omniture

Apigate Membolehkan Kandungan NJOI Dibeli di Boost

Apigate
2020-11-26 17:01 2009

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2020 /PRNewswire/ -- NJOI, perkhidmatan TV satelit prabayar pertama di Malaysia dan Boost, pembekal e-dompet terkemuka di Malaysia telah membuat kerjasama strategik yang membolehkan pelanggan membeli saluran dan pek kandungan NJOI di aplikasi Boost dengan lancar. Perkhidmatan ini diaktifkan oleh Apigate, platform pengewangan dan pemerolehan kandungan global yang terkemuka.

Oleh kerana perkhidmatan digital menjadi semakin relevan, perniagaan luar talian berpindah ke platform dalam talian untuk berkhidmat kepada pengguna dengan lebih baik, dan dalam hal ini memudahkan pelanggan NJOI membeli rancangan kegemaran mereka menggunakan e-dompet Boost. Oleh itu, NJOI dan Boost menantikan peningkatan dalam penggunaan produk, dan juga menyediakan rancangan-rancangan tempatan dan antarabangsa di dalam industri hiburan untuk pelanggan Boost.

Apigate telah berjaya membolehkan dua jenama utama ini memanfaatkan platform masing-masing untuk meningkatkan tawaran nilai, relevan dan penglibatan produk masing-masing kepada pengguna.

Mazhairul Jamaluddin, Pengarah NJOI dan OTT berkata, "NJOI berbesar hati dapat bekerjasama dengan Apigate dan Boost untuk meningkatkan pengalaman pengguna bagi berjuta-juta pelanggan kami dalam membeli Astro Originals, hits tempatan dan vernakular istimewa, siri drama popular, sukan langsung serta filem blokbuster dengan lancar. Inisiatif ini juga tepat pada waktunya dalam masa-masa yang mencabar ini di mana keselamatan adalah keutamaan. Bersempena dengan pencapaian ini, 1000 pelanggan pertama dengan pembelian lebih daripada RM30 dengan Boost, akan mendapat rebat tambahan RM5."

"Sepanjang lapan bulan kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan dan gaya hidup kerja dari rumah, di mana kami telah menyaksikan peningkatan penggunaan hiburan digital dalam bentuk permainan dalam talian atau video serta perkhidmatan penstriman. Di samping itu, dengan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan baru-baru ini, keluar untuk mendapatkan hiburan bukan lagi satu pilihan. Oleh itu, Boost bekerjasama dengan NJOI untuk membawakan pelbagai kandungan hiburan digital yang mudah diakses dan berpatutan untuk dinikmati oleh pengguna dengan hanya beberapa klik sambil kekal selamat di rumah," kata Mohd Khairil Abdullah, CEO Boost.

Apigate membolehkan penemuan dan pembelian saluran NJOI dan pakej kandungan dengan mudah di aplikasi Boost. Proses pembelian adalah seperti berikut:

  1. Pelanggan memasukkan nombor kad pintar NJOI diikuti dengan pemilihan saluran dan/atau pakej kandungan kegemaran mereka.
  2. Masukkan nombor pin untuk pengesahan pembayaran melalui Boost.
  3. Sebaik sahaja transaksi berjaya, pemegang kad pintar NJOI akan menikmati pakej kandungan pembelian secara automatik.

Amanda Loo, Naib Presiden Operasi dan Strategi Jualan di Apigate berkata, "Kemudahan penemuan dan kemampuan pemasaran yang tersedia daripada Boost memberikan cara yang baik untuk NJOI berinteraksi dengan pengguna yang celik digital. Apigate teruja untuk membolehkan pengalaman pengguna yang lancar untuk pengguna mengakses dan mengaktifkan kandungan NJOI pada dekoder mereka.

Tidak seperti dahulu, pelanggan tidak perlu lagi menghantar SMS untuk membeli, keluar untuk membuat tambah nilai atau mengaktifkan pakej kandungan NJOI; Pelanggan NJOI kini boleh membeli dan menikmati kandungan kegemaran mereka dengan mudah melalui e-dompet Boost.

Tentang Apigate 

Apigate merupakan pembekal perkhidmatan platform pengewangan dan pemerolehan terkemuka Axiata. Apigate mempunyai capaian berbilion pelanggan, lebih daripada 110 MNO, dan lebih daripada 150+ peniaga digital yang disambungkan melalui pusat gerbang di empat benua. Apigate membolehkan perniagaan berkhidmat dan mengenakan caj kepada pengguna dengan selamat di aplikasi mereka sambil memudahkan proses yang diperlukan melalui satu titik hubungan khusus. Model bersepadu ini meningkatkan kelajuan dan capaian kepada pengguna serta mengurangkan halangan dalam menjalankan perniagaan. Layari https://www.apigate.com/ untuk butiran lanjut.

Tentang NJOI Prepaid

NJOI Prepaid ialah TV Satelit di bawah Astro di mana terdapat 28 saluran percuma dan 64 pek/saluran prabayar untuk dipilih. Tempoh prabayar berbeza dari 3 sehingga 90 hari. Ini memberikan pelanggan kawalan apa dan bila mereka mahu menonton. Layari www.njoi.com.my untuk butiran lanjut.

Tentang Boost

Boost merupakan e-dompet gaya hidup tempatan Malaysia yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna melakukan transaksi setiap hari. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital canggih, Boost berusaha untuk menjadikan transaksi lebih mudah, lebih cepat, lebih selamat & memberi keseluruhan pengalaman yang lebih bermanfaat bagi pengguna. Kini, lebih daripada 8.8 juta pengguna Boost dapat membayar di lebih daripada 205,000 titik sentuhan peniaga di seluruh negara. Boost boleh dimuat turun di Play Store dan App Store. Untuk maklumat lanjut, layari www.myboost.com.my atau ikuti Boost di -
FB - https://www.facebook.com/myboostapp/ dan
IG - https://www.instagram.com/myboostapp/

Source: Apigate
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Television Contracts New products/services