BEIJING, 16 November 2020 /PRNewswire/ -- Megvii Technology Limited mengumumkan penggunaan penyelesaian akses pintar berasaskan pengecaman wajahnya, Koala, di Thailand, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membantu pelanggan perusahaan antarabangsa meningkatkan keselamatan dan mengukuhkan tahap sekuriti dalam persekitaran komersial dan pejabat. Ini merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha Syarikat untuk membantu perniagaan di seluruh dunia mempercepatkan transformasi digital mereka dengan AI.
Penyelesaian Koala direka bentuk untuk menyokong pelanggan perusahaan dalam mengesahkan dan mengawal akses ke lokasi peribadi dan kawasan larangan seperti bangunan pejabat, kampus sekolah dan kawasan halaman kediaman. Dikuasakan oleh algoritma proprietari Megvii, penyelesaian ini membolehkan pengesahan dan pendaftaran pantas kakitangan yang dibenarkan dan menyokong fungsi-fungsi seperti penjejakan kehadiran serta pendaftaran dan pengurusan pelawat.
Lokasi-lokasi luar negara yang telah memasang Koala baru-baru ini termasuk:
Tentang Megvii
Ditubuhkan pada tahun 2011, Megvii ialah sebuah syarikat AI bertaraf dunia dengan kecekapan teras dalam bidang pembelajaran mendalam. Memanfaatkan platform produktiviti AI proprietarinya Brain++, Megvii memfokuskan tiga vertikal utama: IoT Peribadi, IoT Bandar dan IoT Rantaian Bekalan. Megvii menyediakan penyelesaian lengkap kepada pelanggan, mengintegrasikan algoritma, perisian dan perkakasan serta peranti IoT diperkasakan AI.