omniture

Persidangan Tahunan Perikatan Pelancongan Gunung Antarabangsa 2020 Dibuka Pada 18 November


Guiyang Tourism Development Committee
International Mountain Tourism Alliance
2020-11-20 20:31 508

GUIYANG, China, 20 November 2020 /PRNewswire/ -- Pada 18hb November, Persidangan Tahunan Perikatan Pelancongan Gunung Antarabangsa 2020 dibuka di Guiyang.  Lebih daripada 300 orang dari organisasi antarabangsa, anggota IMTA, pakar industri pelancongan, cendekiawan, dan wakil usahawan berkumpul di ibu pejabat IMTA untuk mengendalikan perbincangan mendalam tentang pemulihan dan pencergasan semula industri pelancongan selepas pandemik melalui dalam talian dan luar talian.

The 2020 International Mountain Tourism Alliance Annual Conference Opened On November 18th
The 2020 International Mountain Tourism Alliance Annual Conference Opened On November 18th

Persidangan Tahunan ini dianjurkan oleh Perikatan Pelancongan Gunung Antarabangsa. UNWTO, WTTC, PATA, GTEF, WTA, WTCF, Pusat ASEAN-China, WCCO dan organisasi dan persatuan antarabangsa terkenal yang lain memberikan sokongan yang kuat.

Sejak awal tahun ini, COVID-19 telah menyebabkan kesan dan pengaruh yang tidak pernah terjadi sebelumnya terhadap industri pelancongan gunung global. Pada masa ini, COVID-19 telah dapat dikawal secara efektif di China, dan industri pelancongan telah pulih dengan ketara. Walau bagaimanapun, dari perspektif global, pandemik ini belum lagi dapat dikawal secara efektif, dan masih lagi menular/merebak di beberapa negara dan wilayah. Industri pelancongan global sedang menghadapi banyak cabaran dan ketidakpastian di masa depan.

Persidangan Tahunan IMTA 2020 tertumpu pada tema "Perjalanan Pembangunan Pelancongan Gunung Dunia Pasca-COVID". Semasa persidangan tahunan, peserta memberi tumpuan kepada topik utama ini, dan berbincang dengan mendalam cara untuk mempromosi pencergasan semula dan kualiti pelancongan gunung selepas pandemik, dan menyediakan sokongan panduan dari segi pemikiran dan praktik untuk pengurusan pelancongan gunung global dan promosi industri pelancongan global.

Persidangan tahunan ini mengambil kaedah inovatif untuk menyiarkan, termasuk gabungan antara dalam talian dan luar talian, hubungan pada laman dan luar laman, di Facebook, Twitter, Sina News, Colorful Guizhou News Website, Zhongwang News APP, dan beberapa platform media baharu yang lain dari dalam dan luar negeri untuk menyebarkan majlis utama persidangan tahunan ini kepada hadirin pada waktunya.

Kegiatan yang berkaitan dengan Persidangan Tahunan IMTA 2020 termasuk "Mountain Hero Club, Marvelous Roadside Scenery" Sidang Kemuncak Pertama Presiden Wilayah Persatuan Industri Pelancongan Memandu Sendiri dan Promosi Lawatan Laluan Memandu Sendiri Guizhou Klasik, Forum Usahawan tentang "Facilitating Mountain Tourism in Guizhou Province", Ruang Bertema untuk Anggota IMTA, Pameran Fotografi tentang "Dialogue between Guizhou Mountain Tourism and Famous Mountains in the World", "8·9·00"Mesyuarat Konsep tentang Permintaan Baharu, Pasaran dan Penggunaan, Pameran Pelancongan Gunung & Kebudayaan.

Pautan Ulasan:

https://www.youtube.com/watch?v=0Gb02wGVZS0 
https://www.youtube.com/watch?v=aigg44qYnKc

Source:
Guiyang Tourism Development Committee
International Mountain Tourism Alliance
Keywords: Sports Travel Outdoors/Camping/Hiking