omniture

Debut Taiwan Excellence di WCIT 2020

TAITRA
2020-11-16 14:33 1307

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 16, 2020 /PRNewswire/ -- Taiwan Excellence sekian lama melambangkan pembuatan unggul dari Taiwan. Produk-produk kecemerlangan diiktiraf di peringkat global kerana kualiti tinggi. Taiwan Excellence akan menyertai Kongres Dunia IT (WCIT) dari 18 hingga 20 November dengan mempamerkan 22 penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi dari 14 syarikat teknologi tinggi terkemuka dalam usaha untuk memupuk peluang perniagaan yang lebih kukuh.

WCIT adalah salah satu acara teknologi maklumat yang terpenting di dunia dan dianggap sebagai acara Olimpik ICT. Pameran ini menarik peserta dari pelbagai industri, kerajaan dan ahli akademik dari seluruh dunia. Taiwan pernah menjadi tuan rumah acara pada tahun 2000 dan 2017.

Malaysia menjadi tuan rumah WCIT pada tahun 2020 bertema "Gerbang ke Asia Tenggara". Disebabkan pandemik global Covid-19 yang berterusan, penganjuran acara ini akan dialihkan atas talian.

Taiwan, sebagai salah satu pusat kuasa global dalam industri ICT, akan menggunakan teknologi panorama 360 darjah untuk membina 3D Pavilion Taiwan Pintar Maya. Untuk menunjukkan penyelesaian inovatif teknologi ICT Taiwan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mempunyai 37 pengeluar Taiwan cemerlang dalam pelbagai bidang, termasuk 14 jenama pemenang anugerah Taiwan Excellence untuk mempamerkan empat bidang utama: Ekonomi Tanpa Kontak, Hidup Pintar, Peruncitan Pintar, dan Bisnes Start-Up.

James C.F. Huang, Pengerusi Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) dijadualkan memberi ucaptama dalam talian pada 4:20 petang 18 November mengenai topik "Selepas COVID: Teknologi sebagai vaksin untuk perniagaan". Beliau akan membincangkan bagaimana wabak global ini mempercepat digitalisasi global dan menyeru agar semua syarikat beralih secara efektif ke model perniagaan yang lebih mantap.

Taiwan Excellence akan mempamerkan produk-produk canggih termasuk perisian pemantauan jarak jauh pintar gred industri dari Apacer; sistem mesyuarat berskala pertengahan hingga besar oleh Aver; rangka permainan yang bergaya oleh In Win; penyelesaian SSD mudah alih yang tahan kejutan dan kalis air oleh Transcend; serta penyelesaian storan rangkaian dan suis oleh IEI X QNap. Produk inovatif lain termasuk suis bersepadu gred industri pertama di dunia yang menawarkan tahap keserasian yang unggul oleh PLANET; serta Paparan PMOLED Hiperfluoresen oleh WiseChip; dan rangkaian alat pembasmi kuman oleh Eleclean.

Pengunjung juga boleh melihat penyelesaian hidup pintar seperti alat vakum mudah alih VAGO oleh Big Good Design; mesin basuh pinggan mangkuk komersial dari G-Winner ; pembuat minuman Bubblingplus-Surprise dari Her Sheng Chang; pengurut yang dikuasai air dari In-Trust; mesin pengudaraan automatik Vinaera oleh Mercuries; komputer basikal Arofly dengan fungsi analitik dalaman oleh TBS Group; dan peranti pembasmi kuman oleh Eleclean.

Pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi Pavilion Taiwan Pintar Maya di: https://booth.cisa.tw/

Source: TAITRA
Keywords: Computer/Electronics Transportation Trade show news