omniture

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI: Kajian menunjukkan peningkatan yang dramatik dalam antibiotik yang dipreskripsikan kepada pesakit gigi di England semasa sekatan pergerakan COVID-19 awal tahun ini

FDI World Dental Federation
2020-11-14 01:00 377

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) mengeluarkan Kertas Putih baharu tentang rintangan antibiotik untuk menandakan Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia 

GENEVA dan LONDON, 13 November 2020 /PRNewswire/ -- Salah satu daripada akibat sekatan pergerakan COVID-19 yang tidak disengajakan di England awal tahun ini ialah 25 peratus peningkatan bagi preskripsi antibiotik oleh doktor pergigian, mengikut kajian baharu yang diterbitkan hari ini dalam British Dental Journal (BDJ).

Rintangan antibiotik (ABR) ialah masalah global yang menimbulkan ancaman yang signifikan kepada kesihatan dan kekayaan disebabkan penyakit yang berpanjangan, penginapan di hospital yang lebih lama dan kematian yang meningkat. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah menekankan kepentingan untuk menangani ABR dengan merangkumkannya dalam lima platform kesihatan dan kesejahteraan global. ABR ialah masalah yang menjejaskan semua orang dan memerlukan pengendalian dengan segera. Jika ABR terus meningkat, dianggarkan bahawa jangkitan yang tahan terhadap ubat-ubatan akan menjadi nombor satu punca kematian secara global dalam masa 30 tahun yang akan datang.

Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia setiap tahun WHO diadakan dari bulan November 18–24.

Antibiotik tidak menyembuhkan sakit gigi. Kebanyakan jangkitan gigi boleh dirawat dengan rawatan mengikut prosedur pergigian untuk menyingkirkan sumber daripada jangkitan tanpa memerlukan antibiotics. Kebiasaannya, pelan rawatan antibiotik sahaja jarang yang sesuai. Penggunaan antibiotik yang keterlaluan mendorong perkembangan dan penyebaran jangkitan yang tahan.

"Antibiotik ialah dadah penyelamat nyawa; apabila orang ramai benar-benar memerlukannya, ia benar-benar perlu berfungsi," kata Dr Wendy Thompson, pengarang kajian BDJ, akademik klinikal dalam penjagaan pergigian primer di University of Manchester dan ahli FDI ABR Working Group.

"Jangkitan yang tahan terhadap antibiotik menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan pesakit—yang menyebabkan peningkatan yang tinggi dalam preskripsi antibiotik pergigian (lebih daripada 25 peratus dalam masa tiga bulan dari April hingga Jun) merupakan kebimbangan yang besar. Selepas bertahun-tahun trend menurun, akses terhad kepada penjagaan gigi disebabkan COVID-19 mendorong peningkatan mendadak ini. Kami mesti mengawalnya daripada berlaku lagi apabila UK menemuinya sendiri dalam satu lagi persekitaran sekatan pergerakan.

"Kita hidup dalam masa yang mencabar terutamanya. Pesakit menunggu akses penjagaan kerap menerima lebih banyak antibiotik berbanding pesakit yang menerima rawatan yang betul dengan segera. Apabila peruntukan penjagaan pergigian kembali kepada 'normal baharu' dalam era COVID-19, adalah penting bagi memastikan akses kepada penjagaan gigi yang berkualiti tinggi dan penting dan untuk mengoptimumkan penggunaan antibiotik."

'Pandemik gerakan perlahan' 

Mengakui kepentingan situasi tersebut, FDI telah mengeluarkan Kertas Putihnya hari ini, Peranan penting bagi pasukan pergigian bagi mengurangkan rintangan antibiotik, yang disokong oleh pustaka sumber dalam talian dan disertakan dengan kursus dalam talian yang besar (MOOC). Kertas tersebut ialah langkah penting ke depan dalam memperakui bahawa doktor pergigian di seluruh dunia mesti dikenal pasti kerana peranan meraka dalam mencegah dan merawat jangkitan gigi serta diberikan kuasa untuk mengoptimumkan preskripsi antibiotik mereka.

"Kami merenung jauh pandemik pergerakan yang perlahan dan tindakan kolektif yang penting diperlukan untuk memperlahankannya," kata Dr Gerhard K. Seeberger, presiden FDI.

"Bergerak ke depan, profesion pergigian mempunyai tanggungjawab yang jelas untuk melibatkan diri, komited dan menyumbang kepada usaha global, negara dan tempatan bagi mengendalikan rintangan antibiotik."

- Gambar-gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

Maklumat Lanjut:

Michael Kessler
Hubungan Media FDI
Nombor telefon mudah alih: + 34 655 792 699
E-mel: michael.kessler@intoon-media.com

Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI: FDI ialah badan perwakilan utama untuk lebih daripada satu juta doktor pergigian di seluruh dunia dengan visi memimpin dunia kepada kesihatan oral yang optimum. Keahliannya terdiri daripada 200 persatuan ahli kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih daripada 130 buah negara. www.fdiworlddental.org

Tentang GSK: GSK ialah syarikat penjagaan kesihatan global pimpinan sains global dengan tujuan khusus: untuk membantu orang ramai melakukan lebih banyak, rasa lebih baik, dan hidup lebih lama. GSK memberikan bantuan kewangan untuk pembangunan pustaka sumber dalam talian yang menyokong Kertas Putih FDI dan MOOC.

 

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research