omniture

Kemunculan sulung bon dolar Yili raih penarafan kredit antarabangsa tertinggi

Yili Group
2020-11-25 18:01 246
  • Penerbitan tetapkan kadar kupon terendah antara perusahaan dan bon setanding
  • Yili menjadi satu-satunya syarikat tenusu dengan penarafan A di China setakat ini dan syarikat barangan pengguna Cina dengan penarafan kredit antarabangsa tertinggi

HOHHOT, China, 25 November 2020 /PRNewswire/ -- Pada November 2020, Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd. ("Yili Group" atau "Yili" atau "Syarikat",  SHA: 600887), salah satu daripada lima syarikat tenusu yang terkemuka di dunia, berjaya menerbitkan bon US$500 juta selama lima tahun, yang sekali gus disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (HKEx).

Yili’s dollar bond debut wins the highest international credit rating
Yili’s dollar bond debut wins the highest international credit rating

Penerbitan tetapkan kadar kupon terendah antara perusahaan dan bon setanding

Bon antarabangsa pertama yang diterbitkan oleh Yili ini menerima tawaran berjumlah US$3.6 bilion, tujuh kali ganda berbanding jumlah yang diterbitkan, daripada pelbagai pelabur berkualiti tinggi, termasuk syarikat-syarikat perbankan, insurans, dana dan pengurusan aset serta jenis-jenis institusi yang lain.

Semasa proses penetapan harga, pemotongan kadar sebanyak 35 mata asas dikenakan berdasarkan panduan harga awal, bagi memastikan harga akhir 125 mata asas berbanding Perbendaharaan A.S. dan kadar kupon sebanyak 1.625%, iaitu kadar kupon rendah mencatat rekod untuk bon setanding yang diterbitkan oleh perusahaan daripada sektor yang sama. Dalam kalangan pelanggan, terdapat banyak institusi pelaburan profesional yang berkualiti tinggi seperti institusi pelaburan bon yang terkemuka di dunia, dana keselamatan sosial Hong Kong, bank asing dan sebagainya.

Yili menjadi satu-satunya syarikat tenusu dengan penarafan A di China setakat ini dan syarikat barangan pengguna Cina dengan penarafan kredit antarabangsa tertinggi

Baru-baru ini, Moody's dan Standard & Poor's masing-masing memberi penarafan A3 dan A- kepada Yili, menjadikan Yili sebagai satu-satunya syarikat tenusu dengan penarafan A di China setakat ini dan syarikat barangan pengguna Cina dengan penarafan antarabangsa yang terbaik. Ini turut menunjukkan pengiktirafan agensi-agensi penarafan kredit antarabangsa terhadap kelayakan Yili.

Penarafan tinggi Yili menunjukkan kedudukan utamanya dalam pasaran tenusu China, keupayaan pengedaran yang mantap, model perniagaan bersepadu yang membantu melindungi kualiti produk, serta rekod prestasinya dalam mengekalkan profil kewangan yang mantap melalui kitaran. Kedudukan utama Yili yang jelas dalam kategori-kategori produk merupakan bukti keupayaan inovasi produk syarikat berkenaan. Syarikat ini dapat memenuhi berbagai-bagai keperluan pelanggan menerusi porfolionya yang pelbagai dengan lebih daripada 1000 produk.

Pada tahun 2019, Yili menjana pendapatan sebanyak RMB 90.223 bilion, mencapai peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 13.41%. Ini memberikannya kedudukan nombor satu antara semua syarikat tenusu Asia bagi tahun keenam berturut-turut dan peningkatan sebanyak RMB 10 bilion bagi tahun kedua berturut-turut. Dalam tiga suku pertama tahun 2020, Yili Group terus berkembang semasa berlakunya pandemik COVID-19 serta menjana pendapatan sebanyak RMB 73.77 bilion.

Moody's menjangkakan kadar pertumbuhan yang serupa sepanjang dua hingga tiga tahun akan datang, disokong oleh permintaan yang menggalakkan terhadap produk tenusu, portfolio produknya yang pelbagai dan semakin berkembang serta pengembangan kapasiti terancang.

Source: Yili Group
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages New products/services