omniture

LOTTE Arai Resort Menang World Ski Awards -- "Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun 2020"

- 'Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun' dipetik oleh World Ski Awards, satu pencapaian yang diraih hanya tiga tahun selepas pembukaannya
- Mengalahkan pusat peranginan ski terbesar di Hokkaido yang telah memenangi pengiktirafan selama tiga tahun berturut-turut hingga tahun lalu
- Menawan hati pemain ski dengan pelbagai cerun, curahan salji tertinggi, salji serbuk dan lain-lain
Lotte Hotels & Resorts
2020-11-30 06:00 330

SEOUL, Korea Selatan, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- LOTTE Arai Resort dipilih sebagai Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun 2020 oleh World Ski Awards, yang menandakan ulang tahun kelapannya pada tahun ini.

Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun_LOTTE Arai Resort
Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun_LOTTE Arai Resort

World Ski Awards disampaikan oleh World Travel Awards yang diiktiraf di peringkat global dan turut digelar "Oscar bagi industri pelancongan."  Ia merupakan acara terbesar dalam segmen pelancongan ski yang menggamit perhatian peminat-peminat ski dari seluruh dunia saban tahun.

Tahun ini, pusat peranginan ski terbaik dipilih melalui undian dalam talian yang diadakan di laman sesawang World Ski Awards selama 16 minggu mulai 5 Jun hingga 25 September.  Peminat-peminat dan pakar-pakar ski dalam industri ski dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam undian berkenaan bagi memilih pusat peranginan ski terbaik dan hotel ski terbaik dalam sejumlah 26 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Korea Selatan.

Pemilihan LOTTE Arai Resort bagi tahun ini menjadi lebih bermakna kerana ia memenangi penghormatan tersebut hanya tiga tahun selepas pembukaannya, mengalahkan pusat peranginan ski terbesar Hokkaido "Rusutsu Resort," yang telah dinamakan sebagai pusat peranginan ski terbaik di Jepun selama tiga tahun berturut-turut hingga tahun lalu.

LOTTE Arai Resort
LOTTE Arai Resort

LOTTE Arai Resort mempunyai kawasan cerun berkeluasan 15.7 juta meter persegi, panjang cerun maksimum 5.2 kilometer dan 951 meter perbezaan altitud antara cerun tertinggi dan terendah, yang menyediakan 15 kursus ski dan lapan kursus tunggangan bebas yang dikhususkan dengan cekap untuk tahap pemula, pertengahan dan lanjut. Curahan salji tertinggi, salji serbuk yang ringan namun tidak mengeras dengan mudah dan musim ski terpanjang di tanah besar Jepun bertahan selama enam bulan mulai Disember hingga Mei, yang menawan hati pemain-pemain ski dari seluruh dunia. 

Bagi meraikan penerimaan anugerah tersebut, LOTTE Arai Resort menawarkan promosi yang terdiri daripada penginapan satu malam di Bilik 'Superior', sarapan untuk dua orang, tiket lif ski untuk dua orang dan sebotol wain mulai 23 November. Tempoh penginapan adalah mulai 12 Disember hingga 14 Mac.

Sementara itu, LOTTE Arai Resort memenangi empat pingat emas di "2020 Ski Asia Awards" pada bulan Jun untuk tahun kedua berturut-turut. Ia dinamakan sebagai "Pusat Peranginan Ski Terbaik Jepun", "Salji Serbuk Terbaik Jepun", "Sekolah Salji Terbaik Jepun" dan "Pusat Peranginan Ski Keluarga Terbaik Jepun".

* Laman sesawang rasmi LOTTE Arai Resort https://www.lottehotel.com/arai-resort/ko.html/

Source: Lotte Hotels & Resorts
Keywords: Travel Awards