omniture

Kit Antibodi Peneutralan SARS-CoV-2 cPass(TM) merupakan ujian yang dibenarkan EUA pertama yang mengesan antibodi peneutralan dalam masa satu jam

Genscript
2020-11-13 15:00 38

SINGAPURA, 13 November 2020 /PRNewswire/ -- Susulan Kit Pengesanan Antibodi Peneutralan SARS-CoV-2 cPass™ GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod Saham: 1548.HK) telah mendapat kebenaran sementara oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura pada 8 Mei 2020, penandaan CE-IVD di Eropah pada 26 Mei 2020 dan kelulusan FDA di Filipina untuk penggunaan komersial pada 11 Ogos 2020.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) untuk Kit Pengesanan Antibodi Peneutralan SARS-CoV-2 cPass™ pada 6 November 2020.

Kit Pengesanan Antibodi Peneutralan SARS-CoV-2 cPass™ yang dibangunkan bersama Sekolah Perubatan Duke-NUS Singapura dan Hab Pembangunan Diagnostik dari Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan Singapura (A*STAR) dan dikeluarkan oleh GenScript Biotech Corporation, merupakan ujian serologi pertama yang dibenarkan untuk mengesan antibodi peneutralan – antibodi spesifik yang terdapat dalam serum pesakit COVID-19 yang bertanggungjawab untuk membersihkan jangkitan virus, tanpa memerlukan bahan biologi hidup dan kemudahan pembendungan biologi. Ujian ini mengukur kehadiran antibodi peneutralan pada pesakit yang pulih daripada COVID-19 atau menerima vaksin.

GenScript telah mula memasuki pasaran global melalui pengedar sah dan makmal berdaftar untuk menyediakan ujian kepada umum. GenScript berjanji untuk menyokong komuniti kesihatan dan meneruskan usaha memerangi COVID-19.

Tentang GenScript Biotech Corporation

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) merupakan sebuah kumpulan bioteknologi global. Berdasarkan teknologi sintesis gen terkemuka, GenScript telah membangunkan empat platform utama termasuk platform terapi sel global, platform organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) biologi, platform organisasi penyelidikan kontrak (CRO) dan platform produk sintesis industri.

GenScript ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript merangkumi lebih daripada 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan entiti undang-undang terletak di Amerika Syarikat, Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript telah menyediakan produk dan perkhidmatan yang premium, mudah dan boleh dipercayai untuk lebih 100,000 pelanggan.

GenScript mempunyai sejumlah hak harta intelektual dan rahsia teknikal, termasuk lebih daripada 100 paten dan lebih 270 permohonan paten. Setakat 30 Jun 2020, produk dan perkhidmatan GenScript telah dipetik oleh 51,000 artikel jurnal yang disemak oleh pakar dalam bidang yang sama di seluruh dunia.

Source: Genscript
Related Stocks:
HongKong:1548
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval New products/services