omniture

Bkav eksport kamera keselamatan AI View pertamanya ke Amerika Syarikat

BKAV Corporation
2020-11-19 01:36 31

HANOI, Vietnam, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Bkav, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang berpangkalan di Vietnam, secara rasminya mengeksport kumpulan pertama kamera keselamatan AI View ke Amerika Syarikat, pasaran yang paling mendesak di dunia. Selepas tiba di Amerika Syarikat, kamera Bkav akan dipasang di ibu pejabat Qualcomm Incorporated (San Diego, California). Kumpulan seterusnya dijangka akan digunakan di taman besar negara ini menjelang akhir tahun ini. 

Rangkaian produk kamera AI View
Rangkaian produk kamera AI View

Demi menembusi pasaran Amerika Syarikat, kamera AI View telah melepasi ujian dan memperoleh Sijil FCC. Ini merupakan sijil ketat yang dikeluarkan oleh Federal Communications Commission, terpakai untuk produk elektronik dan alat pemancar frekuensi radio yang dikeluarkan atau dijual di Amerika Syarikat. Sijil FCC juga merupakan jaminan untuk produk tersebut diterima dalam pasaran-pasaran lain. Tambahan pula, kamera AI Bkav turut memenuhi piawaian ONVIF, memperakui bahawa produk tersebut akan serasi dengan sistem perisian pengurusan video popular di dunia seperti Milestone, Genetec dan sebagainya. Bkav Corporation juga telah menyertai Open Security and Safety Alliance (OSSA) bersama-sama nama-nama terkemuka seperti Bosch, Qualcomm, Hanwha dan sebagainya serta berada dalam senarai 150 syarikat di dunia yang berupaya menyediakan Penyelesaian Analisis Imej/Video.

En. Tommy Le, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Bkav di Amerika Syarikat berkata: "Di ibu pejabat Qualcomm, AI View akan terlibat dalam projek utama strategi pelaksanaan bandar pintarnya. Bkav telah mendapat pesanan pertama selepas lebih daripada 3 bulan memasuki Amerika Syarikat. Ini merupakan langkah besar yang mengesahkan keupayaan kami dan keunggulan produk kami. Dari sini, kami mempunyai asas untuk terus membangun dalam pasaran ini, menyasarkan kedudukan pengeluar kamera terkemuka 5 Teratas di dunia."

Bkav ialah salah satu pengeluar pertama di dunia yang berjaya mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam kamera keselamatan. Dalam konteks keadaan perdagangan semasa, Bkav Corporation telah menjadi perintis dalam merebut peluang  untuk  muncul dalam pasaran seluruh dunia.

Sebagai syarikat teknologi terkemuka yang telah lama beroperasi dalam bidang keselamatan siber dan mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pembuatan telefon pintar, Bkav pantas membangunkan teknologi perintis dalam pembuatan kamera keselamatan dan berjaya mengintegrasikan AI dalam kamera. Kamera yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) daripada Bkav mempunyai kualiti yang tinggi namun harganya adalah 20% lebih berpatutan berbanding produk daripada pengeluar terkenal dari Eropah.

Berbanding dengan kamera biasa, kamera AI dapat membantu pelanggan menjimatkan kos untuk pelayan dan penghantaran. Pemprosesan data imej berkuasa AI akan dijalankan pada masa sebenar dan betul-betul pada kamera, yang bererti tiada keperluan untuk memindahkan data ke pelayan, lantas meminimumkan kependaman dalam pemprosesan maklumat serta menjamin privasi untuk pelanggan. Kamera AI View dapat melaksanakan senario seperti pengecaman wajah, pengiraan individu, jarak sosial, pengesanan pelitup muka, pengesanan kebakaran, pengecaman nombor plat automatik, pengesanan ruang tempat letak kereta dan sebagainya.

Bersama-sama Amerika Syarikat, Bkav mempromosikan beberapa projek kamera AI di India, Mexico, Malaysia, Vietnam dan juga beberapa buah negara lain. Di India, Bkav mengambil bahagian dalam projek-projek untuk stesen tol, bandar pintar, sekolah pintar, tasik pintar dan sebagainya.

Latar Belakang Bkav

Bkav (Bkav.com) ialah syarikat teknologi terkemuka di Vietnam, yang beroperasi dalam bidang keselamatan siber, perisian, telefon pintar, kediaman pintar serta kamera AI. Di Vietnam, Bkav merupakan antara jenama yang terkenal dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Syarikat ini juga terkenal di seluruh dunia kerana mengenal pasti kelemahan dalam produk terkenal seperti Google Chrome, Face ID iPhone X, pengecaman iris Samsung Galaxy S8 dan sebagainya. Perisian antivirus dan keselamatan mudah alih Bkav terdapat di seluruh dunia dengan 86 juta muat turun dan lebih daripada 20 juta pengguna dalam 234 negara serta wilayah.

Source: BKAV Corporation
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security Corporate Expansion