PUTRAJAYA, Malaysia, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) hari ini mengumumkan para pemenang bagi National Energy Awards (NEA) 2020. NEA adalah satu majis anugerah tahunan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan-amalan terbaik di kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara. Anugerah ini dianjurkan secara tahunan sejak 2018 sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga di Malaysia.
NEA 2020 telah menerima penyertaan daripada pelbagai organisasi yang telah meningkatkan operasi bangunan mereka menjadi lebih cekap tenaga serta melaksanakan sistem tenaga boleh baharu. KeTSA kekal komited untuk memenuhi hasrat Malaysia bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan percaya bahawa sokongan daripada pemain industri tenaga lestari adalah amat penting dalam memastikan komitmen berkenaan dapat dicapai.
Seramai 30 daripada 110 penyertaan telah dipilih sebagai pemenang-pemenang NEA 2020 dalam tiga kategori iaitu Kategori 1 – Kecekapan Tenaga, Kategori 2 – Tenaga Boleh Baharu dan Kategori 3 – Anugerah Khas. Para pemenang telah dipilih selepas melalui proses penilaian yang teliti dan menyeluruh melibatkan panel hakim profesional dan berpengalaman.
Pemenang bagi Kategori 1 dan Kategori 2 akan mewakili Malaysia ke ASEAN Energy Awards (AEA) 2020 yang dijangka diumumkan keputusannya semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-38 pada 19 November 2020.
Pengiktirafan ini diharap akan dapat membawa para pemain industri negara ke peringkat antarabangsa yang lebih berprestij. Oleh itu, para pemenang NEA 2020 berada pada kedudukan yang tepat untuk menjadi peneraju industri bukan sahaja di Malaysia, malah untuk keseluruhan rantau Asia Tenggara.
YB Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah mengucapkan tahniah kepada para pemenang di atas kejayaan cemerlang dalam pembangunan bidang tenaga lestari di Malaysia. "Semua pemenang telah melakukan usaha yang sangat baik dalam meneruskan agenda negara ke arah masa hadapan yang lebih mampan. Saya berharap mereka juga akan berkongsi amalan-amalan terbaik, bagi memberikan inspirasi dan galakan kepada organisasi-organisasi lain dalam mengadaptasi tenaga boleh baharu serta kecekapan tenaga. Berdasarkan pencapaian tahun-tahun sebelum ini, saya amat yakin wakil-wakil Malaysia akan memastikan Jalur Gemilang terus berkibar dengan megah di ASEAN Energy Awards 2020."
Tiga Anugerah Khas juga telah diperkenalkan dalam edisi NEA pada tahun ini iaitu untuk Institusi Pengajian Tinggi, Pembiayaan Tenaga Lestari dan Kontrak Prestasi Tenaga (EPC). Anugerah Khas ini diperkenalkan bagi menggalakkan universiti-universiti awam dan swasta melaksanakan inisatif-inisiatif RE dan EE di kampus-kampus, untuk mengiktiraf sokongan institusi kewangan yang membiayai projek-projek RE dan EE serta untuk menggalakkan pembangunan bidang Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) di Malaysia. "Peningkatan jumlah penyertaan dalam NEA adalah petanda baik bahawa lebih ramai pemain industri telah menceburi bidang ini pada masa ini. ESCO memainkan peranan penting dalam menggalakkan kecekapan tenaga bagi operasi perniagaan, dan institusi-institusi kewangan wajar menyediakan lebih banyak produk perbankan hijau yang boleh menarik pelaburan dalam bidang RE dan EE," jelas Shamsul Anuar.
Objektif penganjuran NEA adalah untuk menggalakkan syarikat dan organisasi di Malaysia mengurangkan jejak karbon dengan meminimakan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dijana melalui bahan api fosil. Selain dapat menyokong agenda pembangunan mampan, ia juga mampu meningkatkan KDNK negara melalui sumber-sumber pertumbuhan ekonomi yang baharu iaitu melalui adaptasi teknologi tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi NEA di www.national energyawards.com.my
Senarai pemenang bagi setiap Kategori adalah seperti di Lampiran 1 siaran media ini.
Latar Belakang NEA
NEA adalah satu platfom untuk mengetengahkan pembangunan idea dan amalan terbaik bagi memacu sektor tenaga lestari negara. Anugerah ini mengiktiraf usaha sektor awam dan sektor swasta melaksanakan pelbagai inisiatif dalam bidang tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga. Penganjuran NEA juga merupakan satu usaha advokasi bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan tenaga lestari dalam operasi perniagaan dan kehidupan.
LAMPIRAN 1
PARA PEMENANG NEA 2020
KATEGOR1 1: KECEKAPAN TENAGA |
||
Sub-Kategori |
Pemenang |
Tempat Kedua |
Pengurusan Tenaga |
||
Pengurusan Tenaga (Bangunan Besar) |
Menara Korporat Persada PLUS |
Menara TM |
Pengurusan Tenaga (Bangunan Kecil) |
TM Node Skudai Johor |
Tiada Pemenang |
Pengurusan Tenaga (Industri Besar) |
Top Glove F29 |
Tiada Pemenang |
Bangunan Cekap Tenaga |
||
Bangunan Hijau (Besar) |
Menara KEN |
LCDA Tower |
Bangunan Hijau (Kecil) |
PAM Centre |
Honda BHS Auto Showroom and Care Centre |
Retrofit Bangunan |
Menara Weld and the Weld Shopping Centre |
Angsana Johor Bharu Mall |
Rekabentuk Bangunan Cekap Tenaga |
LCDA Tower |
IKEA Tebrau |
Anugerah Merit Bangunan Hijau (Kecil & Sederhana) |
Wisma REHDA |
KATEGORI 2: TENAGA BOLEH BAHARU |
||
Sub-kategori |
Pemenang |
Tempat Kedua |
Penajaan TBB Tersambung Grid (Grid Kebangsaan) |
Concord Green Energy Sdn Bhd |
Amcorp Power Sdn Bhd |
Penajaan TBB Tersambung Grid (Grid Tempatan) |
Sime Darby Plantation Berhad |
Tiada Pemenang |
Penjanaan TBB Tidak Tersambung Grid (Kuasa) |
Sarawak Energy Berhad |
Universiti Teknologi Malaysia |
Penjanaan TBB Tidak Tersambung Grid (Termal) |
Tiada Pemenang |
Hospital Sg. Buloh |
Biobahan api |
UKM-YSD Chair for Sustainable Development |
Tiada Pemenang |
Cogeneration |
FGV Palm Industries Sdn Bhd |
Tiada Pemenang |
KATEGORI 3: ANUGERAH KHAS |
|
Sub-kategori |
Pemenang |
Anugerah Khas – Institut Pengajian Tinggi |
|
Multimedia University, Melaka |
|
Sunway University |
|
Anugerah Khas – Projek Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) |
|
Pemilik: Kampus Politeknik Merlimau ESCO: Taiace Engineering Sdn Bhd |
|
Pemilik: TM Node Bandar Tun Razak – Telekom Malaysia Berhad ESCO: Lotus West Sdn Bhd |
|
Pemilik: International Islamic University Malaysia, Kampus Gombak ESCO: Cenergi EE Sdn Bhd |
|
Anugerah Khas – Pembiayaan Tenaga Lestari |
|
Pembiayaan Konvensional |
UOB Bank |
OCBC Bank |
|
Pembiayaan Islamik |
Affin Islamic |
Maybank Islamic |
|
Institusi Pembiayaan Pembangunan & Lain-lain |
Malaysia Debt Ventures Berhad |
SME Bank |