KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November, 2020 /PRNewswire/ -- Taiwan Expo 2020 kembali ke Malaysia dan tahun ini acara dihoskan secara dalam talian kerana pandemik yang berterusan. Ia dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 November and ekspo perdagangan popular ini akan menggunakan realiti maya 3D 360 darjah untuk mencipta dewan pameran dan pengalaman dalam talian yang benar-benar mengasyikkan.
Taiwan Expo 2020 in Malaysia Online held its opening ceremony today (Nov 25). The expo was jointly kicked off with a unique virtual combination. Distinguished guests from Taiwan and Malaysia then joined in with the butterfly hand gesture to symbolise Taiwan. Following that, the VIPs proceeded with a virtual handshake to signal the building of strong ties and cooperation between both countries.
Encik James C.F.Huang, Pengerusi Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mempengerusikan majlis perasmian bersama VIP lain termasuk Cik Sharon Ho Swee Peng, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Taipei; Cik Anne Hung, Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Encik Khairul Annuar Abdul Halim, Pengarah Seksyen China & Asia Timur MATRADE dan Datuk Michael Kang Hua Keong, Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia.
Semasa mesyuarat yang distrimkan secara langsung, pelbagai rakyat Malaysia menyambut rakan sejawat mereka dari Taiwan dengan bahasa berbeza termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Cina untuk meraikan kedatangan mereka. Tetamu-tetamu terhormat dari Taiwan dan Malaysia kemudiannya membuat isyarat tangan rama-rama untuk melambangkan negara Taiwan. Selepas itu, VIPs berjabat tangan secara maya sebagai tanda hubungan dan kerjasama yang kukuh, dan seterusnya membuka tirai ke Taiwan Expo 2020 di Malaysia.
Menurut Encik James Huang, Taiwan dan Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang rapat. Walaupun pandemik global telah menyukarkan pertukaran secara fizikal, dengan bantuan teknologi dan pendigitalan, persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang maju . Tiada contoh yang lebih baik daripada Taiwan Expo 2.0 di Malaysia.
Penganjur acara TAITRA menyatakan bahawa Taiwan Expo 2020 di Malaysia akan mempamerkan produk daripada 200 peserta di 13 pavilion bertema merentasi tujuh kategori utama termasuk Taiwan Bagus, Gaya Hidup Taiwan, Kesihatan dan Kecantikan, Gajet dan Teknologi Hijau, Industri 4.0, Pelancongan Taiwan dan Halal Taiwan.
Pelbagai aktiviti dalam talian dirancang termasuk persembahan teknologi dan produk perubatan, produk halal, tenaga boleh diperbaharui dan produk perlindungan alam sekitar. Pembeli dari Malaysia dijemput untuk menyertai "videocast" Majlis Anugerah Taiwan Excellence yang bakal ditayang pada pagi hari kedua acara (26 November).
Taiwan Expo 2020 Dalam Talian di Malaysia dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 November. Laman web rasmi https://taiwanexpo.online/en/ kini dalam talian.