omniture

Penggunaan Peranti Boleh Pakai Fitbit Boleh Menurunkan Glukosa Darah dan HbA1C, Penemuan Kajian Klinikal Health2Sync di Taiwan Melaporkan

Health2Sync
2020-11-17 15:31 44
  • Memakai peranti Fitbit dengan menggunakkan aplikasi kawalan glukosa Health2Sync dibukti secara klinikal dapat membantu pesakit untuk mengawal dan mengurus gejala diabetes Jenis 2
  • Hasil penyelidikan daripada kajian di Taiwan menunjukkan kesihatan pesakit bertambah baik,  dimana peserta mencatatkan tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi, pengurangan HbA1C, glukosa darah berpuasa dan LDL-C serta kekerapan pengurusan glukosa darah yang lebih tinggi.
  • Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync membolehkan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan memantau keadaan pesakit dengan lancar dan memberi nasihat perunding jarak jauh sekiranya diperlukan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 November 2020 /PRNewswire/ -- Health2Sync, aplikasi pengurusan diabetes nombor satu di Taiwan dan Jepun, mengumumkan keputusan kajian klinikal mereka di Taiwan, lantas menunjukkan bahawa penggabungan peranti boleh pakai Fitbit dengan Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync mereka dapat membantu pengguna mengawal dan mengurus gejala diabetes mellitus Jenis 2 (T2DM). Dalam kajian berkenaan[1] yang dijalankan dengan empat buah klinikal diabetes yang terkemuka di Taiwan, peserta mencatatkan peningkatan purata yang ketara dalam petunjuk utama, seperti pengurangan HbA1C, glukosa darah berpuasa dan LDL-C, serta kekerapan pengukuran glukosa darah yang lebih tinggi – bukti konsep bernilai bagi  penggunaan peranti boleh pakai Fitbit dengan protokol dan penyelesaian penjagaan diabetes.

Menyambungkan Fitbit Inspire HR dengan Aplikasi Health2Sync secara sukarela membolehkan peserta kajian memberikan doktor mereka pemantauan maklumat peserta dengan lancar di Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync dan menyediakan nasihat perundingan jarak jauh apabila perlu.
Menyambungkan Fitbit Inspire HR dengan Aplikasi Health2Sync secara sukarela membolehkan peserta kajian memberikan doktor mereka pemantauan maklumat peserta dengan lancar di Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync dan menyediakan nasihat perundingan jarak jauh apabila perlu.

Kajian tersebut melaporkan:

  • Purata hemoglobin terglikosilat (HbA1C) menurun 0.33%, manakala pesakit yang melakukan aktiviti intensiti sederhana hingga tinggi dalam tempoh sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, menyaksikan purata HbA1C[2] mereka menurun 0.66%
  • Purata glukosa darah (BG) berpuasa menurun 10.92 mg/dL
  • Purata kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL-C) menurun 11.55 mg/dL
  • Pengurangan berat sehingga 2 kilogram dalam kalangan sebilangan pesakit
  • Peningkatan kekerapan dalam aktiviti intensiti sederhana hingga tinggi sehingga 7.03 kali seminggu dalam kalangan sebilangan pesakit

Kajian tersebut dijalankan sepanjang tempoh tiga bulan dan dilengkapkan dalam bulan Julai 2020 bersama-sama Neng-Chun Diabetes Clinic, Da-Ya Chang-An Clinic, Yier Clinic dan Banqiao Da-Jun Clinic. Kajian berkenaan yang mendapatkan persetujuan pesakit membolehkan doktor pesakit mengesan tahap kemajuan dan perubahan gaya hidup 95 peserta dengan T2DM. Sebelum bermulanya kajian berkenaan, doktor di empat buah klinik tersebut menyediakan penanda aras untuk semua pesakit yang mengambil bahagian berdasarkan ujian glukosa darah pada permulaan ujian, seterusnya pemantauan sendiri mingguan sepanjang tempoh kajian tersebut.

Setiap peserta diberi Fitbit Inspire HR dan peserta bersetuju secara sukarela untuk menghubungkan data peranti boleh pakai Fitbit mereka dengan aplikasi pengurusan diabetes Health2Sync bagi mengesan tahap kemajuan mereka sepanjang program. Data aktiviti fizikal yang dihasilkan daripada peranti Fitbit setiap individu disepadukan ke dalam aplikasi Health2Sync, yang merangkumkan metrik kesihatan yang lain seperti tahap HbA1c, BG dan kolesterol pesakit. Ini membolehkan doktor memantau maklumat pesakit dengan lancar pada Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync dan menyediakan nasihat perunding jarak jauh sekiranya perlu.

Dr. Kuo-Liang Lu daripada Da-Ya Chang-An Clinic di Taiwan, berkata: "Keputusan dapat dilihat dengan jelas. Kami dapat melihat penurunan berat dalam beberapa pesakit kami sebanyak purata dua kilogram manakala tahap BG berpuasa peserta kajian daripada klinik Da-Ya Chang-An menurun 11.10 mg/dL dalam tempoh 3 bulan[3], menunju ke  peningkatan kesihatan yang ketara bagi pesakit tersebut."

Dr. Neng-Chu Yu daripada Neng-Chun Diabetes Clinic berkata: "Diabetes jenis 2, dengan perubahan gaya hidup yang betul – pematuhan pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti dan pemakanan yang lebih baik – dapat menjurus kepada penambahbaikan yang besar dalam mengawal tahap glukosa darah. Penyepaduan data Fitbit dengan Health2Sync membolehkan saya melihat aktiviti pesakit saya dan data pemantauan sendiri dengan mudah, lalu membolehkan saya mengesyorkan cadangan yang diperlukan dan memberi panduan untuk membantu pesakit mencapai peningkatan selanjutnya."

Diabetes merupakan keadaan kronik  dimana sekiranya tidak diurus, boleh membawa kepada komplikasi kesihatan seperti kebuta, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, strok dan amputasi anggota bawah.[4] Ia kekal menjadi penyebab kedua tertinggi kematian dalam usia muda, selepas kanser, antara penyakit tidak berjangkit yang utama di Taiwan[5] dan prevalensnya telah menimbulkan beban ekonomi seperti peningkatan perbelanjaan peribadi dan penjagaan kesihatan serta kehilangan produktiviti kerja.[6]

Satu pendekatan holistik untuk mengurus T2DM memerlukan perubahan gaya hidup, yang melibatkan pematuhan pengambilan ubat-ubatan, senaman dan pemakanan yang betul. Penyepaduan antara peranti boleh pakai Fitbit dengan data aktiviti penting untuk menggalakkan tingkah laku yang lebih sihat dan menambah baik hasil kesihatan peserta. Peserta menerima peringatan latihan mingguan melalui Aplikasi Health2Sync mereka. Ini menggalakkan peningkatan kekerapan dalam aktiviti intensiti sederhana hingga tinggi sebanyak 7.03 kali seminggu. Peningkatan tahap aktiviti berkorelasi dengan penambahbaikan keadaan kesihatan pesakit.

"Kami teruja apabila melihat keputusan positif dalam kajian klinikal ini. Kami percaya inovasi dalam peranti boleh pakai Fitbit dan penyelesaian kesihatan Fitbit memainkan peranan penting dalam usaha global mengurangkan diabetes – sama ada dalam mengurangkan permulaan diabetes atau membantu pesakit mengurus keadaan mereka dengan lebih baik – dan kami berharap dapat memperluaskan lagi perkongsian bersama Fitbit," kata Ed Deng, Ketua Pegawai Eksekutif di Health2Sync.

"Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian memperkukuh lagi kepercayaan kami bahawa Fitbit menguatkan motivasi intrinsik kami untuk mengamalkan tabiat lebih sihat, yang dapat membawa perubahan apabila berhadapan dengan keadaan seperti diabetes Jenis 2 yang mana faktor-faktor gaya hidup memainkan peranan yang besar," kata Steve Morley, Naib Presiden Penyelesaian Kesihatan Antarabangsa & Pengurus Besar Asia Pasifik di Fitbit. "Berserta pengalaman lancar yang disediakan oleh Health2Sync kepada pesakit dan penyedia perkhidmatan kesihatan mereka bagi mengesan petunjuk utama, ia menghasilkan pengalaman hebat yang menjadikannya lebih mudah dan senang untuk mengurus keadaan seperti diabetes Jenis 2."

Pada September tahun lalu, Fitbit dan Health2Sync bekerjasama untuk membolehkan penyepaduan antara data peranti boleh pakai kesihatan, tidur dan kecergasan Fitbit dengan aplikasi Health2Sync (dengan persetujuan pengguna) bagi menyokong seramai 520,000 pengguna Health2Sync di Jepun dan Taiwan untuk mengurus keadaan kesihatan mereka dengan lebih baik, seperti diabetes Jenis 2. Platform baharu ini memberi akses kepada pengguna yang mempunyai akaun Fitbit dengan papan pemuka dalam-aplikasi yang menyediakan pilihan untuk bersetuju berkongsi data peranti boleh pakai mereka daripada peranti Fitbit[7] mereka, termasuk kadar degupan jantung, tidur dan aktiviti fizikal, berserta bacaan glukosa darah terkini daripada Health2Sync yang menunjukkan sekiranya tahapnya berada dalam, atas atau bawah julat sihat.

[1] Kajian dijalankan terhadap 95 peserta, berumur 18- 60 tahun.

[2] Istilah HbA1c merujuk kepada hemoglobin terglikosilat. Pesakit diabetes dengan tahap HbA1c yang lebih tinggi berhadapan dengan risiko lebih besar mengalami komplikasi berkaitan diabetes.

[3] Purata tahap glukosa darah berpuasa peserta kajian daripada klinik Da-Ya Chang-An menurun 11.10 mg/dL berbanding purata kajian 10.92 mg/dL

[4] "Diabetes" World Health Organization, 2020. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/diabetes.

[5] IC Chen., Yu NC. "A Decade of Diabetes Care in Taiwan." Diabetes research and clinical practice. U.S. National Library of Medicine, 2014. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25550058/.

[6] Wong LC., Tsai CY., Chou HK., Tsai MT., Tsai WH., Chou.P., and Shen ST. "Healthcare costs associated with progressive diabetic retinopathy among National Health Insurance enrollees in Taiwan, 2000-2004."  BMC Health Services Research, 26 Mei, 2010. https://bmchealthservres.biomedcentral.com/articles/10.1186/1472-6963-10-136

[7] Termasuk Fitbit Sense, Fitbit Versa 3, Fitbit Charge 4, Fitbit Inspire 2, antara lain.

Latar Belakang Health2Sync

Health2Sync meluaskan penjagaan diabetes dengan menyediakan platform penglibatan digital yang terdiri daripada Aplikasi mudah alih untuk pesakit diabetes, analitik berasaskan awan dan platform awan untuk penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan. Algoritma analitik pintar menyediakan pengguna dengan pendidikan dan panduan diperibadikan mengikut data biometrik dan tingkah laku mereka yang diperoleh. Menerusi platform awan, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dapat mengawal keadaan pesakit melalui data yang dianalisis dengan mudah.

Health2Sync ialah platform pengurusan diabetes terbesar di Asia (tidak termasuk China) dan terbukti dapat membantu pengguna menambah baik hasil mereka. Health2Sync telah menyokong rakan-rakan kongsi termasuk syarikat farmaseutikal, pembayar swasta dan pembayar awam untuk menyediakan pesakit diabetes dengan perkhidmatan inovatif. Pada tahun 2017, 2018 dan 2019 Health2Sync dipilih sebagai Aplikasi Diabetes 10 Terbaik di seluruh dunia oleh Healthline.

Source: Health2Sync
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Contracts New products/services