omniture

Kem Pencipta Remaja dan Bengkel Guru Sejalur Sejalan (Belt and Road) ke-4 dilancarkan secara rasmi

Usaha Bersama & Masa Depan Dikongsi
Children & Youth Science Center of CAST
2020-11-13 04:12 1898

BEIJING, 13 November 2020 /PRNewswire/ -- Diadakan dari Oktober hingga 24 November 2020, Kem Pencipta Remaja dan Bengkel Guru Sejalur Sejalan (Belt and Road) ke-4 ditaja bersama oleh Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST), Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China (MOST) dan Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Chongqing dengan sokongan kuat daripada IAP SEP, ECOSF dan NASAC. Diadakan secara dalam talian buat pertama kalinya, acara hebat ini terdiri daripada pelbagai aktiviti dalam talian yang menarik seperti kursus sains dalam talian, forum pendidikan sains, ucapan oleh saintis terkemuka, siaran langsung oleh universiti, sekolah menengah dan institusi penyelidikan China, bengkel sains dan pertunjukan sains, dan pertunjukan budaya dari pelbagai negara. Setakat ini, acara ini telah menarik penyertaan lebih daripada 86,000 peserta dari 52 buah negara, wilayah dan organisasi antarabangsa di seluruh dunia. Laman web rasmi acara ini ialah https://2020.brmakercamp.cyscc.org.cn

Source: Children & Youth Science Center of CAST
Keywords: Computer/Electronics Education Children-related news Licensing/marketing agreements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events