PETALING JAYA, Malaysia, 25 November 2020 Dattel Asia Group, sebuah syarikat data & analisis pengguna terkemuka di ASEAN, baru-baru ini melancarkan UPLIFT Malaysia – sebuah inisiatif untuk memperkasakan 10,000 perniagaan dengan pandangan bernas mengenai perilaku pengguna yang terkini melalui dana data berjumlah RM 50 juta. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau perniagaan yang terjejas disebabkan oleh kemerosotan ekonomi baru-baru ini untuk kembali pulih secara lestari.
Kami berhasrat untuk meningkatkan prestasi 10,000 syarikat dan mewujudkan komuniti bisnes yang lebih #celikdata di negara ini. Anda memerlukan sumber data yang dipercayai untuk mendapat perspektif pasaran yang baru secara berterusan dan mempunyai kelebihan daya saing dalam bisnes. Ashran Dato’ Ghazi Ketua Pegawai Eksekutif, Dattel Asia Group
Salah satu inspirasi untuk UPLIFT adalah apabila Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia, Ashran Dato 'Ghazi, bertemu dengan banyak usahawan yang bergelut dengan perubahan perilaku pengguna yang mendadak kerana wabak COVID-19. Perubahan ini menyebabkan banyak perniagaan yang melayan pengguna tidak pasti bagaimana, ataupun sekiranya mereka perlu mengambil tindakan untuk menangani perubahan tersebut. Dengan segala perubahan yang berlaku pada kadar yang tinggi, pemilik syarikat tidak mempunyai data yang terkini dan komprehensif untuk memacu strategi perniagaan atau pemasaran mereka..
Untuk mengatasi hal ini, Dattel Asia bekerjasama dengan beberapa peneraju pasaran untuk melaksanakan UPLIFT Malaysia. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memastikan bahawa perniagaan-perniagaan di Malaysia mempunyai akses kepada data yang tepat, yang pada kebisaannya hanya boleh di mampu oleh syarikat besar.
Antara peneraju industri yang bekerjasama dengan Dattel Asia untuk UPLIFT Malaysia adalah BAC Education Group, Transcosmos Malaysia dan ZBRA Business Research & Analytics. UPLIFT juga mendapat sokongan dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Owners Circle dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Dattel Asia berharap lebih banyak peneraju industri akan tampil ke hadapan dan menyumbang kepada inisiatif ini.
Permohonan dana data UPLIFT adalah terbuka kepada mana-mana individu atau syarikat, terutamanya yang berminat dengan perniagaan yang melayan pengguna seperti kedai runcit, fesyen, makanan & minuman, kecergasan, kecantikan, kesihatan atau makanan ringan. Setelah disemak, pemohon yang berjaya akan mendapat akses ke pakej data pengguna & latihan bernilai RM 5,000 berserta dengan maklumat terkini sentimen dan perilaku pengguna yang berkaitan dengan COVID-19 setiap minggu.
Akses ke pakej data pengguna & latihan hanya terhad kepada 10,000 pemohon pertama yang layak. Mereka yang berminat boleh melayari laman web UPLIFT Malaysia di upliftmy.dattel.asia untuk maklumat lebih lanjut dan memohon dana data sekarang.