omniture

Mixcder E10 Menang Bronze Stevie® Award untuk Prestasi Pembatalan Hingar Aktif Terkini

Mixcder
2020-11-19 16:51 218

FAIRFAX, Virginia, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Mixcder dengan sukacitanya mengumumkan bahawa fon kepala saiz-penuh Mixcder E10 telah meraih Bronze Stevie® Award dalam kategori barangan elektronik pengguna di American Business Awards 2020 untuk kualiti bunyinya yang unggul dan prestasi Pembatalan Hingar Aktif (ANC) yang utama dalam industri.

Mixcder E10 Wins Bronze Stevie® Award for State-of-the-Art Active Noise-Canceling Performance
Mixcder E10 Wins Bronze Stevie® Award for State-of-the-Art Active Noise-Canceling Performance

Memanfaatkan pengalaman produk ANC yang utama dalam industri, pasukan kejuruteraan Mixcder telah membangunkan Cip ANC V4 berkuasa dan mikrofon pembatalan hingar kepekaan tinggi yang berupaya menyekat 96% bunyi ambien berfrekuensi rendah. 

Dikuasakan oleh Bluetooth 5.0 yang menyokong Aptx-LL (Kependaman Rendah), Mixcder E10 membawakan kualiti bunyi Resolusi Tinggi (Hi-Res) yang segerak dan begitu seimbang. Teman audio sempurna untuk mereka yang sentiasa bergerak dan fon kepala pertama dalam siri-E yang menampilkan Teknologi Pengecasan Super Mixcder (MSC), Mixcder E10 mempunyai masa mendengar sehingga 30 jam dan membolehkan pengguna mengecas peranti untuk 3 jam main balik tanpa wayar dalam masa beberapa minit. 

"Mixcder E10 merupakan kemajuan besar kami menuju ke hadapan dalam menawarkan fon kepala ANC berkualiti tinggi dan berkesan kos untuk pelanggan global. Mixcder E10 padat dengan pelbagai ciri yang harus dimiliki bagi menawarkan pengalaman audio premium baik untuk pengembara yang sering berulang alik mahupun peminat audio," kata David Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Mixcder.

"Anugerah berkenaan bukan sekadar pengiktirafan terhadap usaha kami dalam mencapai kejayaan ini tetapi juga bukti kepakaran Mixcder dalam membawakan produk audio yang terbaik dalam kelas serta komitmen kami untuk menerobos sempadan pengalaman mendengar peribadi," tambah David.

Ditubuhkan oleh sekumpulan penetap trend dan peminat muzik, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mixcder terdiri daripada 30 pakar akustik dan elektrik yang berkepakaran dalam ergonomik, audio dan reka bentuk fesyen yang berkongsi visi yang sama iaitu untuk meningkatkan pengalaman pendengar. 

Menggabungkan inovasi terkini untuk teknologi audio dan tanpa wayar berkualiti tinggi, setiap produk di Mixcder direka bentuk dengan mementingkan konsep teras - bunyi, keselesaan, estetika dan fungsi. Selama lebih lima tahun, Mixcder telah merintis teknologi pembatalan hingar, berserta Bunyi Sedap Didengar uniknya, bagi membawakan bunyi yang benar-benar imersif dengan ketepatan sebenar.

Mixcder turut melancarkan fon kepala E7, E8, E9, E9 Pro ANC yang boleh didapati melalui Amazon di UKJermanSepanyolPerancisItali dan Belanda.

Latar Belakang Mixcder

Ditubuhkan pada tahun 2015 di California, Amerika Syarikat, Mixcder ialah jenama audio yang mengintegrasikan teknologi dan seni ke dalam reka bentuknya, dengan produk-produk terdiri daripada fon telinga dan pembesar suara sehinggalah aksesori audio. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://mixcder.com/.

 

 

Source: Mixcder
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards