omniture

Ketua Pegawai Eksekutif global 17LIVE, Hirofumi Ono, hoskan sesi di Sidang Kemuncak Web 2020, persidangan teknologi terbesar dunia, sebagai peneraju dalam industri strim langsung

Satu-satunya penceramah daripada sektor swasta Jepun; diadakan mulai 2 Disember
17LIVE Inc.
2020-11-27 10:10 71

TOKYO, 27 November 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini 17LIVE, Inc. mengumumkan bahawa Hirofumi Ono, Ketua Pegawai Eksekutif Global 17LIVE Inc., yang mengendalikan perniagaan strim langsung di seluruh dunia, diundang untuk berucap di persidangan teknologi terbesar dunia - Sidang Kemuncak Web 2020 - yang dijadualkan berlangsung mulai 2 hingga 4 Disember 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Ono yang mengetuai "17LIVE" – pengendali strim langsung yang terkemuka Jepun – diundang sebagai satu-satunya penceramah daripada sektor swasta Jepun untuk Sidang Kemuncak Web 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Global Ono yang mengetuai "17LIVE" – pengendali strim langsung yang terkemuka Jepun – diundang sebagai satu-satunya penceramah daripada sektor swasta Jepun untuk Sidang Kemuncak Web 2020.

Lebih 70,000 orang dari 170 negara mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Web 2019, yang turut dikenali sebagai "persidangan teknologi terbaik di planet ini." Syarikat-syarikat yang terdiri daripada syarikat baharu yang berkembang pesat hinggalah kepada jenama-jenama utama yang disenaraikan dalam Fortune 500 telah mengambil bahagian sebelum ini. Sehingga kini, ia telah diadakan di seluruh dunia dengan organisasi operasinya berpangkalan terutamanya di Lisbon, Portugal; namun tahun ini, ia akan menjadi persidangan dalam talian bagi mengurangkan kesan coronavirus, dengan 100,000 orang dijangka mengambil bahagian. Format dalam talian baharu ini menarik lebih perhatian daripada biasa dan sejumlah besar hadirin baharu turut dijangkakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Ono yang mengetuai "17LIVE" – pengendali strim langsung yang terkemuka Jepun – diundang sebagai satu-satunya penceramah daripada sektor swasta Jepun untuk Sidang Kemuncak Web 2020. Beliau merancang untuk menumpukan pembentangan beliau kepada peserta menerusi tema: "Trend Strim Langsung dari Asia ke Seluruh Dunia." Penceramah-penceramah lain dari Jepun termasuk Takuya Hirai, Menteri Transformasi Digital dan Yuriko Koike, Gabenor Tokyo.

Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Web 2020 diminta untuk merujuk halaman permohonan di bawah untuk melihat garis panduan acara berkenaan.

Rangka Sidang Kemuncak Web

Tarikh: 2 (Selasa) hingga 4 (Khamis) Disember 2020
Gaya acara: Dalam talian
Jangkaan penyertaan: Kira-kira 100,000 orang
Yuran penyertaan: € 219 untuk tiket dalam talian dengan laporan
(*) Harga berubah bergantung pada masa.
Permohonan: Sila gunakan borang khas untuk memohon (http://bit.ly/wsja2020 )

Source: 17LIVE Inc.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Trade show news Future Events