omniture

Regata Antarabangsa Jalur dan Jalan 2020 mula berlayar di Beihai

Mitime Sports
2020-11-18 21:55 230

BEIHAI, China, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Regata Jalur dan Jalan Antarabangsa 2020, dianjurkan oleh Mitime Sports,  telahpun diadakan di Beihai, Guangxi. Sejumlah 16 pasukan perahu layar dari tanah besar China, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan Taiwan, kesemuanya mewakili tahap tertinggi Kelas J80 di China, mengambil bahagian dalam acara regata berkenaan.

Regata Antarabangsa Jalur dan Jalan 2020
Regata Antarabangsa Jalur dan Jalan 2020

Acara regata 8 pusingan yang berlangsung selama tiga hari, melibatkan perlumbaan tepi pantai di Pantai Yintan serta perlumbaan luar pesisir dari  Yintan ke  Pulau  Weizhou. Ia  merupakan  acara regata pertama  yang menghubungkan dua tempat pemandangan indah yang luar biasa di Beihai. Selepas tiga hari berlangsungnya pertandingan tersebut, Pasukan He Qi Ren Jia dari Qingdao memenangi  kejuaraan berkenaan.

Ini merupakan tahun kedua  Regata Antarabangsa Jalur dan Jalan diadakan di Beihai. Tahun ini, Kelas Optimistik telahpun ditambah. Untuk rangkaian promosi yang lebih luas bagi sukan pelayaran, Kelas Optimistik baru ditambah ke dalam acara regata tersebut dan dialu-alukan oleh golongan remaja. Jawatankuasa penganjur Regata Jalur dan Jalan menganjurkan kem pelayaran remaja di Pantai Yintan dan melancarkan kelas pelayaran di sekolah rendah dan sekolah menengah tempatan.

Menerusi tema Berlayar ke Jalan Sutera dari Beihai (Sailing to The Silk Road from Beihai), aktiviti-aktiviti siri seperti  pameran budaya marin,  strim langsung pelancongan, parti selepas acara Sailors'  Night, Ocean Film Festival turut dibawakan. Semua acara promosi ini menyemarakkan semangat penduduk tempatan untuk berlayar dan memendekkan masa menuju budaya marin.

Regata Antarabangsa Jalur dan Jalan 2020  telah dianjurkan  oleh  Biro  Sukan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan Kerajaan Rakyat Beihai, Guangxi, turut dianjurkan bersama Biro Kebudayaan Pelancongan dan Sukan Beihai dan  Persatuan Lumba Layar Guangxi. Beijing Mitime Sports Industry Investment Co.,Ltd mengendalikan acara regata tersebut dengan perundingan teknikal daripada Akademi Sukan Marin Qingdao Pentadbiran Am Sukan China.

Menerusi tema Mewarisi misi Jalur & Jalan dan Menyusun Jalan Sutera Maritim (Belt & Road mission and Composing the Maritime Silk Road), acara regata berkenaan menyumbang kepada Inisiatif Jalur & Jalan dan pembinaan Koridor Perdagangan Darat dan Laut Antarabangsa Baharu, lalu mempercepatkan promosi sukan air Guangxi melalui beberapa acara dan aktiviti.

Source: Mitime Sports
Keywords: Sporting Events Sports