omniture

Volvo Financial Services Atur Semula Organisasi Asia Pasifik untuk Bawakan Perkhidmatan Lebih Baik kepada Pelanggan

Volvo Financial Services (VFS)
2020-11-25 10:29 213

BEIJING, 25 November 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini Volvo Financial Services (VFS) mengumumkan penyusunan semula organisasi rantau Asia Pasifiknya bagi memberi sokongan yang ditingkatkan kepada organisasi jenama Volvo Group, membuat keputusan yang lebih pantas dan menyampaikan tahap perkhidmatan keseluruhan yang lebih tinggi kepada pelanggan. Berkuat kuasa 1 Januari 2021, rantau Asia Pasifik (APAC) VFS masa kini akan beralih kepada VFS International dan menambah pasaran di Afrika Selatan serta Turki. Di samping itu, tanggungjawab untuk pasaran Perikatan Maghribi akan berada di bawah VFS Turki.

Paul Le Houillier, ketua VFS Rantau APAC masa kini, akan mengambil alih tampuk kepimpinan wilayah yang baru ditakrifkan sebagai naib presiden kanan, VFS International. Selain daripada pasaran yang baru ditambah, wilayah berkenaan melibatkan pasaran Perikatan Jepun, China, Australia, India, Korea Selatan dan Asia Tenggara.

"Bagi tujuan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami pada tahap yang lebih tinggi, kami perlu terus menilai dan menambah baik organisasi kami bagi memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berubah-ubah," kata Le Houillier. "Pengaturan semula ini membantu VFS menyokong organisasi jenama Volvo Group dengan lebih baik dan dalam masa yang sama meletakkan kami di kedudukan yang lebih hampir dengan pasaran bagi meningkatkan perkhidmatan kami dan mengembangkan perniagaan kami."

Pengaturan semula VFS International merupakan sebahagian daripada usaha penyusunan semula VFS yang lebih besar. Organisasi serantau VFS Eropah masa kini telah beralih untuk merangkumkan tiga wilayah baharu: VFS Eropah – Selatan & Barat, VFS Eropah – Utara & Tengah serta VFS Eropah – Timur Tengah & Timur.

Hari ini Volvo Financial Services (VFS) mengumumkan penyusunan semula organisasi rantau Asia Pasifiknya. Berkuat kuasa 1 Januari 2021, rantau Asia Pasifik (APC) VFS masa kini akan beralih kepada VFS International dan dipimpin oleh Naib Presiden Kanan VFS Paul Le Houillier. Ibu pejabat VFS International akan kekal di Beijing, China.
Hari ini Volvo Financial Services (VFS) mengumumkan penyusunan semula organisasi rantau Asia Pasifiknya. Berkuat kuasa 1 Januari 2021, rantau Asia Pasifik (APC) VFS masa kini akan beralih kepada VFS International dan dipimpin oleh Naib Presiden Kanan VFS Paul Le Houillier. Ibu pejabat VFS International akan kekal di Beijing, China.

Volvo Financial Services ialah peneraju dalam industri perkhidmatan kewangan, menyediakan produk dan perkhidmatan inovatif yang membantu pelanggan mencapai matlamat perniagaan mereka. Kami membangunkan penyelesaian yang memberi pengalaman pelanggan yang luar biasa, bertindak balas terhadap model perniagaan yang berubah-ubah serta memenuhi tuntutan persekitaran masa kini yang semakin berkembang.

Volvo Financial Services merupakan sebahagian daripada Volvo Group, yang memacu kemakmuran melalui penyelesaian pengangkutan dan infrastruktur, menawarkan trak, bas, peralatan pembinaan dan penyelesaian kuasa untuk kegunaan marin dan perindustrian, perkhidmatan kewangan inovatif yang meningkatkan tempoh beroperasi dan produktiviti pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1927, Volvo Group komited untuk membentuk landskap masa depan penyelesaian pengangkutan dan infrastruktur yang mampan.  Volvo Group beribu pejabat di Gothenburg, Sweden, menggaji hampir 100,000 orang pekerja dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam lebih daripada 190 pasaran.

Source: Volvo Financial Services (VFS)
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements