omniture

Penghantaran modul dwimuka berefisien tinggi LONGi mencapai 10GW

LONGi Solar
2020-11-23 19:21 139

XI'AN, China, 23 November 2020 /PRNewswire/ --

LID Rendah & Keuntungan Dwimuka Tinggi

Penghantaran modul dwimuka berefisien tinggi LONGi kini telah mencapai 10GW, dengan jangkaan bahawa pengeluaran akan mencapai 12GW menjelang akhir tahun 2020.

Modul Dwimuka kini merupakan salah satu teknologi yang matang dalam pembangunan panel solar. Dengan keupayaan LID yang rendah dan berefisien tinggi, mereka kini menuju ke arah kejayaan untuk menjadi trend terkini untuk melanda industri PV dan tidak lama lagi akan menjadi sebagai satu standard. Pada tahun 2017, LONGi menjadi salah satu pembekal terawal untuk mempromosikan teknologi ini dengan modul dwimuka Hi-MO2. Pada tahun 2018, dengan teknologi separuh potong dan sel dwimuka, Hi-MO 3 telah dilancarkan dan tahun 2019 menyaksikan penggunaan modul dwimuka dengan meluas, di mana modul Hi-MO 4 (voltan tinggi) 166mm merupakan pemain yang menimbul gangguan di pasaran solar PV. Ketika era pariti grid menjelang tiba, modul dwimuka Hi-MO 5 yang terbaru telah dilancarkan pada tahun ini untuk penghantaran kepada pelabur dalam loji PV berskala kebergunaan di seluruh dunia.

Penyampaian Nilai Sebenar Aplikasi Global

Dengan komitmen yang kukuh terhadap inovasi, LONGi mencapai pengeluaran modul dwimuka secara besar-besaran berdasarkan teknologi PERC pada tahun 2017, diterapkan dalam program Top Runner China.

Modul dwimuka syarikat telah dipasang secara meluas di seluruh dunia, dari projek 390MW di Aswan, Mesir hingga 224MW kilang di Georgia, AS.

Penyelidikan dalaman LONGi menunjukkan bahawa bahagian pasaran untuk modul dwimuka akan bertambah. Apabila pengeluaran  bertambah (bererti lebih banyak data yang tersedia dan reka bentuk yang lebih baik), kos tambahan terhasil daripada pengeluaran bahagian belakang modul dwimuka boleh diimbangi dengan pengurangan dalam LCOE dan peningkatan keuntungan.

Membangunkan semula Masa Depan dengan Hi-MO 5 yang baharu

Berdasarkan kapasiti pengeluaran sel dan modul yang baharu, modul Hi-MO 5 (M10 wafer standard) telah muncul buat pertama kali pada Jun 2020. Modul berkuasa tinggi yang baharu ini telah direka untuk stesen janakuasa ultra besar, dengan kuasa maksimum sebanyak 540W dan efisiennya sebanyak 21.1% untuk memberikan prestasi dan kebolehpercayaan jangka panjang.

Dengan penghantaran panel dwimuka mencapai kejayaan 10GW, LONGi akan terus menurunkan LCOE sebagai pemberian kepada pelanggan kami dan menghasilkan masa depan yang cerah untuk industri PV.

Source: LONGi Solar
Related Stocks:
Shanghai:601012
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Sales reports