omniture

LONGi membekalkan 273MW daripada modul solar mereka untuk loji solar terbesar di Asia Tenggara, Fasa 1 Projek Xuan Thien Ea Sup di Dak Lak, Vietnam

LONGi Solar
2020-11-28 06:14 459

XI'AN, China, 28 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- LONGi, teknologi solar terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Xi'an, China, gembira untuk mengumumkan bahawa ia telah berjaya membekalkan modul Hi-MO 4 Series mereka untuk loji solar terbesar di Asia Tenggara, Fasa 1 Projek Xuan Thien Ea Sup di Dak Lak, Vietnam. Ditauliahkan oleh Xuan Thien Group pada 15 November 2020, loji solar berskala utiliti 600 MWac / 831 MWp tersebut dianggarkan akan mempunyai output elektrik 1.5 bilion kWh setahun.

Dengan hampir 2 juta panel solar, stesen transformer 500 kV / 1,200 MVA dan talian 500 kV sepanjang 22.2 km, ini merupakan loji kuasa solar terbesar di Asia Tenggara setakat ini. Loji tersebut, yang telah dibina dengan kos anggaran 20,000 bilion dong, telah ditauliahkan lima bulan lebih awal dari tarikh siap yang dijadualkan kerana usaha bersama oleh pemaju, rakan kongsi logistik dan pembekal peralatan termasuk LONGi. Pembinaan loji ini bermula pada April 2020 dan LONGi menandatangani perjanjian untuk membekalkan 273 MW daripada modulnya untuk digunakan bagi projek tersebut dalam bulan Mei 2020. LONGi menyelesaikan penghantaran jauh lebih awal dari tarikh akhir.

Pelbagai projek untuk membina kemudahan kuasa solar yang besar sedang dilaksanakan di Vietnam, semasa negara tersebut berusaha untuk mengatasi kekurangan kuasa yang dijangkakan dengan tenaga hijau. Wilayah Dak Lak, yang terletak di Tanah Tinggi Tengah Vietnam, dikurniakan dengan limpahan sinaran matahari dan tanah terbiar yang banyak -- adalah sangat sesuai untuk penjanaan kuasa solar. Oleh itu, Xuan Thien Group merancang untuk meningkatkan kapasiti loji ini sehingga 2,000 MWac / 2,800 MWp menjelang awal tahun 2022, yang menyediakan kira-kira 5 bilion kWh setahun untuk sistem elektrik kebangsaan.

Dennis She, SVP LONGi Solar, mengulas, "Kami berasa bangga dan juga teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek besar oleh Xuan Thien Group ini, dengan menawarkan inovasi monokristal kami yang dipercayai. LONGi yakin bahawa inovasi teknologi akan meningkatkan lagi pengoptimuman kos kuasa solar, membolehkan kami memacu peralihan dramatik dalam landskap tenaga serantau melalui lebih banyak kerjasama sedemikian."

Projek mercu tanda ini menunjukkan perkongsian aspirasi LONGi ke arah kemampanan pasaran Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat. Sebagai salah satu pengeluar solar Peringkat 1 dunia, LONGi telah menyertai ketiga-tiga inisiatif RE Climate Group: RE100, EV100 dan EP100, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat hijau mereka dalam tindakan iklim global. Melangkah ke hadapan, LONGi berusaha untuk mempromosikan peralihan tenaga global dengan rakan kongsi global dan pelanggan, dengan menyediakan modul solar monokristal berkecekapan tinggi mereka di seluruh dunia.

Mengenai LONGi

LONGi, beribu pejabat di Xi'an, China, memberi tumpuan kepada pembuatan produk PV dan menyediakan penyelesaian teknologi tenaga solar. Penawaran produknya terdiri daripada wafer, sel-sel, modul dan PV peralatan kuasa solar untuk sistem kuasa solar. Kumpulan Longi telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan aset kira-kira AS$8.38 bilion dan lebih daripada AS$4.65 bilion pendapatan tahunan pada tahun 2019.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/781516/LONGi_Solar_Logo.jpg?p=medium600

Source: LONGi Solar
Related Stocks:
Shanghai:601012
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities