omniture

Panduan Hadiah Musim Cuti: Berikan Hadiah Hubungan Musim Perayaan ini dengan Kamera Web Berkualiti Tinggi Inovatif PAPALOOK

PAPALOOK
2020-11-19 17:07 179

LOS ANGELES, 19 November 2020 /PRNewswire/ -- Memandangkan musim perayaan semakin menghampiri, PAPALOOK, pakar kamera web terkemuka dalam industri yang berusaha untuk menghubungkan orang ramai dengan teknologi, telah melancarkan panduan hadiah musim cutinya untuk mereka yang ingin memberi hadiah kepada insan tersayang. Dalam tempoh waktu yang mana ramai yang menggunakan teknologi video untuk bekerja dan bermain lantaran pandemik ini, kamera berkualiti tinggi merupakan pilihan hadiah yang ideal bagi musim cuti ini.

Holiday Gift Guide: Give the Gift of Connection this Festive Season with PAPALOOK’s Innovative High-quality Webcams
Holiday Gift Guide: Give the Gift of Connection this Festive Season with PAPALOOK’s Innovative High-quality Webcams

Sebagai salah satu penyedia kamera web terkemuka di dunia dengan teknologi sensor serta AI yang utama dalam industri, kamera web 1080P HD penuh PAPALOOK sangat sesuai untuk penstriman langsung, persidangan video dan penghasilan kandungan dalam talian. Cadangan utama daripada PAPALOOK untuk musim perayaan ini termasuk kamera web AF925, PA452 dan PA552 PAPALOOK yang turut disediakan di kedai-kedai Staples.

Sebagai salah satu produk terlaris PAPALOOK, kamera web 1080p HD AF925 PAPALOOK ideal untuk memperhebatkan detik-detik indah dan merakam kandungan video dalam talian. Dilengkapi dengan kanta kaca HD penuh untuk kejelasan dan perincian yang menakjubkan, AF925 membolehkan pengguna membuat panggilan skrin luas, serta merakam dan menstrim video 1080p HD realistik pada 30fps. Dengan fokus auto yang pantas dan tepat serta imbangan cahaya rendah automatik, pengguna juga dapat menikmati rakaman berdefinisi tinggi yang luar biasa tajam dalam setiap persekitaran. Kamera web tersebut juga menampilkan reka bentuk lipat-dan-bawa, pemutar ayun 360 darjah.

Sementara itu, kamera web PA452 menghasilkan video 1080p HD lancar dan realistik pada 30fps untuk perbualan di Skype atau Zoom secara bersemuka, rakaman YouTube atau mengambil gambar. Menampilkan CMOS Sensor kiraan-piksel tinggi dengan apertur super besar 2.0 dan kanta kaca optik bersalut-filem 5-lapisan, PA452 memastikan tangkapan yang berkualiti tinggi, walaupun dalam keadaan pencahayaan 5 luks.

Hadiah terbaik untuk mereka yang ingin bersiaran langsung seperti ahli profesional, PA552 merupakan kamera web profesional utama untuk penyiaran. Mempunyai kanta fokus-tetap, kamera web tersebut memberi penghasilan semula imej wajah dan pamer-warna terbaik serta menerima pakai teknologi penghasilan semula potret canggih untuk penyiaran yang realistik. Cincin lampu pembantu boleh laras berbilang langkah menawarkan pencahayaan kualiti studio yang sekata dan lebih cantik serta menyingkirkan bayang-bayang gelap, manakala kanta kaca CMOS 5-lapisan dan 1080p HD penuh menangkap imej menakjubkan dan video 'fluid' pada 30fps.

Dilengkapi dengan mikrofon pembatalan hingar automatik, pengguna dapat menikmati kualiti bunyi yang terang dan jelas, hanya dengan menghubungkan kamera web PA452, AF925 atau PA552 melalui USB.

Latar Belakang PAPALOOK

PAPALOOK ialah pencipta bagi barangan elektronik inovatif termasuk kamera web 720P/1080P dan 4K. PAPALOOK menyediakan "Kualiti Video Lebih Baik" untuk generasi-generasi pengguna kamera web yang bijak pada masa lalu, masa kini dan masa depan. Untuk maklumat lanjut, lihat laman sesawang di: www.papalook.com

 

Source: PAPALOOK
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Office Products Computer Accessories