omniture

Laporan Kelestarian Perusahaan Cina di Kemboja dikeluarkan di Beijing

China Huaneng Group
2020-11-26 03:16 201

BEIJING, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- Laporan Kelestarian Perusahaan Cina di Kemboja (Sustainability Report of Chinese Enterprises in Cambodia) dikeluarkan di Beijing pada 23 November.  Laporan ini disiapkan oleh pasukan penyelidikan bersama antara China Huaneng Group dan Asian Vision Institute (AVI), selepas enam bulan menjalankan kajian lapangan dan menempuh keadaan sukar pandemik Covid-19.

Laporan Kelestarian Perusahaan Cina
Laporan Kelestarian Perusahaan Cina

Sebagai sebuah institut NGO bebas, AVI memiliki kredibiliti dan pengaruh awam yang luas. Laporan ini memilih enam perusahaan Cina sebagai subjek kajian iaitu China Huaneng Lower Sesan 2 Hydro Power Station, China Duty Free Group (Cambodia) Co., Ltd. (CDFG), sub-Syarikat China Gezhouba Group Corporation (CGGC) di Kemboja, Bank of China (Hong Kong) Limited Cawangan Phnom Penh, Cambodia China Road and Bridge Corporation (CRBC) dan sub-Syarikat Yunnan Construction Investment Holding Group Co., Ltd. di Kemboja. Syarikat-syarikat ini mewakili pelbagai sektor dan lokasi geografi yang mana syarikat-syarikat berkenaan memilih untuk melabur sumber.

Laporan ini terdiri daripada empat bahagian: pengenalan, metodologi kajian, kesimpulan dan pelaburan Cina di Kemboja. Laporan ini memberi penekanan khas terhadap China Huaneng Lower Sesan 2 Hydro Power Station. Dengan kaedah tinjauan isi rumah ke lokasi penempatan semula di sekitar takungan stesen janakuasa berkenaan, soal selidik, temubual separa struktur, pasukan penyelidikan membuat perbandingan mengenai keadaan kehidupan penduduk sebelum dan selepas penempatan semula mereka dari segi pendapatan, prasarana, perkhidmatan perubatan dan pendidikan mereka, seterusnya membuat beberapa kesimpulan: China Huaneng Lower Sesan 2 Hydro Power Station menyediakan Kemboja dengan penghasilan tenaga yang andal dan bersih dalam konteks perubahan iklim, pembangunan kawasan setempat, taraf hidup yang lebih baik serta pertumbuhan ekonomi. Projek ini turut menunjukkan komitmen untuk mematuhi peraturan dan undang-undang Kemboja, kerjasama erat dengan pihak kerajaan tempatan dan masyarakat setempat, sikap yang aktif terhadap isu penempatan semula, perlindungan alam sekitar kawasan setempat dan pemeliharaan budaya dengan apa jua cara serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan mampan Kemboja. 

Dalam ucapan beliau pada upacara pelancaran, Dr. Chheang Vannarith, presiden AVI berkata Laporan Kelestarian Perusahaan Cina di Kemboja menunjukkan imej cemerlang pelaburan Cina, khususnya Perusahaan milik Kerajaan Cina, pematuhan mereka terhadap peraturan dan undang-undang Kemboja, operasi yang cemerlang, penglibatan aktif bersama masyarakat setempat serta penunaian tanggungjawab sosial korporat.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1341624/report.jpg?p=medium600

 

Source: China Huaneng Group
Keywords: Oil/Energy Utilities Asian-related news Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research