omniture

NIPA, bakal adakan 'Mesyuarat Perniagaan Dalam Talian Korea IoT 2020'

NIPA(National IT Industry Promotion Agency)
2020-11-18 22:03 106

SEOUL, Korea Selatan, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- National IT Industry Promotion Agency (NIPA) Korea mengumumkan bahawa ia akan mengadakan 'Mesyuarat Perniagaan Dalam Talian Korea IoT 2020' ('2020 IoT Korea Online Business Meeting') mulai 25 hingga 27 November. Acara berkenaan akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan daripada syarikat-syarikat IoT terkemuka Korea selain menyokong pasaran global dan peluang perangkaian untuk syarikat-syarikat IoT Korea.

Mesyuarat Perniagaan Dalam Talian Korea IoT 2020
Mesyuarat Perniagaan Dalam Talian Korea IoT 2020

Memandangkan banyak syarikat IoT Korea yang hebat menghadapi kesukaran untuk menembusi pasaran antarabangsa ekoran Covid-19, acara ini bertujuan untuk menghubungkan syarikat-syarikat dengan rakan-rakan niaga antarabangsa. Akan terdapat sesi perundingan 1:1 maya, sesi 'pitching' (pic jualan) bersama pembeli-pembeli tempatan dari Eropah dan Amerika Utara serta sesi pencarian pembeli tersuai.

Untuk mesyuarat perniagaan dalam talian, 25 buah syarikat IoT Korea yang memiliki kelayakan cemerlang akan mengambil bahagian bagi mempamerkan perkhidmatan dan produk berkaitan AI dan 5G mereka dalam bidang sekuriti, keselamatan, menara kawalan, kilang pintar, bahan dan tindak balas terhadap COVID-19.

Maklumat terperinci mengenai syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh ditemui di laman web acara 'Mesyuarat Perniagaan Dalam Talian Korea IoT 2020' di www.ictcyberworld.com.

NIPA ialah sebuah agensi separa-kerajaan yang menumpu pada projek-projek berkaitan IT. Sebagai pakar dalam pembangunan industri ICT, ia menyumbang kepada ekonomi dan kekuatan negara dengan menggalakkan industri ICT dan daya saing teknikalnya.

Source: NIPA(National IT Industry Promotion Agency)
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Trade show news Future Events