omniture

Huawei Dianugerah Rakan Teknologi Paling Bernilai Tahun 2020 daripada DBS Bank

Huawei
2020-11-19 16:58 151

SINGAPURA, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan sebagai Rakan Teknologi Paling Bernilai Tahun 2020 daripada DBS Bank. Pasukan Huawei telah bekerjasama erat untuk memenuhi keperluan bank yang semakin berkembang dan memacu transformasi digital terutamanya semasa berlakunya pandemik Covid-19. Huawei turut menyokong perkhidmatan Work From Home DBS untuk membolehkan kakitangan bekerja dari jauh dengan cara yang selamat dan terjamin. Pelanggan Huawei merupakan keutamaannya dan ia berharap dapat memperkukuh hubungan dengan bank melalui kolaborasi.

Sebagai rakan utama DBS, Huawei tekal menunjukkan bahawa budaya korporat "Customer First" ("Pelanggan Diutamakan") membawa banyak manfaat kepada bank. Huawei telah menunjukkan kebolehannya menyediakan penyelesaian holistik, mengurangkan kos DBS, mengukuhkan keandalan dan meningkatkan prestasi operasi.

Huawei dan rakan niaganya membantu institusi kewangan mencapai kemuncak digital baharu dalam rangkuman kewangan, inovasi perniagaan berpandukan data dan perbankan terbuka, lalu mencapai ketersambungan penuh dan ketangkasan perkhidmatan. Sehingga kini, Huawei telah bekerjasama dengan lebih daripada 5,400 penyelesaian dan rakan perkhidmatan di seluruh dunia untuk menyokong 1,600 pelanggan kewangan di 60 negara dan rantau. Bersama-sama, kami telah mewujudkan sebuah ekosistem dengan liputan yang semakin berkembang.

Visi, wawasan, penyelesaian, rakan kongsi dan pakar industri – semua ini merupakan apa yang dapat dibawa oleh Huawei ke dalam industri kewangan dalam era pintar mudah alih. Huawei berharap dapat bekerjasama dengan semua pelanggan kami bagi membantu mereka dalam perjalanan transformasi digital unik mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian kewangan pintar Huawei sila kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/industries/smart-finance

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment