omniture

XCMG lancar X-GSS di Bauma China 2020, tunjukkan cara menuju digital dalam pengilangan jentera

XCMG
2020-11-26 01:45 138
  • X-GSS mengurus pertanyaan mengenai alat ganti melalui perkongsian data; ia menyesuaikan penyelesaian untuk semua peralatan yang menjamin sokongan alat ganti yang jitu, komprehensif dan tepat pada masanya.
  • X-GSS menyediakan pengalaman pengguna diperibadikan – pelbagai kaedah pertanyaan, mod persembahan, enam bahasa dan operasi sejagat.
  • X-GSS menjadikan operasi perkhidmatan lebih pintar dengan penjejakan masa sebenar, kawalan proses pembinaan yang boleh dilihat; kembar digital model perkhidmatan dan penyelenggaraan lebih pintar.

SHANGHAI, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ), melancarkan XCMG-Global Service System (X-GSS) pada hari pembukaan Bauma China 2020 di Shanghai. 

XCMG launches X-GSS at Bauma China 2020, shows how to go digital in machinery manufacturing.
XCMG launches X-GSS at Bauma China 2020, shows how to go digital in machinery manufacturing.

Bagi menambah baik perkhidmatan alat ganti, XCMG membangunkan sistem maklumat perkhidmatan kitaran hayat penuh bagi memberi sokongan penyelenggaraan yang tepat, bernilai tambah dan memuaskan untuk pelanggan global.

X-GSS ialah produk digital penting ketika XCMG membuat lonjakan daripada kilang ke pasaran, selepas bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan operasi perkhidmatan bersepadu. Ia memanfaatkan sepenuhnya data produk yang dikumpul melalui IoT. Ia mengoptimumkan persembahan dengan teknologi AR bagi memberikan pelanggan serta kakitangan perkhidmatan dengan pengalaman perkhidmatan digital yang intuitif dan visual.

"Industri jentera pembinaan telah dihadapkan dengan cabaran dan peluang baharu sejak bermulanya era digital. Demi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dan menyahut cabaran ini, XCMG berusaha membangunkan 'perkhidmatan digital' bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan global," kata Wang Min, Pengerusi XCMG. 

Sistem berkenaan mengintegrasikan data perkhidmatan pasaran pelaporan penyelenggaraan, operasi peralatan dan penggantian alat ganti bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan operasi syarikat. Melalui penggabungan dengan IoT, sistem tersebut juga dapat memantau dan membimbing kakitangan perkhidmatan.

Menerusi pengalaman selama lebih daripada 77 tahun dan lebih 30 tahun dalam pendigitan, syarikat berkenaan mencapai kemajuan cemerlang dengan pelancaran X-GSS:

  • Mencapai penghasilan maklumat perkhidmatan digital berkecekapan tinggi, berkualiti tinggi dan pantas serta kolaborasi dua hala dalam R&D digital;
  • Melaksanakan pengurusan terselaras maklumat perkhidmatan digital berdasarkan kitaran hayat penuh produk;
  • Membantu interaksi perkhidmatan alat ganti dan sokongan penyelenggaraan antara wakil penjual, pelanggan, kakitangan perkhidmatan serta teknikal.

Hampir 150,000 produk jentera XCMG kini mempunyai produk digital berkaitan bagi menjamin perkhidmatan penyelenggaraan yang tepat dan cepat.

Pada hari pembukaan Bauma China 2020, XCMG melancarkan kabin pintar 5G pertama untuk jentera jalan raya, yang membolehkan pengendali mendapat maklumat masa sebenar melalui kaca mata VR dan mendemonstrasikan operasi jarak jauh penggelek jalan di Xuzhou, Wilayah Jiangsu. 

Sebagai syarikat pertama di dunia yang mengaplikasikan teknologi pembinaan kluster tanpa pemandu, XCMG turut memperkenalkan penggelek jalan pandu sendiri yang memacu peningkatan kecekapan, kos, kualiti, keselamatan, operasi dan pengawasan dalam industri ini.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang telah pun beroperasi selama 77 tahun. Syarikat kini menduduki tempat keempat dalam industri jentera pembinaan dunia dan mengeksport ke lebih 187 negara di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.xcmg.com/en-us/ , atau halaman XCMG di  FacebookTwitterYouTubeLinkedIn  dan  Instagram.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news