omniture

HotForex Menjadi Rakan Kongsi Rasmi Paris Saint-Germain

HotForex
2020-11-16 19:03

PORT LUIS, Mauritius, 16 November 2020 /PRNewswire/ -- HotForex, broker Forex dan komoditi global yang terkemuka, telah menjadi Rakan Rasmi Paris Saint-Germain untuk musim 2020-21.

HotForex Menjadi Rakan Kongsi Rasmi Paris Saint-Germain
HotForex Menjadi Rakan Kongsi Rasmi Paris Saint-Germain

 

HotForex adalah broker pelbagai-aset pilihan antarabangsa dengan lebih daripada 2.5 juta akaun langsung di seluruh dunia dan telah memperoleh lebih daripada 45 anugerah industri yang berprestij dalam sejarah sepuluh tahunnya. Populariti dan kejayaan Paris Saint-Germain juga diakui di seluruh dunia, dan ia mempunyai daftar bintang-bintang termasuk Neymar Jr., Kylian Mbappé, Ángel Di Maria, Marquinhos dan Marco Verratti. Kerjasama baru ini akan menggabungkan kecemerlangan perdagangan dan kehebatan bola sepak dalam kolaborasi menarik antara pasukan bola sepak terkemuka dan broker terkemuka pasaran yang mempunyai semangat untuk kekal berada di puncak.

Ketua Pegawai Eksekutif HotForex George Koumantaris berkata: "Kami sangat bangga untuk mengumumkan bahawa HotForex adalah Rakan Kongsi Rasmi Paris Saint-Germain. Kerjasama ini adalah peluang menarik untuk menyatukan dua jenama yang berkongsi pengiktirafan global kerana komitmen mereka untuk mencapai kecemerlangan. Kami berharap dapat mewujudkan standard baru dan menawarkan pengalaman yang benar-benar unik buat pelanggan. Melalui perkongsian ini, kami gembira dapat menawarkan tiket VIP, hadiah dan acara eksklusif kepada pelanggan kami.

Marc Armstrong, Ketua Pegawai Perkongsian Paris Saint-Germain menambah "Kami sangat gembira dan berbesar hati dapat bersama dengan HotForex sebagai Platform Dagangan Forex dan CFD Rasmi kelab. HotForex akan menyediakan platform perdagangan yang dipercayai dan berkesan kepada peminat Paris Saint-Germain di seluruh dunia. Melalui perkongsian ini, HotForex akan dapat menggunakan aset kelab dan pemain, untuk mendapatkan pendedahan stadium di kawasan terpilih di dunia serta kandungan digital yang besar di rangkaian sosial rasmi Paris Saint-Germain. "

Lawati laman web HotForex hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian tersebut.

Mengenai HotForex

HotForex adalah broker komoditi forex dan komoditi pemenang pelbagai anugerah, yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan kepada pelanggan runcit dan institusi. Melalui dasar menyediakan syarat perdagangan yang terbaik kepada pelanggannya dan membenarkan para pedagang menggunakan expert adviser dengan akses tanpa had kepada kecairannya, HotForex telah meletakkan dirinya sebagai broker pilihan forex bagi peniaga di seluruh dunia. HotForex menawarkan pelbagai jenis akaun, perisian dan alat perdagangan untuk memudahkan individu dan pelanggan institusi untuk berdagang Forex dan CFD dalam talian.

Mengenai Paris Saint-Germain

Ditubuhkan pada tahun 1970, Paris Saint-Germain F.C. adalah salah satu kelab bola sepak terkemuka dan jenama sukan global di dunia. Ia dihubungkan dengan kota Paris, di bawah falsafah satu bandar yang unik, satu kelab yang unik. Dengan 43 piala dalam sejarahnya, Paris Saint-Germain telah menjadi kelab bola sepak paling berjaya di Perancis. Ia telah menarik banyak pemain hebat termasuk Ronaldinho, Beckham, Ibrahimovic, dan ketika ini Neymar Jr dan Mbappé, antara empat pemain terbaik di dunia. Populariti antarabangsa yang semakin meningkat di kelab ini menjadikannya salah satu kelab yang paling banyak diikuti, berkembang kepada lebih dari 93 juta pengikut media sosial hanya dalam tempoh sembilan tahun. Kelab sukan perintis itu menambahk pemain esports di dalam kelab pada tahun 2016, dan meneruskan komitmennya untuk memberikan kembali kepada masyarakat melalui Paris Saint-Germain Foundation.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/830182/HotForex_Logo.jpg?p=medium600  
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1335112/hotforex_malay.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: HotForex
Keywords: