Autumn Sourcing Week | ONLINE dilancar Isnin depan

Ekoran kejayaan Summer Sourcing Week | GO ONLINE awal tahun ini, yang memindahkan sejumlah pameran fizikal ke dalam talian, HKTDC mengadakan Autumn Sourcing Week | ONLINE pada minggu hadapan di bawah tema "Dunia Terhubung Baharu Melangkaui Kebiasaan Baharu" ("A New Connected World Beyond the New Normal"), yang menghimpunkan lebih daripada 2,600 pembekal dari 33 negara dan wilayah. Pameran berkenaan menampilkan pembekal daripada 11 industri termasuk elektronik, barang rumah, lampu, lampu luar, ekoteknologi, cenderamata & barangan premium, barang mainan, produk bayi, alat tulis, optik serta jam & jam tangan bagi menyediakan platform penyumberan sehenti yang membolehkan pembeli mengambil stok baharu untuk tahun akan datang. Maklumat terperinci mengenai pempamer dan produk mereka turut dimuat naik ke hktdc.com Sourcing bagi membantu pembeli mengenal pasti rakan niaga baharu.

Pameran dalam talian ini membawakan platform pemadanan perniagaan Click2Match dipacu AI.  Selain menghimpunkan pembeli dan juga pembekal, platform ini turut menyokong penjadualan mesyuarat, mesyuarat video, sembang-langsung dan pertukaran maklumat hubungan.

Autumn Sourcing Week | ONLINE akan menampilkan lebih daripada 20 webinar di Hab Kecerdasan (Intelligence Hub) dalam empat siri utama – Teknologi Pintar (SmartTech), Gaya Hidup, Keperluan Perniagaan, serta Hijau dan Kelestarian – dengan lebih 100 tokoh terkemuka berkongsi pandangan mengenai trend terkini.

Platform omnisaluran untuk cipta lebih banyak peluang perniagaan

Menuju ke hadapan, En. Chau berkata bahawa HKTDC akan terus meningkatkan perkhidmatan dalam taliannya bagi mencipta lebih banyak peluang perniagaan untuk pembeli dan pembekal global. Beliau menambah bahawa pada masa depan, pameran perdagangan fizikal dan platform dalam talian perlu berintegrasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. "Biarpun apabila pameran fizikal diadakan semula, HKTDC akan terus menganjurkan acara penyumberan dalam talian bertema biasa bagi memenuhi kitaran penyumberan berbeza daripada pelbagai sektor.Ini akan dapat mewujudkan pengalaman pameran yang diperluas dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan O2O."

Laman Web

hktdc.com Sourcing: http://sourcing.hktdc.com 
Autumn Sourcing Week | ONLINE: http://asw.hktdc.com

Muat turun foto: https://bit.ly/2GvzAFM 

Tentang HKTDC

The Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1966 bagi menggalakkan, membantu dan membangunkan bidang perdagangan Hong Kong. Dengan 50 pejabat di seluruh dunia, termasuk 13 di Tanah Besar China, HKTDC mempromosikan Hong Kong sebagai hab pelaburan dan perniagaan global dua hala. HKTDC menganjurkan pameran antarabangsa, persidangan dan misi perniagaan bagi mencipta peluang perniagaan untuk syarikat-syarikat, terutamanya perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) di tanah besar dan pasaran antarabangsa. HKTDC turut menyediakan pandangan mendalam pasaran dan maklumat produk terkini melalui penerbitan perdaganganlaporan penyelidikan dan saluran berita digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.hktdc.com/aboutus/tc. Ikuti kami di Weibo: @HKTDC @HKTDCLifestyle @HKTDCBusiness, WeChat @HKTDC, atau langgan kami di FacebookYouku dan YouTube.

 

Source: Hong Kong Trade Development Council
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Retail Accounting news, issues Awards Contracts Corporate Expansion Corporate Social Responsibility Economic news, trends, analysis Joint ventures New products/services Survey, Polls & Research Trade show news