omniture

AMOS melantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu untuk memimpin fasa transformasi dan pertumbuhan seterusnya

AMOS Group Limited
2020-11-18 01:09 253
  • Venkatraman Sheshashayee dilantik sebagai Pemangku CEO berkuat kuasa serta-merta
  • Encik Sheshashayee akan memimpin strategi AMOS untuk 'berubah dan berkembang' dengan meningkatkan kecekapan operasi, memacu pemodenan dan mempergiatkan titik sentuhan pelanggan

SINGAPURA, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- AMOS Group Limited ("AMOS"), pembekal produk, perkhidmatan, dan penyelesaian kepada industri Marin dan Tenaga, hari ini mengumumkan pelantikan Venkatraman Sheshashayee sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, berkuat kuasa serta-merta. Encik Sheshashayee menggantikan Dan Tan Song Boon yang telah meletakkan jawatan sebagai CEO dan akan meninggalkan AMOS untuk mengejar peluang lain.

Encik Sheshashayee merupakan profesional C-suite berpengalaman yang mempunyai pengalaman lebih dari 35 tahun dalam industri pembuatan, perkapalan dan minyak & gas luar pesisir. Beliau mempunyai rekod prestasi yang baik dalam mempromosikan, membangunkan dan mentransformasikan perniagaan, serta keseluruhan pengurusan operasi.

Kyle Shaw, Pengerusi Eksekutif AMOS, berkata: "Kami berasa berbesar hati mengalu-alukan Encik Sheshashayee sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AMOS yang baru untuk memimpin syarikat ini dalam fasa transformasi dan pertumbuhan kami yang seterusnya. Encik Sheshashayee ialah seorang pemimpin yang kuat dan saya yakin bahawa beliau mempunyai kemahiran pengurusan, pengetahuan industri dan pemahaman pelanggan kami untuk memimpin perniagaan ini ke hadapan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan atas sumbangan beliau kepada AMOS dan mendoakan yang terbaik untuk beliau untuk masa-masa akan datang."

Encik Sheshashayee berkata: "Ia merupakan satu penghormatan bagi saya untuk menyertai AMOS dan menjadi sebahagian daripada pasukan dan transformasi hebat ini. AMOS mempunyai rekod prestasi yang panjang dan membanggakan dalam menyediakan bekalan dan perkhidmatan teknikal bertaraf dunia kepada industri marin dan luar pesisir dan saya berharap dapat menyumbang kepada kejayaan yang berterusan untuk perniagaan ini."

Jawatan Encik Sheshashayee sebelum ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Miclyn Express Offshore, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif Jaya Holdings Limited dan Pengarah Urusan Greatship Global. Semasa menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Miclyn Express Offshore, Encik Sheshashayee menyusun semula visi dan strategi kumpulan, menembusi dan meluaskan perniagaan ke pasaran dan vertikal baharu, dan memperkukuhkan sistem dan bakat untuk memberikan peningkatan operasi dan penjimatan kos kepada pemegang sahamnya. Di Jaya Holdings, beliau mengetuai perubahan Kumpulan tersebut, dan berjaya menyusun jualan strategik dalam tempoh dua tahun setengah, menggandakan nilai pemegang saham sebanyak tiga kali ganda. Di Greatship Global, Encik Sheshashayee membantu membina perniagaan perkhidmatan penggalian dan logistik luar pesisir global dari mula, menubuhkan operasi di India, Asia Tenggara, Australia, Brazil, Mexico, Eropah dan Timur Tengah.

Kyle Shaw menambah: "Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah membuat kemajuan yang baik dalam mengimplementasikan strategi kami untuk 'berubah dan berkembang', yang telah menyaksikan syarikat ini menambah baik amalan pengurusannya, merangkumi penggunaan teknologi digital, dan memperkenalkan produk baharu Alcona. Kami terus mengimplementasikan strategi kami pada tahun 2020 dengan pengurangan jumlah kakitangan yang ketara, pengubahsuaian pada struktur perniagaan, dan pembangunan produk baharu yang telah menjadikan AMOS lebih efisien dari segi operasi, lebih sejajar dengan keperluan pelanggan dan lebih stabil dari segi kewangan. Melihat ke hadapan, AMOS akan terus berubah secara agresif untuk membolehkan pertumbuhan dan penciptaan nilai bagi para pemegang saham."

AMOS kini mengendalikan pengeluaran, logistik dan pusat pemenuhan di seluruh Asia, Timur Tengah, dan Eropah, termasuk di Singapura di mana AMOS mempunyai pusat pemenuhan dan penyelesaian terkemuka dan berteknologi maju di Asia Tenggara dan China.

Tentang AMOS Group Limited

AMOS ditubuhkan pada tahun 1974 dan disenaraikan di Bursa Saham Singapura (SGX) pada tahun 2012. Beribu pejabat di Pusat Pemenuhan berteknologi maju di Singapura, rangkaian AMOS secara strategik menghubungkan dua belas lokasi utama di seluruh Asia, Timur Tengah dan Eropah, membolehkan sumber dan bekalan titik tunggal untuk pelanggannya.

Melalui pemerolehan, logistik dan rantaian bekalan infrastruktur modennya, AMOS menawarkan portfolio penyelesaian bekalan teknikal, perkhidmatan dan pembekalan bertaraf dunia yang meluas dan komprehensif kepada pelanggan dalam industri marin dan tenaga.

Selain mewakili dan menyokong jenama terkemuka industri melalui pengaturan pembekal eksklusif, AMOS juga memasarkan peralatan gred profesional jenama ALCONA sendiri termasuk kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan rangkaian bekalan teknikal dan barang guna habis harian yang dibangunkan untuk tempat kerja marin dan tenaga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.amosgroup.com

Source: AMOS Group Limited
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Personnel announcements