omniture

UnionTech lancar produk baharu iaitu pencetak 3D SLA format ultra besar RSPro 2100 di pameran dalam talian-Formnext Connect 2020

UnionTech
2020-11-18 23:56 189

SHANGHAI, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Peneraju terbukti dalam Stereolitografi pencetakan 3D bersumber global, UnionTech berjaya melancarkan produk baharunya iaitu pencetak 3d SLA format ultra besar RSPro 2100 di pameran dalam talian-Formnext Connect 2020. Ekoran jangkitan Covid-19 di seluruh dunia dan peningkatan sekatan perjalanan global, pameran luar talian Formnext 2020 telah dibatalkan dan ditukarkan menjadi Formnext Connect 2020 dalam talian. Pameran dalam talian ini diadakan di platform Grip pada 10-12 November 2020. Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap peralatan pencetakan format besar dalam bidang automobil, aeroangkasa dan perkakas rumah, UnionTech mempamerkan pencapaiannya termajunya-RSPro 2100 dalam bidang pencetakan 3D SLA tepat pada masanya melalui pameran dalam talian ini.


RSPro 2100 yang dilancarkan oleh UnionTech di Formnext Connect 2020 ialah pencetak 3D SLA dengan format yang amat besar: 2100x700x800mm dan mempunyai ciri-ciri kejituan tinggi, kekonsistenan pencetakan yang hebat serta prestasi berkos tinggi. Teknologi terasnya ialah format ultra besar, kekonsistenan titik tinggi, pencantuman berbilang galvanometer dan penentukuran automatik.

"Hanya inovasi teknologi dan produk yang berterusan dapat membawa peluang baharu ke pasaran," kata Dr. Yu Qingxiao, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UnionTech. "Oleh yang demikian, UnionTech sentiasa memberi perhatian yang teliti terhadap trend pembangunan pasaran dan kepelbagaian keperluan pelanggan, terus menaik taraf produk teknikalnya dan berusaha untuk memastikan produknya sendiri menjadi daya saing teras bagi memenuhi keperluan pasaran."

Latar Belakang UnionTech

Ditubuhkan pada tahun 2000, UnionTech ialah salah satu perintis AM China dan telah mengambil bahagian dan menyaksikan pembangunan utama industri pencetakan 3D China. Berpegang pada prinsip berorientasi pelanggan, UnionTech telah menyesuaikan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang relevan berdasarkan permintaan yang berbeza daripada pelanggannya bagi menyediakan penyelesaian teknologi pencetakan 3D profesional yang komprehensif serta perkhidmatan prajualan dan selepas jualan yang berkualiti tinggi untuk pelanggannya. Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri pencetakan 3D, kini UnionTech memegang sebahagian besar daripada kumpulan pelanggan industri dalam pencetakan 3D SLA dan telah menguasai lebih 60% bahagian pasaran domestik. Justeru itu, UnionTech menikmati pengaruh yang luas dan kesedaran jenama yang tinggi dalam industri AM. Pada masa kini, UnionTech ialah salah satu Ahli Majlis China 3D Printing Technology Industry Alliance, Naib Pengerusi dan Ahli Majlis Eksekutif Shanghai Additive Manufacturing Association serta Unit Titik Tetap Pengindustrian Teknologi Pencetakan 3D Shanghai Industrial Technology Institute.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi dan halaman media sosial UnionTech:
www.uniontech3d.com/
www.linkedin.com/company/uniontech-3d/

Source: UnionTech
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services