omniture

Varian Beras Wangi Jasmine Corp, Jasmine Sunwhite, Memasuki Musim Tuai dan Kini Tersedia di Kedai-kedai

Lazat dan berkhasiat Jasmine Sunwhite merupakan gandingan sempurna untuk gaya hidup yang disyorkan di Malaysia.
Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.
2020-11-30 09:00 28

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., Syarikat Beras Malaysia yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan varian beras wangi mereka, Jasmine Sunwhite. Beras wangi premium ini diimport dari Negara, yang mana ia baru dituai antara bulan November hingga Mac bagi memberi kualiti terbaik dan paling segar untuk setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/JasmineFood_202011.shtml

 

 

Pembungkusan Jasmine Sunwhite dengan pelekat Tuian baru (NewCrop)
Pembungkusan Jasmine Sunwhite dengan pelekat Tuian baru (NewCrop)

 

Varian Beras Wangi Jasmine Corp, Jasmine Sunwhite, Memasuki Musim Tuai dan Kini Tersedia di Kedai-kedai
Varian Beras Wangi Jasmine Corp, Jasmine Sunwhite, Memasuki Musim Tuai dan Kini Tersedia di Kedai-kedai

 

Varian Beras Wangi Jasmine Corp, Jasmine Sunwhite, Memasuki Musim Tuai dan Kini Tersedia di Kedai-kedai
Varian Beras Wangi Jasmine Corp, Jasmine Sunwhite, Memasuki Musim Tuai dan Kini Tersedia di Kedai-kedai

 

Nasi ayam gaya Hainan, atau ayam kukus paling sesuai dipasangkan dengan nasi wangi Sunwhite yang harum.
Nasi ayam gaya Hainan, atau ayam kukus paling sesuai dipasangkan dengan nasi wangi Sunwhite yang harum.

"Kami sangat gembira untuk membawakan kedatangan musim menuai baharu Jasmine Sunwhite sebagai produk beras premium kami. Ia merupakan beras wangi yang paling dinanti-nantikan bagi setiap tahun, yang memiliki tekstur lembut dan bau harum yang menyajikan pengalaman menjamu selera yang enak. Ia juga merupakan karbohidrat yang enak bagi karbohidrat yang baik untuk mengimbangi pengambilan pemakanan harian apabila digabungkan dengan sumber makanan sihat yang lain," kata En. Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.

Beras Jasmine Sunwhite mengeluarkan aroma seakan-akan bunga Melur, berserta rasa yang manis dan halus. Ia sangat sesuai apabila dilengkapi dengan hidangan masakan Cina. Varian berkenaan memberi sumber karbohidrat yang bermanfaat untuk tubuh badan. Pengambilan karbohidrat yang baik adalah penting untuk menggalakkan pemakanan sihat yang seimbang yang dikenali sebagai Pinggan Sihat Malaysia (MHP), yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan memperkenalkan MHP sebagai kempen seluruh negara, penekanan yang lebih luas diberikan untuk meninggikan piawaian pemakanan di Malaysia. Dengan memfokuskan istilah "Suku Suku Separuh" atau "Quarter Quarter Half", MHP mengesyorkan untuk membahagikan bahagian pinggan kepada satu suku bahagian untuk karbohidrat, satu suku bahagian untuk protein dan separuh bahagian untuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Di sinilah beras Jasmine Sunwhite menjadi pilihan yang hebat untuk rakyat Malaysia memenuhi pengambilan karbohidrat harian mereka yang disyorkan demi diet yang seimbang.

Mengekalkan keseimbangan zat makanan yang betul penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Walau bagaimanapun, memandangkan beras boleh menjadi bahagian makanan yang paling mudah diabaikan, Jasmine Sunwhite menawarkan pilihan mewah dan lazat untuk memperkayakan hidangan makanan harian.

"Sebagai variasi beras istimewa, kami ingin menjemput anda untuk menikmati Beras Wangi Jasmine Sunwhite pada musim menuai baharu ini – ia lebih baik berbanding waktu biasa. Musim menuai baharu adalah sepanjang bulan November hingga Mac pada setiap tahun. Jasmine Sunwhite pastinya akan menyerlahkan keseronokan menikmati semangkuk nasi kukus dengan tekstur yang lembut berserta aroma yang harum. Beras wangi Jasmine Sunwhite akan memberikan yang terbaik untuk pengalaman menjamu selera di rumah anda terutamanya pada musim menuai baharu kerana ia Beras Wangi Jasmine Sunwhite yang memberi kualiti Terbaik," tambah En. Lim Swee Keat.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://www.jasmine.com.my/ atau www.facebook.com/jasminefoodcorporation

Source: Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.
Keywords: Food/Beverages New products/services